Tuesday, August 13, 2013

AIDILFITRI 2013




 Assalamualaikum w.b.t

Uih lama sangat tak update blog kan. Ni pun dah berapa hari raya dah huhu. Nak kata sibuk tu tak lah sangat. Tapi sebab tak ada idea kot. Hihi.

Apa apa pun, saya nak wish selamat hari raya aidilfitri kepada semua Muslims seluruh dunia. Alhamdulillah, masih diberi peluang rasa keindahan bulan Ramadhan dan keriangan bulan Syawal wewewe~

Puasa dan raya tahun ni terasa berlainan sikit. Rasa lebih bermakna. Alhamdulillah, sejak masuk universiti, saya jumpak raaamai kawan-kawan baharu yang banyak berkongsi ilmu. Kalau dulu scroll timeline Facebook, tak ada apa sangat pun. Tapi sekarang, penuh dengan perkongsian ilmu. Best sangat (^^,)

Tahun ni jugak dapat berpuasa and beraya dengan adik-adik buluss baharu kehkehkehkeh.. Meriah u'ollz. Habis pokok bunga hiasan mama terbalik. Meriah sangaaat. Tahun lepas sibuk buat preparation nak masuk U, tapi tahun ni goyang perot like a boss.

Tapi yang tak bestnya, raya tahun ni maktok takda kat kampung. Beraya di Kelantan dengan Pak Long. Tak dapek la nak rasa rendang daging maktok yang awesome tu. Huhu.

Okay la jom layan gambau~

Preparations

Hari last berpuasa. Hujan lebat jugak. Menangisi pemergian Ramadhan ~





 Bebudak berbulus dua ekoq ni pun sibuk jugak nak ikut pi market. Nasib baik ada babysitter yang comel dan baik hati ni hakhakhakstuih.





Tak ada la nak snap gambau masa tengah busy kemas rumah memasak bagai. Nanti kena beletiaq ngan ma'am besaq. Kihkihkih ~

On the Raya day












Lepas photoshoot kat rumah, terus ke Kulim Hi-Tech, rumah maklang. Tahun ni beraya dengan mak lang ja. Huhu.

Tak banyak berjalan raya pun. Lepak kat rumah ja. Abah pun dah kena kerja on 3rd day of raya. 

Apa-apa pun, semoga dipertemukan lagi dengan bulan mulia Ramadhan & Syawal tahun depan :')