Tuesday, December 30, 2014

Hello! :)

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak blogging oi. Nak kata sibuk, boleh la tahan. Mood ber-bloging hilang tah kemana since hadap health issue.

Alhamdulillah, getting better :)

So sekarang tengah hadap final exam semester 1 tahun 3. Sat nye la kan.
Dah semakin susah subjek semua :(

Ok nanti sembang lagi. Nak hadap coding =)

Tuesday, November 18, 2014

Life's Better :)

Assalamualaikum w.b.t

Hi, long time no post kan.
Within that period, memacam dah jadi.
The most significant is..... I have moved into a new house!!
=))

My new home is located in Taman Muszafar Shah, Ayer Keroh.
Well, I love this house way better than the old one.
From its accessibility, to the current housemates.
Something that I called, a GREAT ESCAPE.

Well, we will never go anywhere if we don't make any move.

Seronok tinggal sini. A very quiet place.. No much noise coming from the road  and people.
Walaupun belakang rumah, hutan. But it's okay, as long as the security precautions are taken, then everything should be alright, if Allah wills it.
Lagipun ada jaga yang round every 15 minutes,
Parking keta pun just nice, dah tak kena marah dengan jiran jiran.
Memalam pun sejuk je.. Nak bangun pi kelas, I usually took half an hour dulu untuk cuddling.. ekekekekek.


So glad living with my current housemates. 3 of them are my classmates, teman suka duka luah perasaan.
Balik kelas pun happy je nak balik rumah.


ps : Sometime, in life, it's worth for losing some people. Because without them, we got one less problem..





Sunday, September 14, 2014

I ❤ Organizing & Decorating

Assalamualaikum w.b.t

Lama jugak tak mencoret kat sini. Dalam tempoh tu, macam-macam benda dah jadi.
Yelah, macam-macam dugaan.
Tapi takpa, no worries. Life goes on.. Despite apa orang nak kata kan, you know what's the best for you.
Tak ada guna consider orang yang not considering.
Deserve them right.

So yeah I've decided to move out from the current house.
This is quite a sudden decision, but I believe in my thoughts.
It's time for me to stop others from torturing myself.
I hate living in such life. Keep holding back for anything.
It may seems quite selfish, but you know, what you give, you get back.
Hopping that everything would be fine, buddies :)

Talking about house, I have a passion towards organizing since I was a kid.
Recalling my young age, I started to have my own room when I was in Standard 4.
Yela, masa tu my sis dah remaja gitew, so she needs her own space.
Tapi selalu bilik dia jadi tempat lepak kami :D

Abah mama pulak rajin membeli perabot untuk bilik kami.
Walaupun perabot Tesco je, but I loved them so much.

Still remember my meja tulis. Such a huge one, with spaces to put my books and other stuffs.
Sayang gilos. I'll make sure yg buku semua organize according to its size. Haha..
Macam dari buku plg lebar ke paling kecik.
That's why la jugak  I was a strict librarian. Junior pun dah tau perangai cemana. Kehkeh.
My miniature stuffs i.e patung free Hello Kitty, my all time favorite RC cars, table lamp must be neatly placed on the small coffee table (Curik from ruang tamu).

And I think I have OCD since forever la.
Lagi tak suka kalau dah buat sepah, tak pandai kemas balik. Usik barang orang without permission, tak pandai nak letak kat its place back. Such a bad attitude.

It's such a pleasure to see things are well organized.
More accessible and conducive.

I hope my future rental room ni, I can organize and decorate according to my own style.
Tak kesah la kena spend duit banyak sikit kan for a better living..


Do not afraid to hijrah :)


Saturday, September 6, 2014

Rombongan Acik Ajim

Assalamualaikum w.b.t..

Haipp.. Long time no blogging. Sibuk blogging kat engineering practice. Apa apa pun benda tu dah setel. Report pun dah selamat sampai kat lecturer.. =)

29hb, setel aje engineering practice, malam tu terus berdosup balik Penang.
Tapi kali ni bukan naik bas travel sorang sorang.
Kali ni togeder-geder dengan hencek Hazim and the geng -- Apis and Miftah.

Bertolak pukul 12 malam, touchdown Penang pukul 6 sengah pagi.
Sepanjang journey, teman hencek Hazim drive. Manyak kesian, tapi nak buat guane.. Pakwekupower.
Offer nak drive, tak diijinkan pulak. Gara-gara tragedi cross tiga lorong sebab terlelap..
Kahkah.. Lemah tenaga batin.

Sampai Penang, terus semua pengsan. Tengahari, bawak brader-brader ni makan kat Nasi Kandar Kayu.. Haaa hamik, ramai beratur. Cuti pulak kan.. Seb baik servis dia tip-top. Cumaa.. mahei je la. Takpola, bukan selalu kan ;)

Lepas makan, jenjalan kat area tanjung (Georgetown). Hasrat hati nak cari street art. Adola jumpak dua tiga,. Haha. Orang Penang sendiri pun blur.. wakakaka.

Macam tak boleh terima hakikat peha hencek Hazim lagi kecik
*loud cry*


Balik sini, pi makan kat Padang Broom. Sebenaqnya saya sendiri tak penah pi sana. Haha..
Lepas dinner, jomm pi shopping kat uptown Perda. Cross bridge memalam, bawak orang Selatan tengok view malam Penang.

Esok, brader-brader ni mai makan kat umah. Meal simple sangat, terkejar-kejar balik hospital.

The end.

ps : Simple journey but we had so much fun...... walaupun ada sikit gaduh manja sebab jeles hencek Hazim kemain eksaited tgk amoi dgn jersey Arsenal tepi jalan. Wakaka nub.








Saturday, August 16, 2014

Rindu Lagi :)

Assalamualaikum w.b.t

Fuhhh fuhhhh okay dah tenang sikit. Fasa emosi dah berakhir kot. Hihi..

Tadi time borak-borak dengan ex-roommates zaman matriks kat FB, tetiba si Kirah ni upload gambar time join competition beads puzzle. Huaa rindu.


Tak sangka dapat jgk prize. Haha..  Dapat hamper lepaihtu berpesta dalam bilik.
Kemain tombam pipau lagi zaman matriks. Kehkeh.
Makanan kat Kedah sedap sangat.. Nasi kerabu dia,perghh.

Papapun, rindu zaman ribut ni. Zaman mandi kambing yang comel, zaman seret kaki balik kelas sbb ponat sangat, zaman tidoq masa lecture, zaman baru kenal macam-macam orang lagi, bila dah keluar dari zon lama

Rindu kat roommates. Kak Zaed (baju merah) ni la yang banyak care pasal kami bertiga. Dia la yang sedia segala instant food. Sebok call tanya nak makan apa kalau kami sakit.. :')

Semoga Siti, Kirah and Kak Zaed sukses selalu.. Love yaa :))




Saturday, August 2, 2014

Sembang Je :)

Assalamualaikum w.b.t

First of all, selamat hari raya aidilfitri mahap zahir dan batin :)
Ni bukan post raya lagi, sekadar nak keep updated.

Malaih nau nak edit gambaq raya, dasarr tak boleh buat job ni..
Takpo, kitew jadiw supporter pakwe jew lerw..


Rindu nak menembak..... tapi malas. Kahkah.


Cuti raya seminggu aje, esok dah kena balik Melaka. Kembali ke dunia circuitry..
Nak merungut tak boleh, sebab tujuan nak cari ilmu haa. Acehcehceh..

Dalam otak dah plan memacam nak enhance living kat Melaka.
Nak beli tu, nak beli ni.. yang mana boleh DIY or recycle, kita buat je..
Harap dapat kerjasama housemates.
Iyela kita ni pompuan gitew chuolz. Kena practice manage rumah..


Bilik comel..


Dapur pun comel..

Penin jugak pikiaq cemana nak organize very limited space ni..
Barang banyak, space takdop. Hemmm..

And aktiviti practice memasak still progressing.. Lagi semangat sebab mama bagi kitab resepi ;)


395 resepi. Hah, lepas ni muka confident je kabo nak masak. Kehkeh.
" Kang nak mangan opo??" 
Haa gitew kompidennye kan sampai speaking Jawa. Menangis terharu hencek Hazim gini..


Ye ye saye cube ye..

" Haa nanti pepandai la nak masak kat sana. Apa apa tak tau, roger mama " - Mama (2014)
Bila anak dara merantau jauh, cemni la cerita dia :P



Terfikir jugak nak try buat handmade pouch, suggested by sorang akak geng felt crafter kat FB.
Katanya bagus untuk students, sebab less time and cost consuming.. Engineering practice pagi je, petang dah pishang kat rumah..
Stok kain ela pun macam senang nak dapat je kat Melaka ni..
Nak jahit pouch tu guna mesin jahit mini pun boleh. Bukan nak jahit baju berpola pola bagai.. Itu tunggu nanti pinjam mesin jahit mak. Muahahaha..
Silap haribulan, buat job jahit baju je kat rumah. Degree engineering gantung je.. Mihmihmih.
Ah mengarut sudeh.. Letih nau tadi round Kedah dengan besties tadi, tidoq dulu la :)


Wednesday, July 23, 2014

If I..



Ya Allah..
The Most Merciful
The Most Forgiver..
Have mercy on me.
Forgive me for the wrongdoings.



And to you,
I know you'll be alright..
:)

Monday, July 21, 2014

Tersasar

Assalamualaikum w.b.t

Hah, you ollz masak apa?? Amboi garang kemain. Mesti something wrong leteww ekekekekek.

Hari ni target nak masak Char Kuey Teow Penang katako tapi nanhado tetiba silap method maka terhasil plak Kuey Teow Goreng -.-

Keciwi betol tak capai target ni.. Baru nak belagak dengan hencek Hazim kahkah.


Reneh paste. Rasanya paste ni yang tak power kot.. Haha.


Char Kuey Teow Penang kan memang berkuah. Tapi tadi silapnya letak air tak cukup.. Cepat nau dia kering dalam kuali.. Takpo, we learn from mistakes :)


Kuey Teow Hybrid :3


Hencek Hazim komen pedas. Memang sengaja letak extra cili sikit kasi berapi. Abang cakap abang suka pedas kan so ayang buat la extra spicy sikit wakakakakakapuik.. 

Hari Sabtu lepas, berbuka buffet dengan kakak, tunang kakak abang Farid and kawan-kawan poli dia dulu kat Naili's. RM 45 per pax. Macam.. err tak berbaloi sangat. Tambah lagi RM3, boleh buffet kat Hotel Sri Malaysia yang banyak lagi variety.




Mula mula macam memalu meow sket tapi bila dah makanan depan mata, gua dah tak hirau kakak abang semeja. Haha dasar Godzillia sangat.

Tu je cerita weekend and harini.
Sekian ;)


Thursday, July 17, 2014

Buke Poser Katanya

Assalamualaikum w.b.t

Hai, you ollz masak apa untuk berbuka harini?
Muahaha poyo sangat ni..

Hari ni buke poser dengan hencek Hazim kat Pantai Puteri. Bajet sambil nak tengok sunset, tapi takdok :(

So, hencek Hazim suggested saya masak. At first terasa macam terharu sebab diberi kepercayaan lagi lepas tragedi sambal overcooked masam and kek batik masin ahahaha :')

Apa lagi, marilah menuntut ilmu memasak gaya abad millenium.


Buku notes ni, tempat salin manual engineering & resepi.
All are compiled altogether.
#TrustMeImFutureEngineeringWifey


Shopping barang dapur ni sebenarnya lagi fun daripada shopping baju. Haha entahla terasa lagi eksaited.
Especially bila shopping untuk prepare meals for the loved ones.

Terasa sangat berbeza fasting month tahun ni dengan tahun lepas. Haha..


I just loved this view.
Selalu ingat pesan pesan mama pasal hal kat dapur. Tapi mama ni, dia lecture je. Takdak amali.
Haha.. Sekarang dah stay jauh, baru nak refresh balik segala lecture :D


Everybody seemed can't believe me is cooking.
Adoi, tak baik tau u ollz :D


So lepas prepare segala bahan,baru start the fire. 
I've heard yang it is easier to prepare all things before you start the fire. 
Haah memang betul sangat. Especially untuk yang gelabah macam saya. I've learnt from my mistakes during the previous cooking session :p


Tunggu bunga kobis empuk.
Actually, masa ni tengah wonder, cemana la pulak nak tau dia empuk ka dak.


Tengok ghuper, memang macam tak confident. Tambah pulak tak boleh nak rasa. Tak boleh nak troubleshooting. Memang ingat gamble je.. haha. Kalau sedap, alhamdulillah. Kalau tak, tahannn je nak kena bahan dengan abang besau :p

At first, I thought cooking ni memang kena ikut procedure (resepi) betul betul, yela dah terbiasa hidup practice dengan manual. Rupanya, it depends on your very own sense  :D


Final product :D


Alhamdulillah, the taste wasn't that bad as I thought haha..
Gua perati je masa hencek Hazim nak makan.. masa tu imagine dia nak bersembur je. Wahaha..
Wonderful iftar today :)

Okay, more to come, insyaAllah :)



ps : Just wanted to see my beloveds to be happy as long as I'm inhaling and exhaling :)


Friday, July 11, 2014

Wishlist Crossed :)

Assalamulaikum w.b.t

Hari ni happy.. sebab dah habis amalan kejuruteraan part berjalan jalan ke fakulti lain. Seronok memang seronok, sebab boleh merasa engineering lain.

Lagi satu, satu wish dah crossed.
Apaadiaa??

Masak untuk kesayangan.

I know the taste was horrible. Haha. Memang horror... Dua jam masak. Cait.
Okay la I admit memang noobie part memasak.
Tapi boleh belajar and improve kan ;)

Lepas ni nak masak lagi bebanyak..
Practice makes perfect.
:)



Wednesday, July 9, 2014

Dua Puluh Satu :)

Assalamualaikum w.b.t

Dalam mood eksaited lagi ihiks!

Sekarang dah officially 21. Muda lagi u'ollz. Itu pun ada yang assume saya sebaya dengan hencek Hazim. Why??? My friends pulak assume beliau sebaya ai ollz. Why lagi???

Tak kisah la kan :D

As tahun tahun lepas, I didn't expect for any celebration on my birthday. Memang sekarang ni dah tak celebrate birthday. Cukup setakat terima wishes daripada family and friends. Takdoknya nak party bagai.

Tambah pulak tahun ni birthday kat Melaka. Jauh dari rumah. Tak expect celebration kawan-kawan sebab housemate semua sekarang tengah busy toning body. Ecehceh.. Saya pulak semangat awal-awal je, just untuk kasi semangat dekat roommate.. Lepas tu, nanhadoo. Bukan apa, trainer lelaki. Macam tak best pulak kan. Squat, sit-ups sendiri je kat rumah.

Night before just keluaq for a movie dengan hencek Hazim. Dah jadi movie mania macam beliau haa.

Pagi, macam biasa.. ke engineering practice ke kita. Nasib baik takdok evening session. Mengundang bencana kalau evening session time puasa ni. Dah la FKP tu kemain panaih, kerusi takdak, mesin besaq besaq. Hahaha amboi kemain mengutuk.

See.. Ai ollz kenot la. 
Wahaha. Ok cerita engineering practice nanti yee.. ;)


So malam hencek Hazim hajok nak celebrate kat SR. Ok jom.. 

Had good times with him :)
Walaupun memasing letih kan..


Lepastu, tetiba pulak hencek Hazim ni beromeo. Haha. Ok received presents yang tak pernah dapat seumur hidup. Even masa graduate matriculation dulu pun tak dapat hokeh..

Taktau nak react macam mana. Just boleh cakap thanks sambil sengih-sengih.
Ai ollz mana biasaa cemnii >_<


Million thanks untuk hencek Hazim for making this 21st birthday celebration great. 
I promise akan lebih matang and kurangkan kegilaan ai ollz.. :D



Sunday, June 29, 2014

Caks! :)

Assalamualaikum w.b.t

Amboi kemain lagi sebulan sekali hapdet.

Entah kemana passion berblogging ni pi. Kalau dulu kalau boleh sehari dua entry. Dulu la, zaman bujang. Harharhar bajet isteri orang sangat. Mak anak 4 pun hapdet tetiap hari.

Bukan, zaman goyang perut je. Zaman doplohpatjam mengadap laptop. Macam takdak lyfe jewh time tuew.
Sekarang ni, nak tengok laptop pun rasa loya semacam. Asal tengok laptop, kena mengadap Word, PPT, Excel, Easy68k, Mathlab bla bla bla..

Update life??

Satu, second year bachelor computer engineering dah habih. Nak yeay ke dak, nak ke dak.. Sebab macam sad ending je.

Dua, sekarang tengah Amalan Kejuruteraan. 10 minggu.. Ceghita dia takdak cuti sem la. Just ada dua minggu sebelum naik next semester. AK tu plak apobondo? AK ni macam short semester, during this period, daks daks engineering kono pi setiap fakulti and buat project simple and siapkan report untuk 3 minggu. Another 7 weeks, betapa kat fakulti memasing. Macam praktikal dalam kampus.

Kemain lagi peluk labcoat.


Tiga, dah kena stay rumah sewa. Byee hostel yang heaven. Haha. So, keep reminding myself. Bila dah dok rumah sendiri, means segalanya diuruskan sendiri. Time ni la nak practice sebelum nanti stay rumah sendiri yang real with some other permanent members ;) Dah takdak makcik cleaner yang akan cuci bilik air, kemas ruang tamu. Pepandai la nak hidup kan.. Dah besau.. Consider sikit pasal cleanliness. Jangan ingat ada orang nak membibik tetiap hari.. Tau ada bibik kat rumah, kalau boleh bawak mai bibik hang sini pun syok jugak. Eh emo pasepa.

Kalau next semester, ada students gegerl second year UTeM yang dapat stay so-called hostel ni, hostel Emerald Park ni located kat Bukit Beruang, very near to MMU Melaka. Setiap hujung sem i.e tengah final exam, memang akan ada concert. Sebab tu selalu final exam bencana. Memandai je kan kaitkan.. Padahal..

Dalam banyak banyak hostel, yang ni paling best :)




View pagi



View petang. Boleh menyunset tetiap hari.

Floor plan.

Tempat study/layan perasaan/tidoq terbongkang/girls talk dgn roommate for 2 semesters :) Banyak kenangan oi.


View bila nak dekat test/hujung sem ribut nak siapkan assignment/final exam.
Burning midnight oil orang kata.


View yang paling akan dirindui :')


Rasanya tu je kot.. Haha. Banyak oih kalau nak cerita.
Nanti update lagi pasal AK... InsyaAllah :)



Selamat berpuasa untuk umat Islam. May this Ramadhan brings much blessings :)

* Tahun ni puasa kat perantauan. New experience.. :)) *





Monday, May 12, 2014

Throwback




"Hanya ku yang mencari, rembulan masih ada.. Mungkin seketika.. Walau ku bahagia mengejar bayanganmu..Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu, hanya aku.."


Amboi.. hiks!


Baru baru ni time selak selak buku sem lepas, tetiba terjumpak pulak lahaaii love note yang takdak recipient. Start baca tu memang tersengih, tapi bila dah baca sampai habis.. Terus mai sebak aaa. Kesian dengan diri sendiri. Haha.. Seb baik roommate takdop. Kan dah tak macho dia tengok gua sebak sebak.

Nak haplod gambau pun, macam tak patut plak. Sebab si dia sorang je boleh tengok walaupun asalnya note tu just luahan hati je. Haha.. Terasa pelik jugak bila tengok tahap jiwang gua kat tahap Bumiputera Rockers.

And still boleh ingat malam tu macam mana. That feeling came macam tu je. In fact esok tu nak final. 
Maybe dah sampai limit kot. Bak kata Hooke, bila dah sampai stretch breaking point tu, dia takkan balik ke bentuk asal. Haha betoi ka dak entahla. Malam tu, bila dah stress revise, mula nak scroll Instagram. Tempat develop macam-macam feeling. Tempat luah perasaan, tempat bagi hint, tempat nak screen capture.. :P

Sekali scroll... Booom! 
Sebenarnya bukan apa sangat, tapi entah la sebab masa tu hati tengah bergolak.. 
Terus termenung tengok siling. Calculator dah campak ke mana, notes pun dah dok bawah bantal.. 
Pastu tetiba sangat laa ayaq mata nak meleleh.. 
Mula-mula slow.. Pastu dah serupa ayaq terjun aa..
Maybe sebab dah lama hold back kot.. 

Sebenarnya masa tu sebab tengah rindu dia jugak.. 

Terus terfikir yang I need to write everything down. Mesti expel jugak. Nak luah kat orang, memang tak la kan. So luah kat kertas je..
Maka, bernukilan la cik Iylia malam tu. Haha.. 
Tulis sambil srottt srotttt hingus. Tragis betul.. 
Konon kalau osmate masuk bilik, act macam keciwa takleh calculate system response. Padahal, frust dengan kerash..

Dah setel, lipat kemas2. Selit dalam buku.. 
Lega sikit. So lepas tu memang macam dah pasrah habis.. First time rasa macam nak give up dengan dia.
I wiped the last tears. Terus pi basuh muka, sambung study. 
Boleh tahan kental time tu.. Kehkeh.

So tu la throwback paling dasat. Tak pernah rasa down sampai macam tu.


Harap lepas ni dah tak rasa macam malam tu lagi..
Sakit betul..
Feeling kena sumpah "gi mampus" pun tak sesedih malam tu.. :)

Tuesday, April 29, 2014

Giving Up

Assalamualaikum.. :)

Hah, awat pulak dah giving giving up??
Haip, nope nope.
GIVING UP IS NOT AN OPTION.

Ok, sesi memotivasikan diri di tengah malam.

Lately ni memang macam-macam ujian.
It's okay, just smile and face it all.
You don't live to please all people, pleasing Allah S.W.T that matters.
Orang mungkin nampak apa yang kita buat tu salah, tapi Allah knows our intention.
Whatever you do, lillahi ta'ala okay :)

Hidup ni memang biasa turun naik.
Memang biasa kena hentam.
Memang biasa kalau nangis, mengamuk.
Memang biasa kalau terasa nak bawak diri pi Jepun. Eh, kemain lagi nak bawak diri pi Jepun.

Sekarang tengah cuba nak implement sifat 'FACE THE PROBLEM, DON'T RUN' dalam diri.
Jangan cepat mengalah bila things do not go the way we desired.
Jangan cepat mengelabah bila macam-macam ujian attack.
Semua ujian tu untuk test how strong we are, how iman strengthens our soul.

Bila tak ada bahu untuk bersandar,
Selalu ada lantai untuk bersujud.


Okay, jom sambung brainstorm circuit Smart Door Knob.
:)



Sunday, April 20, 2014

Anugerah Terindah

Assalamualaikum w.b.t

Amboi title. Hihi.. Anugerah apa yang terindah sangat tu? Rasanya anugerah yang paling  indah pun anugerah PMR dulu.. kehkeh.

Dah lama sangat tak update hal personal kan :)
Sibuk terlampau.. Bukan tak ada.

It is started since several months ago, maybe when I was in 2nd semester.. (amboi cik Iylia kalau nak berjiwang, bajet omputih )

I've known a person.
There's something special about this guy, even baru kenal pun dah rasa something. Tapi masa tu I just kept it to myself. Still teringat, tegur dia sebab excited dgn kelab fotografi UTeM. And kena cop excited nau setempek.. haha.

At first, just anggap as abang senior.
Tapi feeling tu developed from time to time..
Berapa lama pendam, berapa banyak menangis sorang2 sbb kadang2 rasa tak berpeluang.. Nobody knew, even my closest friend.
Nobody knew. Saya memang sangat secretive. Tak ramai org dapat detect what's going inside me except my mama.

Tapi masa tu pretend tak ada apa. Sebab takmau mama susah hati lagi...
But kadang2 terexsaited jugak, tercerita pasal si sia, tertunjuk gambar-gambar.. And sometime mama tengok macam ' Please bagitau mama..'. Tapi masa tu tak ready nak bagitau siapa siapa.
 Let the first person to know it is him :)


Finally, confess jugak. Bila si dia dah start guessing, rasa bersalah nak mengaku ke tak. Takut akan ruin banyak benda, as I'm the club secretary. Oh, lupa. Si dia ni hencek presideng :)
Takut si dia tak selesa nanti nak work together..

The night he asked me seriously, I felt that was the right time to confess la kan. Ok saya confess.
From that moments until this very second, my days were brighter than before. Much brighter :)


Hencek presideng,
If you're reading this..
Saya just nak awak tahu yang awak sangat special bagi saya.
Kalau awak rasa awak tak special macam orang lain, that's totally wrong.
Awak special just the way you are.
Awak tak perlu ubah apa-apa, tak perlu tambah apa-apa.

Minta maaf bila saya tak buat awak happy..
Minta maaf bila saya bersalah,

Thank you for letting me to love you.
Thank you so much for making feel so special, happy and loved..
Thank you for always treating me right :)

I have my own way of loving you..
I know there are so many challenges coming on our way,
But I will never give up. NEVER.



Thank you this wonderful day :)


Sunday, April 6, 2014

Hectic

Assalamualaikum w.b.t

Kehkehkeh.

Pehh lama betul tak update. Sebenarnya ada dua reasons. Satu, lupa password. Seken, busy. Sebenarnya memang ada niat nak hapdet bila ada time free tu, but then tetiba nak login tak boleh pulak. Ah, kes tukaq password tapi tak jot down. Hailaah cik Iylia -..-

Kalau nak rewind ceghita/hapdet life sebelum ni, memang lagi banyak daripada esaimen 4 subjek. Tak kuasha mak noks.

Okay saya sekarang student 4th semester. Seiring dgn peningkatan semester, opkos hidup semakin hectic.
Semakin menjadi-jadi seteghes. Tapi chill lah, nak merungut apa. Watlek watpeace sudeh. Dah namanya student kan :D

Lepas ni, insyaAllah akan hapdet selalu :)

ps : Mood brainstorm project microprocessor. Apobondo la gua nak invest pasal 'Smart Home' ni.. Kalau smart cooker boleh? Masuk je bahan semua, lepaih tu pandai pandai la hang masak, kalau nak pi tolong serve kat hencek suami skali pon boleh hahahaha hambar -.-