Wednesday, March 20, 2013

New Lovely Family Members :)

Assalamualaikum w.b.t

Tadi masa tengah lepak-lepak sambil online, tetiba abah call sambil gelak-gelak. Hahh my instinct dah rasa something yang exciting ni :D

Abah : " Ayaang! Citam dah beranak! 4 ekoq. Ada kaler itam campoq koko, putih hitam sikit,
             putih hitam banyak and macam koko kelabu campoq putih."
Me    : "Ehh.. hahahhaha alhamdulillah!

What a blessed day!

My cat, Citam gave birth to 4 little cuties today, at around 3 p.m. Whoaa excited gueh. Rasa macam nak balik Penang la ni jugak! Haha.

Lepastu suruh mama send gambar. Whoaa lagi!

Shooo cuteeeee..!





Hikhikhikhik!

Tengah fikirkan nama ni =D

Babies tunggu aunty aunty dari KL dan Melaka balik ekk.

Loveeee youuuu!

=))

Saturday, March 16, 2013

The D.A.Y.S

Assalamualaikum w.b.t

What's up people? Happy weekends yaa :)

I'm having a cup of Nescafe while writing this. I'm a caffeinated girl you knoww. I'll have at least a cup of coffee per day.  Ya I know it isn't good for my health :/

Ehemmmm speaking English pulek kens. Hihi. Oraitss. Nampaknya plan nak update setiap hari memang tak dapek nak dijalankan. Huii busy haa. Rasa sat ja masa kat bilik. Kalau hari Isnin dan Selasa, kelas habis pukul 4 dan 5 petang. Sampai bilik, solat then terus booomm atas katil. Pukul 7 malam, baru terkedek-kedek nak mandi. Lepas settle solat dan dinner, online sat. Kalau rasa hati cekal sikit, shut down laptop, letak kat tepi dan susun buku banyak banyak atas meja bajet nak study semua malam tu (^.^)V

So apa cer hari Khamis?

Pagi tu kena siap awal dan ke library untuk kelas Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Dr. Anidah dah note everybody ke sana. Ehmm bukan dekat tau library dengan hostel. Dah ler tite takdak transport sobsss. Dah sampai, rupanya Dr. Anidah tak ada. Beliau suruh cari makalah (artikel) untuk dibuat ulasan. Amboi. Haha. Dah lama pulak tak rasa ulas mengulas ni. Inilah pentingnya mata pelajaran TITAS. Engineers bukan saja kena equipped dengan ilmu kejuruteraan, tapi kena jugak bertamadun tau.. :D

Baru ku tahu cara nak guna photostat machine. Haha noooobbb boooo. Tapi sebelum guna photostat service, kena top up kat marix dulu ye adek-adek  :)

Artikel apa yang cik Iylia pilih ? Jeng jengg..


Hihi. Best ni untuk buat ulasan. Tak sabar pulak.
Nak pilih makalah ni pun kena berdebat dengan Mr. H dulu..
Beliau memang suka test gua punya debate skill.


Habis kelas, terus gerak ke Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Akademik untuk ambil barang beli online. Hihi. FIRST time beli barang online u'ollss. Nampak tak noob semakin teserlah?




Barang apa yang cik Iylia beli?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Taraaa.
RM34 +RM8 (postage)
Memang kena bahan laa kan.
:D


Lunch meal faveret. Bila kat Melaka ni, hilang terus sense tekak kari. Terus jadi tekak makanan ala Cina :D
Frankly, cik Iylia tak berapa minat dengan asam pedas. Tak boleh pergi sangat.


Hari Jumaat pulak,
Hidup macam biasa. Kelas habis awal sebab lecturer subjek Logic Circuit tak dapat masuk kelas. So kelas habis pukul 10 pagi. Balik bilik, terus golek golek sampai ke petang. Qada' tidoq katanya. Hihi.


Lunch TERPEDAS yang pernah Cik Iylia rasa kat sini.
Hehe. Seriously pedas.
Ya know bila Penangite cakap pedas, it really means PEDAS.

Hanya mampu snap gambau makanan kafe. Sobss.
Bukan macam cik Alia Laila Shomell ni. Tetiap hari ada ja gambau makanan  beliau masak.

Ai iz jelly. 
Tercabar keperempuanan gua.




Okay itu sahaja cerita dua hari lepas. Cik Iylia nak pi basuh baju sait. Lepaih tu nak kemaih tempat. Lepaih tu nak tidoq study.

Daaa.

Muahhss! Take care semua 
<3

Wednesday, March 13, 2013

Peashhh (^.^)V

Assalamulaikum w.b.t

Haihh makin lama makin childish pulak cik Iylia ni. Hihi. Wait, your physical doesn't exactly define the real you tauu.

Sejak akhir-akhir ni, ramai pulak yang tegur. Berikut adalah beberapa perbualan.. (kisah benar!)

Situasi A

Masa ni cik Iylia baru keluaq dari toilet kat bangunan makmal. Tengah perbetul lab coat yang ala ala brader brader kilang tu, tetiba cik Iylia dipanggil dari arah belakang. Memula ingatkan brader tu panggil sapa kan. Cik cik cik. *tak pernah pulak orang panggil wa 'cik' macam tu* Memandangkan sunyi ja kat situ, cik Iylia pon toleh ler.

Rupa-rupanya brader tu juruteknik makmal, dan memang beliau panggil wa. Tersengih-sengih brader tu.

Brader tech : Cik ni student **direct entry ke? Makmal saye eh. Makmal elektronik 2?
Cik Iylia      : Eh tak tak. Saya student first year. Makmal asas :)
Brader tech : Ohh ingatkan cik student direct entry. Ok byee * masuk dalam makmal *
Cik Iylia      : -______-"

**students lepasan diploma yang terus masuk ke tahun 2.

Situasi B

Tengah lepak lepak dengan roommate and the gang, tetiba roommate ( ex KMKian jugak dan pernah terlibat dengan Resident Media Bridal Photoshoot ) mula sembang pasai dulu kala zaman tok nadoq nuhh..

Dak Teha :  Dulu masa photoshoot tu, aku ingat hang akak senior.
Dak Iylia  : Phuii. Kat mana yang senior nyaa..
Dak Teha : Siyesss. Aku ingatkan hang kakak senior yang dah keluaq.
Dak Iylia  : Ambooiii.. punya tua hang bagi nohh.. *menangis dalam hati*

Situasi C

Cik Iylia tengah mengemas loker. Tetiba disapa oleh seorang budak kelas jugak yang datang ke bilik untuk jumpa roommate. Tapi kurang berborak dengan beliau.

Dak kelas : Kak Lia dah makan?
Kak Lia    : Huh?? *dalam hati* Ehh dah dah. heee..
Roommate : Eh dia umur sama kita lah!
Dak kelas : Eh ye ke? Nampak macam kakak kakak! Lahir tahun sembilanpulohhh...??
Kak Lia    : Tigaaa..
Dak kelas : Takk.. Duaa!! *gelak gelak terus keluar bilik*
Kak Lia    : Pfffftttt..


Nasib baik sembilanpuloh dua. Kalau lapanpuloh dua? Tak menangis kat situ??



Dulu gelak sangat bila someone mengadu orang selalu assume beliau 20++.

Sekarang dah kena kat diri sendiri
T__________________T

Tak kisah la kan! Hihi.

Okay hari ni apacer ek?
Takdak yang special pon.
Kelas macam biasa.


Cik Iylia baru lepas edit nota kuliah nak print esok kat kedai. Catridge ink printer rosak T_T


Dinner. Hihi.


Planning untuk esok ;)
Moga dipermudahkan segalanya. Aamiin..


Okay cik Iylia dah mengantuk. Bantal ucuk dah panggil panggil tu.


Jangan lupa wudhu', doa dan zikir sebelum tidur!

dan maafkan semua orang :)

Daaa <3



Monday, March 11, 2013

Salam Isnin Hiks =)

Assalamualaikum w.b.t


Huaarghhh *ngeliat show off ketiak*

Aiyokk sudah Isnin maa. Aishh rasa sat sangat cuti haa.
Tergolek-golek atas katil, tidur, makan, study SIKIT, texting, otp..
Tupp tupp dah Isnin balik.

Hihi aiipppp no no Iylia! Jangan merungut!
Let's take a look on the positive side of life.
Sebab hidup kita ni indah. Kadang-kadang cabaran tu yang akan membuatkan hidup kita lebih bermakna..
.. kalau kita ambil peluang hikmah ittew ;)

So,
HAPPY MONDAY U'OLLS
Semoga minggu ni lebih baik daripada minggu lepas.
Hihihi.

For those who are pursuing study, regardless to any level,
Marilah kita berazam untuk collect ilmu banyak-banyak!
Eh not limited to those who are studying,
But also to those who are learning!
Actually, we're all the learners kan :D

Ooopss.. tapi jangan lupa mulakan dengan doa!


Recite Bismillahirahmanirahim before doing everything. We do it in the name of The Most Almighty Allah =)




ps (post script) : rasa macam nak update tiap-tiap hari pasal apa yang belajar dalam kelas. Okay gak kan? Sharing ilmu :)






Saturday, March 9, 2013

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum w.b.t

Hyee u'olllzz.
Alhamdulillah, Cik Iylia sudah mampu bertendang bertenang.
Entah ler, bila kita dah mampu kuat balik, mula lah timbul rasa geram. Emm tak baik kan hold a grudge dengan orang.
Takpa, kita redha aja dengan perbuatannya. Mungkin ada hikmah. Ada juga silap saya disitu ;)

Cik Iylia the hati kental sudah kembali. Hihi =D

Kuat okay Iylia!
Ingat Allah, ingat abah, ingat mama =)
Perbetulkan niat.

Menuntut ilmu kerana Allah.
Menuntut ilmu untuk berjaya di dunia dan di akhirat.
Menuntut ilmu untuk balas jasa abah mama.
Menuntut ilmu untuk diwariskan kepada anak-anak.
Menuntut ilmu untuk beri manfaat kepada orang lain.
Menuntut ilmu untuk argue dengan future hubby. Huhh? Tak boleh tak boleh. Bukan argue, cuma berkongsi ilmu dan bertukar buah fikiran.  :)

Voucher buku BB1M dah diagihkan kepada students UTeM.
Alhamdulillah! Terima kasih Malaysia! =)



Tadaaa! Done RM250. Termasuk earphone. Hihihi.
Alhamdulillah =)

Pada 4 - 7 Mac 2013 lepas, MPP UTeM anjurkan Karnival Buku dan Digital.
Ramai jugak peniaga buku dan barangan digital datang. Buat warga UTeM yang tak berkesempatan nak outing, semua serbu ke sini untuk shopping. Tak terkecuali cik Iylia tite.. :D

Cik Iylia ni memang suka sangat buku terbitan PTS dan Telaga Biru. Best giloss. Thumbs up!!
Niat memang nak habiskan untuk buku akademik. Last last berpinau matee tengok buku-buku genre motivasi ni banyak sangat hihi.

Semoga dapat beramal dengan ilmu yang terkandung dalam buku-buku ni..
Bukan rugi pon beli buku. Boleh simpan sampai bila-bila. Boleh bagi kat anak-anak nanti. Ahakks tak habis-habis anak kan. Grab master dulu cik Iylia woii..

Hemm lectures pulak, getting hetic!
Huhu. Lecturer mengajar sangat laju. Takdan cheq nak pick-up wuwuwuwu.
Tapi takpa, jangan jadikan kesalahan orang lain sebagai penghalang kejayaan kita. Kan kan?
Manipulate cara dan cari jalan untuk atasi masalah tu.
Rasanya cik Iylia kena buat preview dulu sebelum kelas. Takdak la ternganga-nganga dalam lecture lepastu gelabah bila lecturer suruh jawab soalan weeweewee.

BE PREPARED IN EVERYTHING YOU'RE DEALING WITH!!



ps : Pray for Sabah. Pray for our heroes :')


Friday, March 1, 2013

Sedih :'(

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni hari terakhir kelas untuk minggu ni. Minggu ni berjalan agak lancar. Cuma kadang-kadang otak hanged. I'm adapting to my studies, which are getting tougher. Kadang-kadang rasa down, kadang-kadang rasa energetic. Rasa down bila kita lihat semua dengan pandangan negatif. Rasa energetic bila sentiasa optimis dan bersangka baik.

Hari ni entah la kenapa rasa sedih sangat. Banyak hal yang terjadi.

Dapat tahu yang 3 anggota pasukan keselamatan Malaysia terbunuh dalam insiden pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu, Sabah.
Ya Allah.. what a sad news.
Seeing what's happening there, I'm frightened :(
..dan ada pulak orang-orang yang sempit akal, berjiwa kecil yang mempolitikkan kejadian ni.


Semoga keluarga arwah tabah.

Sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah kembali..


Who, when disaster strikes them, say, To Allah we belong and to Him we shall return.” 
(Surah Al Baqarah 2:156)



ps : Pray for Lahad Datu.