Saturday, September 15, 2012

UTeM ;)

Assalamualaikum.

Sekarang ni aku tengah lepak-ing dalam bilik sorang2. Roommate aku keluaq berjimba. Bosan tak payah cakaplah. Bising orang  tengah buat construction tak habis lagi. Aku check-in masuk hostel baru bina dalam kampus induk. Sebelum ni aku dapat hostel kat Bukit Beruang. Agak jauh dari kampus induk UTeM kat Durian Tunggal. Nasib baik fakulti aku dalam kampus induk ni, so dapat la aku merasa hostel baru hewhewhew.

Minggu Haluan Siswa? Malas pulak aku nak bercerita. Aku tulis briefly ja la. Tetiap hari line up untuk naik bas ke kampus induk, lepastu dengaq taklimat, lepastu makan, berjalan ke masjid then patah balik ke dewan besau, lepastu line up lagi, naik bas balik ke hostel. Paling best bila dengaq ucapan yang uplifting daripada VVIP seperti Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah. Naib Canselor UTeM, PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN, aku sangat respect beliau. Sangat mesra pelajar dan banyak bagi nasihat kepada kami. Boleh kata, semua tenaga pengajar, daripada yang tertinggi sampai lah ke pensyarah junior, kat UTeM ni sangat best. Very the mesra pelajar  :)  Fasilitator MHS 12/13, aku bagi 4.8 bintang. Terbaik. Depa memang baik, mesra dan banyak tolong kami. Penat, rushing dan pakai baju tak basuh dua hari tu biasalah masa minggu suai kenai kan. Experience ni. Bila lagi nak merasa semua ni?? So kepada adik-adik yang bakal pursue study kat mana-mana, enjoy your minggu orientasi hewhewhew.

Alhamdulillah, aku tak homesick sangat. Iyelah sekarang ni zaman IT. Bila-bila masa kita boleh contact family dan kawan-kawan. Walaupun aku jauh daripada keluarga, depa tetap priority aku. Kat sini, bukan setakat untuk study engineering, tapi boleh jugak gain ilmu yang lain macam ilmu akhirat ( kat UTeM banyak jugak anjurkan program keagamaan), ilmu komunikasi, ilmu kemahiran hidup, macam mana nak manage finacial, gain experience macam mana nak deal dengan orang yang macam-macam pe'el. Aku dah join Kelab Fotografi dan Media UTeM. Harap dapat jumpak kengkawan dan sifu-sifu baru dan share knowledge and passion ;)

Dah seminggu aku attend class. Alhamdulillah, semua okay. Pensyarah okay, kawan-kawan kelas pun okay. Cuma aku agak gelabah sebab aku takda basic engineering dan sains komputer. Alhamdulillah, aku dapat kawan yang banyak tolong. So lepas ni, aku kena work hard. Read a lot. Jangan belagak takmau ambik tau. Jangan sombong dan malu dalam menuntut ilmu. Semoga aku dapat balas segala pengorbanan abah dan mama. Semoga aku dapat bagi manfaat kat semua orang suatu hari nanti ;)


Wednesday, September 12, 2012

Hai.

Assalamualaikum.

Rasa macam dah lama tak update. Aku sekarang dah selamat melahirkan seorang cahaya mata menjalani Minggu Haluan Siswa dan telah pun menghadiri beberapa kelas di UTeM dengan jayanya. Banyak benda nak cerita tapi sibuk sangat. Tengoklah hujung minggu ni kalau aku berkesempatan, aku nak cerita pasai MHS dan keadaan kat tempat baru aku ni. Okay nak pi buat tasks Engineering Mathematics. Babai :)