Sunday, October 21, 2012

Kesayangan Tatak :3


Assalamualaikum.

Rindu budak bulus ni. Bila call mama, mesti mama cerita macam-macam perangai nakal budak ni. Paling comel + nakal bila dia ajak abah teman makan kat dapur. Kalau abah buat tak endah, kaki abah mesti kena gigit. Kikikiki.

Kalau tidoq tu, nak tempat yang best best. Feveret dia mesti atas sofa. Takpun atas katil aku. Waah seronok nampak. Maklumlah, anak tunggal kat rumah.

Makan? Tak payah cakap la. Mewah betul. Kadang-kadang jelly pulak dengar cerita mama. Budak ni sekali makan, 6 ekor ikan rebus. Ni main dish. Lepastu tak kira lagi makanan hasil buat muka comel kat abah masa abah tengah makan. Dapat lagi seketul ayam. Lepastu ulang-alik makan Friskies. Bahagianya hidup hang dik. Hidup akak hang ni haa, nak dapat makanan pun kena bermusafir dulu.

Cayang Citam tunggu tatak ayang balik tau. Nanti kita saing pi makan naahh ;)

Tuesday, October 16, 2012

The UTeMians :D


Bachelor of Electronic Engineering (Computer Engineering) (Hons.)
Sesi 2012/2013

Semoga ukhuwah kita berkekalan :)



Sunday, October 14, 2012

Bibliomania

Assalamualaikum.

Seperti yang dinyatakan dalam post ni, setiap hari MESTI layan YouTube. Ohyeahh I declare myself as a YouTube addict. Sampai kekadang, just stare skrin tu sambil berfikir "Aku nak search video apa eh hari ni?". Janji dapat jugak layan video apa apa. Aku suka tengok vlog. Bermula dengan  channel SayaPemalu (ahh brader ni super cute), aku akan terus stream video vlogger lain. Ataupun aku akan stream videos kucing Maru ni. Seriously, penghilang stress :)


Pagi ni aku stream video daripada AmanWan pulak. Cambest jek. Dulu aku tak pernah tengok videos dia, and currently, he's one of my favorite vloggers. Despite of the craziness, he talks the reality. Ada jugak points yang boleh kita fikirkan :D

Video yang menarik perhatian aku is video ni.



Hahaha nice one. Aku tertarik dengan tajuk dia. Macam kena batang hidung sendiri. Aku memang ada bibliomania, which means tabiat suka mengumpul buku dan menyayanginya secara extreme. Bacanya idok. Hahaha.

Mama aku cerita, masa mengandungkan aku dulu, mama mesti kena baca something sebelum tidur. Majalah yang dah habis baca pun ulang baca lagi. Habit tu terlekat kat aku. Pernah sekali pi ziarah family di Kelantan, biasalah mesti tidur ramai-ramai kat dalam satu space. Then dengan selamba aku ambil majalah untuk baca. Pastu orang pun teragak-agak nak matikan lampu. Hahaha. Kesian. FH, sorry k kalau ganggu awak tidur nanti ahakkss ahaakkss.

Aku jugak ada habit suka membaca dalam suasana limited available light. Contohnya, macam switch on lampu toilet je. Lampu bilik tak. Memang selalu kena marah. Tapi nak buat macam mana, dengan cara tu aku mampu fokus kepada bacaan aku. Sampai bila jiran tanya mama, macam mana aku study, mama jawab "Dia study dalam gelap". Lepastu malam tu aku tengok bilik anak dia gelap je. Harharhar. No.. ikut kesesuaian diri. Kita tak boleh ikut style orang kalau tak kena dengan diri sendiri. Aku ni kartun sikit. Orang lain buat macam lain, aku buat macam lain.



Aku suka beli buku. Aku pun taktau kenapa. Macam ada tarikan yang sangat kuat dengan kedai buku. Kadang-kadang, satu subjek, ada 3 buah buku rujukan, 5 buah buku latihan. At last, aku betul-betul guna 1 buku rujukan dan dua buku latihan je. The rest? Hahaha. Tapi bagus lah terasa macam banyak rujukan. Tapi paling aku tak suka bila setiap buku states benda yang sangat berbeza dalam topik yang sama. Masa tu la kecekapan nak relate maklumat tu penting. See, dalam setiap keburukan, mesti ada hikmah jugak kan? ^^

Meh sini aku tunjuk bukti.
Buku latihan Add Maths. Agak-agak aku buat semua dak? Kalau aku buat semua, rasanya dah lama aku sampai Jepun ye dop :D Buku rujukan setengah aku dah bagi kat juniors.

Dictionaries 3 ketul. English aku tak power jugak pomm -_-"

Cer kira. Chemistry ada 3 buah buku. Biology ada 5 buah buku. 4 buah buku Physics. Mathematics ada 2 buah buku. Kat mana silap tak score 4 flat? Malas nak ceta dah.

Buku paling otai dalam simpanan. Aku beli masa Darjah 5. Rujukan aku untuk UPSR, PMR, SPM 
& MUET. Semoga penulis buku ni dirahmati Allah SWT ;)

Bukan baca sangat pun.
Tak payah la membazir beli buku yang kita tak guna. Nanti jadi macam aku ni haa. Sampai taktau nak letak buku-buku tu kat mana. Kebaikannya, kita boleh sedekah kat orang lain yang memerlukan.  

Adakah aku akan teruskan habit ni masa kat universiti? Orang cakap, jangan memain dengan buku tahap degree. Mahal katanya. Aku pun tak tahu. Rasanya aku nak transform diri aku jadi ulat buku masa aku tadika dan nerd macam Form 1-3. Less wasting, more reading!
Kesimpulannya, aku memang suka collect buku :D
ps : rasa macam dah kurang tabiat suka membaca aku ni sejak masuk matriks. Aahh berubah Lia berubah! Jangan ulang kesilapan yang sama!



Monday, October 8, 2012

Monolog Hati


Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana akhlaknya.

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.
 
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta. Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...


sumber :  http://syifamardiyyah.blogspot.com


:')