Monday, February 25, 2013

Business Minded (kaa??)

Assalamualaikum w.b.t

Heyyyaaa heeyyyyaaa ( shake lagu Outcast )
Teringat pulak dulu pernah gelarkan cousin macam Outcast ni. Kelijam aan cik Iylia dulu. Dulu laa.. masa zaman muda. Zaman rockerz + hati kering gitew..

Intro selalu tak berkaitan kan. Meleret-leret. Nak buat macam mana, habit sejak PMR. Alhamdulillah BM dan English tetap A sampai SPM ;)

Yaa bercakap mengenai perniagaan.

Sebenarnya ada jugak terlintas nak business apparel ( pakaian ). Alhamdulillah, baru-baru ni dapat peluang jadi dropship agent tudung Akel.

For those who do not know what the dropship agent is..

Dropship agent ni berperanan untuk jual barang daripada dropshipper. Tak perlu ambil stok. Tak perlu keluarkan modal. Untung atas angin orang cakap. Sistemnya begini.. Agent akan buat promotion (like creating Facebook page etc), kemudian bila ada customer yang nak beli, mereka akan bagi detail barang dan customer kat dropshipper. Dropshipper is the one who takes the responsibility to do the postage for the customer.. Macam mana dapat untung? Alaa macam mak cik Aini yang jual nasi lemak. Mak cik Aini letak 50 bungkuih nasi lemak kat Warung Pak Ali dengan harga RM0.50 sebungkus. Kemudian, Pak Ali akan jual dengan harga RM1.50. (Amboi Pak Ali, sampai singgit ambik untung aihh)

Haa macam tu la. Hihi. Ada talent jadi lecturer ni. Kreatif bagi penerangan haa =p

Got it students?? *senyum manis* Ihikss..



Sudah Iylia sudaaahh. Back to the topic.


So, macam mana cik Iylia? Nak teruskan plan dropship??
Jawapannya, TAK.

Heyy bukan sebab masalah dengan mana-mana individu.

Sebenarnya, seumur hidup cik Iylia, memang tak ada sejarah buat business. Ada la masa sekolah rendah dulu. Business sticker Pokemon. Cik Iylia dulu brutal dan boyish. Tak main la business tulis nama atas ice cream stick dengan benang tu. Lilit lilit cam dah tak ada kerja lain kan? Kumpul sticker lagi best.

Memang ramai family member cik Iylia yang buat business i.e business kedai makan.
Even abah sendiri ada cita-cita nak bukak kedai makan. Huh?? Pak Din memang seorang yang kaki makan. You tell me, which Penangite yang bukan kaki makan?? Sikit laa. Biasalah, great foods are everywhere ( up Penang sket =p )

Nak recommend laksa mak sedara sat eihh. Boleh like page dan berkunjung ke kedai LAKSA HOUZ by mak lang Pariza and Pak Lang Kassim. Haa jangan pulak pi kedai tu lepastu panggil depa pak lang mak lang. Nak panggil jugak, sila masuk minang cik Iylia dulu. #Eh
ORIGINAL PENANG LAKSA nii!

Berkaitan dengan business tudung tu. Emm bila difikirkan balik, boleh kee gua jual tudung ni? Gua pun pakai tudung bawal kosong Aidijuma ja. Setelah sekian lama berfikir, ditambah pula dengan satu pemberitahuan, cik Iylia jadi tawar hati dengan business tudung tu.

Kenapa ya? Bukan ke bagus business tudung?

Ye memang bagus. Tapi rasanya, jiwa cik Iylia bukan dalam business ni. Cik Iylia lebih senang menguruskan something yang enjoyable, skilled and passionate about.

Cik Iylia sendiri pun sangat simple orangnya dalam berpakaian. Boleh ke yakinkan pelanggan?
Macam akhak akhak yang jual ubat jerawat, tapi muka sendiri.. mengucap panjang adik manja ni haa..

Memang benar kita boleh belajar. Tambah ilmu baru. Tapi kalau dah tak ada minat??

Buat masa sekarang, plan untuk berbisnes perlu disimpan dahulu. Fokus kepada study dulu.

Bila tiba masa cik Iylia dah bersedia, mentally and physically serta cukup segala kemudahan, insya Allah akan dipermudahkan segalanya.

Lagi satu, cik Iylia ni sebenarnya jenis yang suka berniaga sendiri. Tak bergantung kat orang lain. Okaylah kalau nak mintak tolong sikit sikit kan. Secara kasarnya, lebih suka jadi bos! atau.. tak suka disuruh buat kerja. Huahuahuahua.
No wonder aa kerja kat fast food 6 jam jek. Mihmihmihmih.

Mungkin suatu hari nanti, cik Iylia akan business berkaitan fotografi, bahan bacaan atau IT.

Insya Allah.





ps : Memang ada cita-cita nak bukak kedai buku.
      SYAHEERA BOOKSTORE..... ahakks nama sendiri. Tidak tertahan gila femes. Eh 'Syaheera' tu
      maksud dalam bahasa Arab ; termasyur. Okay aa kan. Takpun NUR BOOKSTORE. Cahaya
      Kehidupan Anda.
      Habaq hang..


Saturday, February 23, 2013

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu

Assalamualaikum w.b.t.

Hypee.. kon'ichiwa!

Weekend macam ni barulah berkesempatan nak scroll timeline Facebook. Huh? Tipu la kan baru berkesempatan. Taakk. Maksud cik Iylia, berkesempatan nak baca setiap perkongsian kawan-kawan haa =D

Tengah best best menambah ilmu kat Facebokk tu, terjumpa dengan post ni, dikongsi oleh seorang kawan yang sekarang ni tengah pursue degree kat UKM dalam bidang biomedic. Bila tengok perisian daripada my idol, Prof. Dr. Muhaya, WAJIB baca okay. She's such an inspirational great successful muslimah ;)

Jom sama-sama ambil pengajaran daripada perisian beliau ni =)


1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.


*macam kena batang hidung cik Iylia ja. hihi*


2. Kejutan Budaya
Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.




3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.


* Alhamdulillah, semua sahabat baru baik-baik belaka =) *



4. Hilang Semangat
Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.


* Memang betul terjadi kat cik Iylia! *


5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.



6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

  1. Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
  2. Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka
  3. Tidak mahu berusaha lebih
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.


7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama
Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

  1. Berebut mendapat perhatian pensyarah
  2. Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
  3. Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
  4. Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.


by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA





Semoga memberi manfaat :)

Thursday, February 21, 2013

Semester 2 Computer Engineering =)

Assalamualaikum w.b.t

18hb lepas dah mula semester 2 untuk Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik( Kejuruteraan Komputer ).

Sat ja kan. Huhu. Ada lagi 6 semester, insha Allah =)

    Bermulanya life as a student. Nampak taaak ayam goreng tu. Hihi. Cik Iylia kuat makan sekarang ni. 


Sem dua ni nampak gayanya macam nak sibuk. Eh, bachelor mana yang tak busy? Matriks pon busy. Huhu.
Subjects nampak agak killing. 



What I have learnt today, in an hour. Were I learning? Or just had been told? 
Wuuu need immediate revisions, surely =)


Semester ni, Cik Iylia dah tukar roommate. Hihi. Lebih aman dan sentosa, suasana kondusif untuk belajar.
Nak masuk toilet pun boleh nampak fakulti. Isn't it sweet? =D

Kay Cik Iylia nak siapkan tutorial. Dadadududidi!



ps : Semoga sem ni Cik Iylia dan rakan-rakan akan lebih berjaya ;)

Friday, February 15, 2013

Please Share This! =)

THIS Message made me ashamed of myself :(
Have you ever wondered what would have happened if we
treated the Quran the way we treat our
mobile phone???
What if we can carry it with us wherever we go; In our bags and our pockets?
What if we looked at the pages several times a day?
What if we went back to take it if forgotten?
What if we treated as though we cannot live without it?
- And really, we cannot live without it!
What if we give it to our children as gifts??
What if we read it while travelling??? ✈
What if we made it a priority everyday??
Let our logo be
" Quran is my best friend."


Only 7% will re- send the
message. Be amongst them and and send it to the largest possible number of people. Don't be of the
93% who will not share the message ..

Think .. Even once .. (Day of Judgment) we will realise we daily opened messages from friends .. We shared/forwarded the jokes and gossip. But how many times do we
open the Quran and read the messages sent from Allaah subhaanu wa ta'ala Himself? "❔ ✨
If you love your friends and family, share this reminder with them!!!

Scientifically proven;
Listening to Quran reduces the prevalence of
cancerous cells in the human body and even destroys them.
The prolongation of prostration strengthens memory, and prevents stroke.
Prostration removes positive charges in the body - in a world where EVERYTHING uses electricity and affects us negatively, learn the importance of this.
Satan said "I wonder how humans claim to
Love Allaah and disobey Him, and claim they hate me yet they obey me!
Will take 60 seconds to benefit ur loved ones, pass it on as a reminder.
Advice - ⚠ ❕

May Allah grant success to every one who reads and shares. آمِيْن!



Copied from one of my best friends' Facebook page. 

Saturday, February 9, 2013

Akan Datang :)

Assalamualaikum.

Hiii.

Wahh kemain emo kelmarin. Hihi. Dah okay. Stay positive! Bak kata my 'kak long'.

I am undergoing and planning some changes in my life. For a better future, of course :)

Ada beberapa program baharu dlm hidup. Program gitew haa. Tapi announce nanti lah ek. Hihi.

Sebenaqnya pening jugak nak organize program baharu ni. Emm takpa insyaAllah boleh :)

Okay nak pi beli barang-brang nak hangkut balik Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Gitew haa.

Sat ja nak balik Melaka dah T_T