Tuesday, January 20, 2015

Melaka ke Penang? ;)

Assalamualaikum w.b.t

Baru seminggu cuti sem, agak-agak dah bosan ke? Haha. Heh, mana boleh bosan kalau kat kampung. Tula, masa kuliah, sebok nak balik kampung every weekend. Bila cuti, mula pulak rindu kuliah. Hakhak.

Semenjak stay rumah sewa ni, dah kurang sikit la keinginan nak balik tetiap minggu macam dulu awal-awal masuk UTeM. Iyola, dulu stay hostel. Apa ja yang ada kat situ.. Bangun je, mengadap muka roommate. Nasib baik la roommates i olls comel. Nak mandi pun malas sebab kena siap-siap bebetul sebelum keluaq bilik. Hostel saya dulu memang mengadap main road. Gilos nak keluaq bilik kepala togel, pakai baju tidoq bagai. Nak keluaq kencin malam-malam pun fikiaq dua tiga kali. Haha penakut padahal bilik depan toilet. Kentut pun roommate dengaq.

Bila balik kampung, jumpa kawan-kawan, soalan wajib mesti aa

" Lia, cemana dok Melakau? Syok ka?? "

Haa tudia. Lagumana nak jawab.
Mesti la syok kan. Pelabuhan tersohor dunia kot dulu. Tempat tumpah darah Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Jebat, Hang Lekiu, dan Hang Kasturi.
Tapi kat Penang lagi banyak Hang. Hang nak pi mana, hang buat apa, hang ni kali******t la.. Hahahambar #sistryhard

Melaka and Penang, masing-masing ada style sendiri. Amboi, style.

Kalau bab makanan,
disebabkan cheq ni memang anak jati Penang, lahir and membesaq kat sini, so masa awal-awal sampai Melaka, memang mengalami krisis nak adapt dengan makanan. Sis memang cerewet sikit bab makan. Memula memang susah sikit la nak mengadap lauk kat sini, tapi lama lama, ok ja. Lebih kurang sama ja, cuma mesti la susah nak jumpa kari kan. So, untuk adik-adik yang nak further study kat sini, jangan risau ek ;)


Kat Melaka, memang tak dapat la laguni hehehe..


Laguni pun susah dapat :D



Nasi lemak Ejam kat Taman Muzzafar Shah, Ayer Keroh.
Santapan kegemaran hencek Hazim. Saya pun suka jugak.. tapi rival ni. 
Takleh challenge lagi nasi lemak dia.


Kat Melaka, memang banyak kedai-kedai makan best. Burgerbyte, Abang Burn Burger, Pecal Lele Lela, segala kafe hispter etc. Saya memang taktau la pasal kafe-kafe ni sebab tak penah jejak pun. Orang kampung macam saya ni mana la nak reti kan cafe hopping apa benda ni kan. Kehkeh. McD, KFC, Pizza Hut tu tak payah cakap la. Bersepah.

Pernah la acah acah minum petang kat Old Town dengan hencek Hazim, lepastu dedua dah serik. Haha. Memang la tekak mamak & tekak Jawa kami tak boleh terima. Coq pisang, kopok lekor jugak pilihan hati ^_^

Tapi.. kalau otak-otak, memang faveret la. Pantang nampak la kalau ada. Pernah borong 10 pcs makan sorang. Kehkehkeh.

And yeah, kat Melaka jugak la I gained the interest in cooking. Hahaha.


Memain ek time masak. Mak babap montot nanti.


Still, I root for Penang foods la kan. Sebab more variety. Tapi makanan Melaka pun superb the way they are ;)

Bab people, haha ni menarik jugak la. Time awal-awal merantau dulu, memang kadang-kadang ada situasi yang buat saya stop and stare tengok mak cik pak cik cleaner kat fakulti berborak. Haha sampai gitu. Sebab apa? Sebab tertarik dengan the way they speak. The language, intonation, and their responds in a conversation.

Memang la orang cakap orang N9, Melaka, Johor ni agak kasaq la kan, tapi bagi saya okay je. Maybe kadang-kadang dengaq kasaq la, tapi they don't really mean to insult you. Depa ni jenis yang straight forward. Kadang-kadang dengaq macam depa marah, tapi sebenaqnya dak pun ;)

Orang Penang pulak jenis yang loyaq buruk, cakap pusing kot jauh, berkias sikit. Selalu jugak kena sound, "Cakap macam keling.." Hahaha nak buat lagumana, memang tu keturunan cheq. Amma apppa.

Bab tempat, kat Melaka ni memang tempat-tempat dia senang nak pi. Kalau ikut betul sign board + GPS, memang boleh sampai. Senang nak ingat jalan. Tapi sebab saya ni ada masalah tak alert, selalu jugak kena marah sebab still tak ingat jalan. Muahaha. Pusing-pusing lagumana pun, insyaAllah boleh sampai.


MITC. Tempat shopping. Kat sini ada Mydin, mekdi, Petronas, segala admin offices.. yang penting ada Ayub Bistro. Tempat berputik cinta muahahaha.

Share sikit gambaq fakulti cheq :3



Unlike Penang, tempat dia banyak yang tersorok. Signboard pun tak banyak. Kalau nak pi tempat yang tak famous, kena la stop tanya orang. Even nak pi street art kat Lebuh Armenian tu pun saya tak reti. Wakaka.



See, setiap tempat ada kelebihan kekurangan dia.
Be grateful, people ;)


Papapun, tempat ni jugak best muahahaha.
* tokojut mak hencek tengok base dah jadi laguni. Hencek Hazim punya keja.. Thanks laling*


ps : Projek make over bilik, organize segala barang tengah giat berlangsung ni. Nanti sis update ;)

Monday, January 12, 2015

Semester 5? Done!

Assalamualaikum w.b.t

Paper last dah setel hari sabtu lepas.
Yeah done semester 5.

Resolution?
Semester ni awal-awal okay, bila dah nak habis, memang kecoh kelam kelibut!
Assignment kemain lagi mencabar.
Banyak pulak subjek killer.
Paling kejam, subjek electromagnetic.
Bebudak elektronik mesti tau cemana kejamnya subjek ni.. wuwuwuwu.
Nasib baik classmates semua concern each other.
Malam sebelum exam, memang kecoh la group Whatsapp kelas tu.. Memasing sharing tips, soalan, jawapan :)

So,
Lepas setel paper, malam tu terus pi celebrate dengan housemate/classmates..
Makang makang je kat Barkat Roti John, dekat jalan nak pi Melaka Central tu.
Ok la, nice. Murah.. tapi servis macam kureng sikit, Hihi..



Bila dah habis final, baru perasan yang rumah sewa dah macam gudang. Baju kecik, baju besaq besepah-sepah. Ahaha. Tak senonoh betei.

Time exam.. kehkehkeh. Jangan bagi bakal mak mertua tengok ni.


Ok keadaan dah terkawal. Hehe.


Still tak plan apa-apa cuti ni. Belajaq masak je kot. Ekekekek..
Yela cuti sem depan, ada latihan industri.  Pastu final year, fyp bagai..
Mana tau lepas graduate, ada rezeki terus kawen?? Ahahaha :P