Tuesday, October 13, 2015

Random



Setiap orang mesti ada satu (atau lebih) 'passion' kan. Macam organizing junkie, sports, photography etc.

As for me, I'm a stationery junkie. Not too hardcore lah. Cuma kalau ada extra bucks, masuk stationery store, memang ada high probability to spend on few sticks of pen, highlighters dan yang sekutu.

Maybe la minat ni telah dipupuk ( huaa dipupuk) since I was in kindergarten. Abah and mama are the type of parents who love to bring their kids to the stationery store. Dah masuk tu wajib la beli jugak. Bawak colour pencils 36 batang tu, tunjuk kat abah sambil buat muka Puss in Boot. 

Sampai mama seboleh mungkin nak avoid kalau ajak dia jalan depan stationery store. Alaa, jalan je ma.. Tapi end up membeli jugak hikhik.

Tapi tu zaman full time stay rumah. Sekarang zaman study jauh, kurang sikit nafsu sebab kena fikir belanja lain. Baru tauuu haha.

And benda ni akan related dengan passion organizing, decorating and other artsy stuffs. Nampak sangat indoor person. Sangat lain dengan hencek Hazim ni. A very outdoor person. Hiking lah, mancing lah, sports bla bla :D


Job konvo UTeM ke-11. Jadi peneman je, tak cukup syarat nak jadi tag :)


Saturday, September 19, 2015

Ups and Downs


Semua orang mesti pernah rasa turun naik dalam hidup kan.
Tapi, yang penting jangan putus asa kalau kita gagal.
I've failed to achieve my parents' expectation several times.
Yet, I got up and gave outrageous support to myself.

Life's must go on.
Kalau orang-orang tersayang jatuh tersungkur, we're the one who should hold their hand and never stop giving supports.

Everyone can be succeed.
We just need to work hard because things worth having never comes easy
:)



Rindu pulak nak mancing dengan hencek Hazim 
;)

Monday, September 14, 2015

Hewlow There ;)

Assalamualaikum w.b.t

Internship, done. Now ahead for final year. Wee sat je dah final year.
Scrolling balik post sejak lepas SPM, like wow..
So many things happened aa :)

Tengah stress fikir nak provide proposal untuk FYP,
I took the chance to blog walking.
Especially the inspiring one.

Nak buat comeback blogging la.
I know ramai yang stalk even though follower tak ramai kahkahkah 


p/s : Life is too short to be sad. Ingat, bila Allah bagi ujian, itu maksudnya Dia sayang kita and we're the chosen one :)



Wednesday, July 29, 2015

Update Terkini

Assalamualaikum w.b.t


Kesian blog ni terbiaq. Dah la terbiaq, follower constant 35 sejak 2013 pulak wahahaha.
Sekarang sebenarnya tengah busy ber-praktikal/latihan industri kat SIRIM QAS Penang.

Sekali sekala jenguk blog ni, rasa macam semangat nak update. Dah semangat, tetiba teringat eh report logbook pun pending, lagi mau tulis blog.

huhu.


Nama budak ni Shiro. Budak suka sebok kepochi terlajak manja. Macam tuan dia aa.


Adios.

Thursday, June 11, 2015

Busy Life!

Assalamualaikum w.b.t

Okay ni rekod paling lama tak hapdet blog. Semua ni gara-gara subjek semua killer. Last post I did mentioned about embracing myself kan. Ekekeke.

Tup2 sekarang dah nak final exam. 16-22hb Jun 2015. Lepas tu, 29hb Jun start LI.

Assignment ada pending lagi. Cehhh..
Tensi tau dengan sorang lecturer ni. Dia punya projek dah macam untuk real engineer. Sampai brader brader master and final year pelik tengok kami tetiap hari masuk lab research nak siapkan assignment.

Alhamdulillah, my team mates a.k.a housemates a.k.a bestpreng semua sangat cooperative. Sama sama usaha nak siapkan assignment. Walaupun tak okay sangat, but puas hati sebab kami dah put a lot of efforts, time and energy.

Another highlighted event, my only sister got married!! *cheer*
Nanti la buat post wedding dia. Sebab kenduri side lelaki hari Sabtu ni.
Our lives just got merrier :))

I have been through tough time. Really tough.
Nasib baik my beloved ones selalu ada.
Family and hencek Hazim, my most reliable support system
Friends yg tak bosan bagi supportive words and helps
Kekucing yang selalu buat kakak Ayang happy..
Thanks semua :)


Saturday, February 7, 2015

Embracing Myself ;)

Assalamualaikum w.b.t

Haiyok, nak update blog pun jarang. Ni belum lagi start new semester, setakat duk rumah goyang kaki. Nanti dah start kuliah lagi la kan. Subjek pulak pembunuh pembunuh belaka. Harap harap boleh tempuh macam sem lepas  ;). Tambah pulak sem depan ada LI (Latihan industri)..

Mentioning LI, tak apply lagi oi.
Sepatutnya dah kena apply ni. Takmau last minit..
Dah siap list kilang electronics kat Penang ni altogether with the contact persons. Nasib baik la Penang ni banyak kilang elektronik. Dekat plak dari rumah. Kalau dapat implement kat sini, alhamdulillah. Stay kat rumah je :)

So sekarang tengah pening nak prepare resume.
First timer la katakan. Graduate dari matriculation, memang banyak kurang skill. Daripada skill dalam lab, sampai la ke skill nak prepare benda benda gini. Hehe.. Tapi takpa, boleh belajaq kan =)


May Allah ease ;)

Tuesday, January 20, 2015

Melaka ke Penang? ;)

Assalamualaikum w.b.t

Baru seminggu cuti sem, agak-agak dah bosan ke? Haha. Heh, mana boleh bosan kalau kat kampung. Tula, masa kuliah, sebok nak balik kampung every weekend. Bila cuti, mula pulak rindu kuliah. Hakhak.

Semenjak stay rumah sewa ni, dah kurang sikit la keinginan nak balik tetiap minggu macam dulu awal-awal masuk UTeM. Iyola, dulu stay hostel. Apa ja yang ada kat situ.. Bangun je, mengadap muka roommate. Nasib baik la roommates i olls comel. Nak mandi pun malas sebab kena siap-siap bebetul sebelum keluaq bilik. Hostel saya dulu memang mengadap main road. Gilos nak keluaq bilik kepala togel, pakai baju tidoq bagai. Nak keluaq kencin malam-malam pun fikiaq dua tiga kali. Haha penakut padahal bilik depan toilet. Kentut pun roommate dengaq.

Bila balik kampung, jumpa kawan-kawan, soalan wajib mesti aa

" Lia, cemana dok Melakau? Syok ka?? "

Haa tudia. Lagumana nak jawab.
Mesti la syok kan. Pelabuhan tersohor dunia kot dulu. Tempat tumpah darah Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Jebat, Hang Lekiu, dan Hang Kasturi.
Tapi kat Penang lagi banyak Hang. Hang nak pi mana, hang buat apa, hang ni kali******t la.. Hahahambar #sistryhard

Melaka and Penang, masing-masing ada style sendiri. Amboi, style.

Kalau bab makanan,
disebabkan cheq ni memang anak jati Penang, lahir and membesaq kat sini, so masa awal-awal sampai Melaka, memang mengalami krisis nak adapt dengan makanan. Sis memang cerewet sikit bab makan. Memula memang susah sikit la nak mengadap lauk kat sini, tapi lama lama, ok ja. Lebih kurang sama ja, cuma mesti la susah nak jumpa kari kan. So, untuk adik-adik yang nak further study kat sini, jangan risau ek ;)


Kat Melaka, memang tak dapat la laguni hehehe..


Laguni pun susah dapat :D



Nasi lemak Ejam kat Taman Muzzafar Shah, Ayer Keroh.
Santapan kegemaran hencek Hazim. Saya pun suka jugak.. tapi rival ni. 
Takleh challenge lagi nasi lemak dia.


Kat Melaka, memang banyak kedai-kedai makan best. Burgerbyte, Abang Burn Burger, Pecal Lele Lela, segala kafe hispter etc. Saya memang taktau la pasal kafe-kafe ni sebab tak penah jejak pun. Orang kampung macam saya ni mana la nak reti kan cafe hopping apa benda ni kan. Kehkeh. McD, KFC, Pizza Hut tu tak payah cakap la. Bersepah.

Pernah la acah acah minum petang kat Old Town dengan hencek Hazim, lepastu dedua dah serik. Haha. Memang la tekak mamak & tekak Jawa kami tak boleh terima. Coq pisang, kopok lekor jugak pilihan hati ^_^

Tapi.. kalau otak-otak, memang faveret la. Pantang nampak la kalau ada. Pernah borong 10 pcs makan sorang. Kehkehkeh.

And yeah, kat Melaka jugak la I gained the interest in cooking. Hahaha.


Memain ek time masak. Mak babap montot nanti.


Still, I root for Penang foods la kan. Sebab more variety. Tapi makanan Melaka pun superb the way they are ;)

Bab people, haha ni menarik jugak la. Time awal-awal merantau dulu, memang kadang-kadang ada situasi yang buat saya stop and stare tengok mak cik pak cik cleaner kat fakulti berborak. Haha sampai gitu. Sebab apa? Sebab tertarik dengan the way they speak. The language, intonation, and their responds in a conversation.

Memang la orang cakap orang N9, Melaka, Johor ni agak kasaq la kan, tapi bagi saya okay je. Maybe kadang-kadang dengaq kasaq la, tapi they don't really mean to insult you. Depa ni jenis yang straight forward. Kadang-kadang dengaq macam depa marah, tapi sebenaqnya dak pun ;)

Orang Penang pulak jenis yang loyaq buruk, cakap pusing kot jauh, berkias sikit. Selalu jugak kena sound, "Cakap macam keling.." Hahaha nak buat lagumana, memang tu keturunan cheq. Amma apppa.

Bab tempat, kat Melaka ni memang tempat-tempat dia senang nak pi. Kalau ikut betul sign board + GPS, memang boleh sampai. Senang nak ingat jalan. Tapi sebab saya ni ada masalah tak alert, selalu jugak kena marah sebab still tak ingat jalan. Muahaha. Pusing-pusing lagumana pun, insyaAllah boleh sampai.


MITC. Tempat shopping. Kat sini ada Mydin, mekdi, Petronas, segala admin offices.. yang penting ada Ayub Bistro. Tempat berputik cinta muahahaha.

Share sikit gambaq fakulti cheq :3



Unlike Penang, tempat dia banyak yang tersorok. Signboard pun tak banyak. Kalau nak pi tempat yang tak famous, kena la stop tanya orang. Even nak pi street art kat Lebuh Armenian tu pun saya tak reti. Wakaka.



See, setiap tempat ada kelebihan kekurangan dia.
Be grateful, people ;)


Papapun, tempat ni jugak best muahahaha.
* tokojut mak hencek tengok base dah jadi laguni. Hencek Hazim punya keja.. Thanks laling*


ps : Projek make over bilik, organize segala barang tengah giat berlangsung ni. Nanti sis update ;)

Monday, January 12, 2015

Semester 5? Done!

Assalamualaikum w.b.t

Paper last dah setel hari sabtu lepas.
Yeah done semester 5.

Resolution?
Semester ni awal-awal okay, bila dah nak habis, memang kecoh kelam kelibut!
Assignment kemain lagi mencabar.
Banyak pulak subjek killer.
Paling kejam, subjek electromagnetic.
Bebudak elektronik mesti tau cemana kejamnya subjek ni.. wuwuwuwu.
Nasib baik classmates semua concern each other.
Malam sebelum exam, memang kecoh la group Whatsapp kelas tu.. Memasing sharing tips, soalan, jawapan :)

So,
Lepas setel paper, malam tu terus pi celebrate dengan housemate/classmates..
Makang makang je kat Barkat Roti John, dekat jalan nak pi Melaka Central tu.
Ok la, nice. Murah.. tapi servis macam kureng sikit, Hihi..



Bila dah habis final, baru perasan yang rumah sewa dah macam gudang. Baju kecik, baju besaq besepah-sepah. Ahaha. Tak senonoh betei.

Time exam.. kehkehkeh. Jangan bagi bakal mak mertua tengok ni.


Ok keadaan dah terkawal. Hehe.


Still tak plan apa-apa cuti ni. Belajaq masak je kot. Ekekekek..
Yela cuti sem depan, ada latihan industri.  Pastu final year, fyp bagai..
Mana tau lepas graduate, ada rezeki terus kawen?? Ahahaha :P