Wednesday, November 21, 2012

Mengemas? Common sense la.

Assalamualaikum.

Sebenarnya semasa post ni ditulis, aku sedang study circuit analysis. Tetiba terdetik nak meluahkan perasaan. Mungkin boleh melegakan sedikit tekanan.




Apa yang tekanan sangat tu? Tekanan bila perkara yang aku tak suka, keep on happening. Perkara yang aku tak suka, ada depan mata setiap masa.

Perempuan, biasanya memang sinonim dengan tabiat suka mengemas. Tak rajin pun, paling tidak, mesti nak mana-mana tempat nampak tersusun kan. KAN??

Aku ni bukanlah gila kekemasan sangat. Tapi as a pompuan, kemas kemas ni common sense kita la kan.

Okay kita fikir jauh sikit. Sebab pompuan memang best kalau fikir pasal marriage. Imagine, kalau tak suka mengemas, macam mana nanti rumah tangga? Takkan nak biar rumah semak? Eh tak payah fikir marriage life la. Fikir bila nanti tinggal bujang. Mak tak ada nak tolong kemas. Hemm. Takkan nak tinggal dalam rumah semak? Everybody knows yang tempat kotor ni , benda-benda tak elok suka kan. Kita ni pompuan pulak tu. Kang nampak apa-apa dalam almari, haaa..

Tambah teruk kalau kita share bilik/rumah dengan outsiders. Means, bilik kat hostel ke kan. Hemm cubalah fikir roommate kita tu. Okay cik?

Bagi aku, keadaan tempat tinggal kita adalah salah satu first impression. Kalau tengok tempat macam tongkang China, agak-agak macam mana yeh si polan ni?

Tolong lah ye jaga kebersihan sikit :)
Pesanan untuk diri sendiri jugak..

Wednesday, November 14, 2012

Meouw Time :)



Assalamualaikum.

Hari ni spend time sat dengan bebudak ni. Sedih sebab tak cukup ahli. Cikbu, dah tinggalkan kami. Sedihnya. Last aku jumpak dia, sebelum berangkat ke Melaka :')

Makin menjadi-jadi manjanya budak-budak bulus ni. Comel jek. Macam tuan dia ahaks ahaks ptuii.

Dah, tak tahu nak bebel apa. Nak revise Engineering Mathematics. Berazam untuk dapatkan full mark untuk test ni ;)

Kepada muslimin dan muslimat,
Selamat Menyambut Maal Hijrah :)


Monday, November 12, 2012

Alhamdulillah :))

Assalamualaikum :)

I am currently spending quality time at house with my mama. My abah will be coming home tonight. Thanks abah sebab sanggup balik Penang sebab nak makan nasik kandaq dengan pwinchess. Hikhikhik. My kakak pulak is now working at RHB Bank, KL. Amboii jadi orang key elle dah diaa. InsyaAllah, nanti nak transfer mama pulak pi dok dengan abah kat Shah Alam. Tapi nanti nak balik Penang jugaak. Hmmm takpa takpa balik rumah mak tok sebab nak tengok ada orang tu cakap nak drive dari Penang ke Johor within 3 hours. Kita tengok nanti ye baanng 3 hours tu ;p

So disebabkan aku punya waktu lapang, aku telah menjadi 'peng-online' tetap disamping buat kerja-kerja bibik. Ahh ikut suka hati je bahasa. Well, I'm an engineer.. Hellooooo. Engineer pun, kena jaga bahasa tau. Bahasa jiwa bangsa. As a 'peng-online' tetap, Facebook tu website wajib dalam window browser. So aku luangkan masa checking updates daripada kawan-kawan baharu dan lama. I kan busybody caring. Harus lah tahu updates family members and sahabat-sahabat.

Hasif Hasil daripada pemantauan aku, ada satu perkara yang best aku dapat simpulkan. Perkara itu adalah ;

Kebanyakan kawan-kawan aku yang sebelum ni free hair, sekarang dah BERHIJAB :)

Alhamdulillah. Subhanallah.

Seronok tengok depa manis bertudung :') Slow slow lah kita bersama improve diri untuk tutup aurat dengan sempurna :)

Walaupun ada certain people akan cakap, ramai yang mula bertudung mungkin disebabkan oleh pengaruh fesyen hijab sekarang ni, dan tak ikhlas untuk menutup aurat. Hurmm, it's okay. Allah Maha Mengetahui. Credit untuk investors various gaya dan jenis hijab. Mungkin daripada niat untuk berfesyen, insyaAllah akan menjadi niat untuk menjaga aurat dan kehormatan diri demi syurga Allah SWT.

Cik Iylia ni dulu pun tak bertudung. Masa bertudung awal sekolah menegah, itupun kadang-kadang on off. Alhamdulillah, sekarang dah fully bertudung. Walaupun masa awal berhijab dulu, dressing tak macam bertudung pun. Masa tu darah muda. Budak-budak lagi. Bila difikirkan balik, rasa malu sangat :(

Alhamdulillah, bila aku mula improve diri, ramai yang bagi sokongan dan semangat. Especially family, my best friends. Semoga aku terus beristiqamah ;)












Saturday, November 10, 2012

Motivating.

Sensitive la Sikit.

Assalamualaikum.

Yeahhuu ceq la ni dok ada kat Penang dah. Ceq cuti seminggu. Mid-sem break.

So semalam sambil download Google Chrome apps, ceq layan Anugerah Skrin dengan mama. Ceq ni, nak habaq mai la, tak suka sangat tengok rancangan camtu. Depa dok kata sapa sapa menang anugerah apa apa, ceq bukan tau pun.

So semalam walaupun aku tak tengok, tapi aku still la boleh dengaq apa yang depa dok merepek tu. Rasa macam.. eeeyuuu.. dah takdak benda lain ka nak cakap?? -.-

And statement yang aku cannot go bila ada yang cakap pasai Tv Hijrah tu. Memang sentapss aa kan. Tolonglah jangan main-main dengan hukum Islam.

Rancangan hiburan perlu la sensitive sikit. Tak salah kalau nak berhibur, tapi tolonglah jangan buat main agama. Jaga batas sikit. Cakap jangan lepas sangat. Jangan merepek sangat. Don't make silly jokes. Nanti dah kena saman, baru nak 'No komen' . Sebelum cakap tu, fikir la dulu wokeh brader?


Tuesday, November 6, 2012

Begini Cara Sebenarnya..

Assalamualaikum.

Rasa macam dah lama tak update. Selalu jenguk sini pun sat sat ja. Setakat tengok updates daripada kawan-kawan and bloggers favorite. Mencari ilmu dan info baharu.

Life? Tak habis-habis dengan assignments dan tasks. Bukan senang nak selesaikan kerja tu semua. Sudahlah aku ni kekurangan banyak basics. Basics programming yang paling aku kurang. Bukan senang nak setara dengan coursemates lain yang mostly studied Computer Science while they were in matriculation and foundation. Tapi sebenarnya, bukan setara yang aku nak. Aku nak aku boleh kuasai subject ni. Aku tau aku boleh. Cuma perlukan lebih usaha dan kerja keras.

Baru-baru ni, banyak kuiz dan tests. Frankly, results untuk semua kuiz dan tests aku teruk. Exclusively exposed in my blog ni. Ada jugak yang fail. Masa sebelum jawab, seriously aku tak serious sangat. Buat revision pun ala carte. Tak betul-betul faham konsep. Not well equipped. Macam bidan terjun aku menjawab soalan.  Itulah SALAH AKU! Kemampuan untuk menjawab soalan tu sebenarnya dependent kepada usaha dan doa ye adik-adik. Kita tak boleh expect boleh jawab kalau kita tak usaha dan memohon dipermudahkah kepada Allah SWT. Unless hang ada otak super power yang boleh record, save and print macam komputer.

Bila aku analisa balik selepas tengok semua results tu, aku tau semuanya salah aku. Semuanya depends kat aku. Ada subject yang aku study betul-betul, dan alhamdulillah, aku boleh jawab dengan baik. Subject yang aku kurang buat revision, malas nak study, malas nak buat latihan, memang setimpal dengan markah yang aku dapat tu.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


Aku perlu berubah. Aku perlu lebih rajin. Tak boleh berulang dah. Aku mesti cemerlang!