Thursday, August 23, 2012

Cakap Hari Ini

Assalamualaikum.

How's your raya, everyone? Mine was great. Nanti la update story raya. Gambar raya semua ada dalam laptop lama. Laptop tu sekarang ada kat Shah Alam. Aik kenapa laptop lama? Sebab laptop baru masuk hospital. Stress makk tau nyah. Ni pun update guna laptop kakak. Dah la takda photo editor langsung, at least Picasa ka. Aptd. Ehehh dia bagi pinjam ni pun dah beruntung kan. Terima kasih, kakak!

Laptop minah rempit sebab ada sticker 'bogo'. Kental jugak ler laptop ni. 4 tahun dah tapi tak banyak sangat masalah.
Hik hok hik hok

Laptop pink aku tu hard disk rosak. Aku pun taktau kenapa. Aku jaga dia bagai menatang minyak yang penuh. Sesentap benor. Cepat sentap macam tuan dia jugak. Eh kenapa aku suka speak nogori eh? Petanda bakal suami orang nogori? LOL.


Haa bagus dikk, bagi terbakaq tangan tu yehh. Alahai main bunga api sorang sorang sangat tak feeling okay. Untung jugak kan kalau ada adik. Dah la kiri kanan jiran chinese. Depa tak layan laa bunga api jiwang jiwang ni.

Perkembangan semasa? Berat semakin naik. Dah lama aku tak reach berat ni.

T___T

Kemarin aku poie ambil result urine and blood test. Aku tak puas hati la. Suruh orang pi ambil sebelum pukul 1, tapi call bagitau pukul 12 something. Ingat aku dok sebelah klinik tu ka? Dah la kena panjat bukit bagai. Penang ni kat kampung and atas bukit pun traffic light banyak. Aku tak suka tau kena push macam tu. Dia pun buat kerja slow, lepastu dok push push orang. Duit dah bayaq. Barang tak dapat pun. Apadaaa.  #Eh.

Alhamdulillah, takdak masalah apa ;)

Alalalala cian budak ni demam. Tu la semalam main hujan lagi. Balik rumah malam. Terus monyok membuta je tau. Babab bontot tu baru ketahuan.

 

Nyummehhh. Setelah sekian lama mengidam. Hewhewhew. Ni antara favorite food aku. Bubur nasi dan sambil tumis bilis. Perghh. See, senang okeh nak bela aku ^^

Aku memang suka update daily life. Aku suka share apa yang aku experienced dengan orang. That's why ada orang nampak aku pendiam dan pemalu at the first sight, tapi sebenarnya aku suka jugak la pot pet pot pet sampai kekadang kalau texting, message aku je yang panjang. Pihak lagi satu tu paling panjang ada 3 ayat. Itu pun kalau kami bersembang pasai computer dan photography. Kalau bersembang cintun ni, heemmm jarang la nak bersembang bab tu. Mungkin kami bukan jenis tu kot. Not putting too much hope. Kalau ada jodoh, ada la. Apa yang penting sekarang is our studies. Nanti nak bebel pasai ni pulak :D




Sunday, August 19, 2012

Aucakkk!

Assalamualaikum.

Ketika entry ini ditulis, aku sedang menunggu mama aku bangun hewhewhew. Haa tu la, orang lain buat kerja, aku tidur. Sekarang ni orang tidur, aku pulak cakap sorang sorang kat blog. Apa-apa pun, aku nak wish semua orang,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :))
Bagi yang mengenali Nur Syaheera Iylia binti Shallehudin secara dekat, ampunkan segala kekhilafan aku kat hampa worite. Bagi yang mengenali aku kat sini, ampunkan segala kekasaran dalam penulisan blog ni yeh. Aku ni hanyalah seorang hamba Allah SWT yang lemah dan sering melalukan kesalahan :)

Aku cuma nak pesan, raya ni, jaga pemakanan yeh. Jangan driving secara merbahaya and hati-hati kalau nak main mercun tu, wokeh?? Okay muahhhss muaaahhhsss ^^



Thursday, August 16, 2012

Good Morning Photoshoot







Terangsang bila tengok certain photographer yang shoot gambar bini dan anak-anak kat tempat cantik-cantik.
Kan seronok kalau dapat husband photographer. Boleh jalan-jalan.


"Abam, nak titot jugaaaakkk! Plissshhhh plisssshhhh.."



Lega Tak Lega

Assalamualaikum.

Pertama sekali, alhamdulillah aku dah boleh biasakan diri dengan kehilangan seekor kucing yang paling disayangi. Dulu masa dia masih ada, bila aku masuk tandas ja, mesti ternampak beberapa ketulsss. Tapi sekarang dah tak ada. Rindu pulak nak cedok dan flush ketulsss tu. Dalam banyak-banyak kenangan, kenangan ketulsss jugak nak cerita yeh. Yela nanti aku cerita pasai makanan kegemaran dia, ada jugak yang gulpp kens ;p

Tapi Citam ni haa. Masih dalam mood sedih. Sunyi kot. Aku pom dah taktau nak buat apa. Bila nak kejor yop kejor pom, teringat pulak kat Ichie. Mungkin nanti nak cari toys untuk budak ni ;)


Secondly, aku dah medical check up youhouuu. Fuhh lega banget dehh. Emangnya tidak sukar. Tetapi aku aja yang rusuh hati. Erkk first sekali aku fikir, "Agak-agak juru x-ray ni lelaki ke perempuan, jangan la lelaki plisshhh.". Ya' know kena salin baju. Tak nervous ke kalau juru x-ray tu lelaki? Berdua dengan dia dalam bilik tu? Pastu bukak baju. Heyy hilang nikmat first night dengan hubby. Wkwkwkwkwk. Second benda aku fikir, "Argghhh kalau dia x-ray, nampak lubang ke apa kat jantung, achaner tu?".. kenapa aku fikir macam tu? Wallahualam. Lepastu aku fikir, "Whoii segannya nak kenchh dalam botol lepastu kena bagi kat orang pulak.". Dan paling aku tak suka, environment dalam bilik dokter. Aku ni entah la kena curse apa tapi aku memang tak gemaq jumpa dokter padahal aku la budak yang paling kerap jumpak dokter masa kecil dulu. Dengan demam panas masa baby, dengan asma (dah baik), dengan bisul kat kaki, dengan demam panas sampai tahap aku takleh cakap masa bird flu sedang hebat melanda.

So kelmarin dengan langkah yang goyah, aku melangkah masuk ke Klinik Malaysia kat Bayan Baru tu. Lepas isi borang semua, tunggu la kat depan bilik x-ray. Sekali nurse mai tuang air kenchh kat singki tepi aku. Demn. Lepas nama kena panggil, aku redah je masuk dalam bilik x-ray tu. Phuhh nasib baik juru x-ray perempuan. Lepastu kena check mata, tinggi dan berat. Haa tibalah masa nak x-ray. Kawan mama aku cakap tak payah put off segala baju. Tapi takkan la kan. So kena salin pakai baju nipis tu. Aku rasa pose masa nak x-ray tu adalah yang paling sexy pernah aku buat gahahaha. Lepas setel x-ray, jumpak dokter. Ramah pulak dokter ni. Tanya segala life aku masa kat matriks. Sambil tu dia tarik darah aku. Cehh. Konon nak bagi aku relax. Kalau life aku kat matriks dulu indah takpa la kan. Tapi nanti kena pi lagi untuk ambil result urine dan blood type. Hope everything's fine.

Preparation raya? Tahun ni aku besederhana aja. Lebih fokus untuk barang-barang nak pi universiti. Iyelah nak bayar yuran, nak beli baju, beli buku, accommodation kat Melaka lagi. Banyak duit nak guna. So aku korbankan raya ;) Preparation nak pi universiti pom tak habis lagi. Banyak lagi nak kena setel. Takpala, pelan pelan setelkan semua ;D

Monday, August 13, 2012

Kau Pergi Jua

Assalamualaikum.

Aku tengah sedih sangat ni. Tidur pun tak boleh nak lelap sangat. Asyik terjaga. Tengok time post ni, pukul 3 something kan. Aku tertidur pukul 11 something. Terjaga pukul 12 something. Tertidur balik, eventually woke up to some tears on 2 a.m.. It became worse when I received an SMS from my sister, whom now is in Selangor, stating that she can't believe that our most beloved cat, ICHIE is now gone :(

Ichie passed away after iftar. While my parents and I are breaking our fasts, Ichie had some hard minutes on the stairs. Dia muntah muntah. Tapi tak banyak pun. Ingatkan biasa ja, mungkin dia ada termakan rumput yang tak sesuai kat luar rumah. Lepas berbuka, aku naik atas nak tengok keadaan dia. Bila aku naik atas, terus aku ternampak dia dalam bilik aku ,dah terbaring tepi katil. Mama cakap dia dah tak bergerak. Masa tu aku blank. Aku cuma terduduk atas kerusi dan tengok dia. Aku nampak perut dia dah tak turun naik. Cuma ada sedikit gerakan tangan and mulut. Mungkin sebab electrical impulses from the nerves triggered the movement. Masa tu aku dah menangis. Then abah mai tengok, abah cakap dia pengsan. Aku pun harap macam tu. Tapi hakikatnya, dia dah tinggalkan kami.

Aku memang tak sangka sangat. Sebelum berbuka tu, while we were busy preparing the meals, dia duduk kat tengah jalan ke dapur. Bila orang lalu, dia akan act nak tangkap kaki. Nasib baik aku tak tendang dia macam selalu aku buat bila aku terkejut dia gigit kaki aku. Macam nak bermain-main. Rupanya tu kali terakhir dia nak melawak dengan tuan dia. Dia tak nampak langsung tanda-tanda sakit. Nak buat macam mana, ajal dia dah sampai. Ichie, *tatak ayang mintak maaf tau.

Ichie has been living with us for 5 years. Ingat lagi, mama bersungguh-sungguh nak ambil dia kat kedai runcit tu. Memang dia comel sangat. Masa aku balik ke rumah, nampak dia kat dapur. Masa tu dia sekor ja yang ada dengan mak dia. Mungkin ni la feeling mak dia masa kehilangan dia dulu. Ichie ni memang rapat sangat dengan aku. Dah banyak keadaan kami tempuh bersama. Masa aku tinggal sorang kat rumah, lepastu blackout, dia la yang teman aku pi dapur untuk nyalakan lilin. Masa aku tengah sedih, dia lah yang duduk sebelah aku. Lepas ni dah takda la nak tengok dua ekor kucing main ligan-ligan, naik turun tangga, lari lari atas sofa.

Ichie means 'one' in Japanese. Means that you're the only one. Dah takda ganti macam Ichie. Abah dah tak boleh kacau Ichie dah, mama pun tak boleh panggil Ichie makan dah, tatak ayang pun dah tak boleh peluk and ligan Ichie dah. Dah takdak kucing nak pijak badan bila tatak ayang tidoq atas sofa. Sapa nak teman tatak ayang bila tatak ayang sedih sedih nanti? Nak harap Citam tu, dia tau mintak ikan je.


Terketaq-ketaq tangan nak edit gambaq ni.

*tatak ayang = kakak ayang = me

Saturday, August 11, 2012

KEDAH

Assalamulaikum.


Tudiaa nalaa baq hang. Tetiba semangat Kedah pulak hewhewhew.
Setiap hari, aku mesti layan YouTube. Apa yang aku layan kat YouTube tu? Jengjengjeng.


Hahaha semangat tau ai. Most of the time aku akan search 'lagu kedah'. Enjoyable. Memang banyak aa lagu depaa. Jelly aa ceni. Penang tak banyak lagu semangat macam Kedah. Dua lagu favorite aku, Hijau Kuning yang bola sepak punya tu dan Mai Ceq Oi Mai. Agak agak rasa macam down sikit, cepat cepat search lagu-lagu ni. Lagi satu seloka Pak Ku Shadat. Bahahahahaha memang sempoi baq hang.

Meh sini aku nak ceta pasai Kedah sikit. Bukan nak mengenang masa lampau kat matrik yeh :D

Mama aku dulu dibesarkan kat Pendang, Kedah. Beliau selalu cerita kisah hidup masa kat sana dulu. Memang best aa dengaq. Sampai kadang-kadang, mama aku akan guna terms cakap orang Kedah. Lepastu aku akan gelak dulu, lepastu baru tanya maksud dia apa. Biasala, macam orang Kedah dengar perkataan 'ketiaq' (maksud dia ketiak, mami tanjung cakap ketiaq), mesti depa gelak guling guling kan :D tapi seriously aku suka terms orang Kedah. Comei baq hang. Kalau mama and mak lang aku sembang, memang rancak aa nada Kedah tu.

Ada certain standard negeri Perlis, Kedah dan Penang guna. Certain lagi memang uniquely Kedah.

Sampai kadang-kadang kengkawan Penang tegur, 'Lia hang cakap nak loghat Kedah dah'
Nak buat lagumana, aku tidoq dengan orang Kedah, layan movie ngan orang Kedah, belajaq tangkap gambaq dengan orang Kedah, bebudak kelas orang Kedah, lecturers orang Kedah, semua dengan orang Kedah ;)

Orang Kedah ni macam exclusive sikit. Tengok style penulisan depa kat Facebook, Twitter, blog, SMS etc. Memang boleh detect, 'Haa budak ni mesti budak Kedah'. Depa akan tulis full. Depa akan eja macam mana kita sebut. e.g lukih, tulih. Phrases yang famous : setai baq hang. Hehehe. Whereas orang Penang akan cenderung bajet Key Elle sikit. Hehe jangan marrah aa budak Penang. Saya pun Penangite jugak. Kalau student Penang yang belajaq kat Kedah, depa mesti faham ni ;)

Aku tengok orang Kedah ni ada semangat kenegerian dan sangat setia kepada Sultan. Aku kagum tengok environment dalam dewan masa kat matriks dulu masa nyanyi lagu negeri ;)
Aku nyanyi lari tempo, terus refer kat gerak bibir kawan-kawan budak Kedah :D

Orang Kedah sangat friendly. Memang senang nak berkawan dengan depa. Once you've started a conversation with them, it takes a while to stop. Dah rasa macam family sendiri. Depa cakap takdak simpan dalam. Kalau depa tak puas hati dengan aku, zussshhhh terbelah hati aku kena cantas. Hahahaha. Aku kan gedik gedik mengada-ngada, kengkawan aku pulak jenis yang sangat berterus-terang. Bagus la. Baru aku insaf dan jadi kuat macam depa. Lagi satu, semangat depa memang tak boleh lawan. Komitmen sangat tinggi. Kalau buat kerja, mesti bersungguh-sungguh. Taabiikkk ;)

Favorite view aku kat Kedah mesti la environment kampung depa. Aku memang suka environment kampung, bila tengok rumah tepi bendang (sawah), memang buat aku tersenyum. Masa petang, ada pak cik pak cik dok memancing ikan kat parit bendang tepi highway. View sawah padi, tak payah sembang la. Terbaik bro. No wonder la Kedah banyak photographer hebat ;)

Makanan memang tak jauh beza dengan Penang. Gulai (kari) depa sedap. Nasi kerabu terbaik. Kuih muih pun sedap. Memang tak cemuih la makan menu yang sama tiap-tiap hari. Aku and kakak aku kenal kuey teow kung fu kat Kedah. Noob gila --"

Bagi aku, Kedah adalah syurga membeli belah. Apa barang Pavillion, Singapore, Gurney Plaza bagai. C-Mart terbaik!

 
source : Google

Kat C-Mart ni, hot items mesti aa tudung bawal, shawl dan keronsang. Dulu aku jadi tumpuan bila pakai tudung bawal tone color tu kat Balik Pulau. Kahkahkah. Kedah ni macam trend setter kat northern region. Paling best kalau depa buat ekspo. Perghh. Berpinaq mata tengok keronsang lip lap murah. Lagi satu, bila pi C-Mart, mesti beli Coolblog.


Pedih tekak.
source : Google


Banyak lagi keistimewaan negeri jelapang padi ni. Nak tau, sila berkunjung ke Kedah dan experience sendiri ;)

Kalau ada peluang, nak jugak aku spend time kat Kedah sebelum fly pi Melaka. Sapa nak sponsor tempat tidoq ngan makan untuk aku? ;p

Aku bersyukur sebab diberi peluang untuk experience adat dan budaya negeri lain. Excited nak experience dondang sayang pulak ^^


Ambik la hati aku ni half half.

 " Kedah, Kedah pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebah, bangun lantas semula gagah, bujur lalu melintang patah "

:)



Wednesday, August 8, 2012

Ehh..

Assalamualaikum.

Aku baru je lepas blogwalking ni. Iyelahh blogwalking je la keja aku. Mana ada nak texting, tweeting apa benda bagai. Aku sekarang ni macam suka melarikan diri daripada orang ramai. Entah la. Tak ada mood nak bersocial sangat. Aku lebih suka memerhati daripada join. Memang tu sifat aku dari dulu. Hemmm bercakap tentang sifat, aku ada terjumpa kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah mengenai personaliti seseorang berdasarkan bulan kelahiran. Sebenaqnya aku dah pernah baca dulu. Aku copy bulan Julai je la yeh. Nak tau jugak Google sendiri. Ngahaha. Dak aih, nah link dia : http://selangor2u.com/blog/2010/03/rahsia-bulan-kelahiran-kajian-dato-dr-fadzilah-kamsah

Okay jom tengok sikit betoi ka dak kajian Dr. FK ni. Tanda ( ü ) tu yang memang betul dengan aku.


JULAI
  • Sangat suka didamping.  
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki ü
  • Agak pendiam kecuali dirangsang  ü
  • Ada harga dan maruah diri  ü
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan  ü
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus  ü 
  • Sangat menjaga hati orang lain  ü
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya  ü
  • Berjiwa sentimental  ü
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan  ü
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang  ü 
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati  ü
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian  ü
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri  ü
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama  ü
  • Suka mendiamkan diri  ü
  • Suka duduk di rumah  ü
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan  ü
  • Tidak agresif kecuali terpaksa   ü
  • Lemah dari segi kesihatan perut  ü
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet  ü
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih  ü
  • Terlalu mengambil berat  ü
  • Rajin dalam membuat kerja

Whoaa terror kan Dr. Fadzilah Kamsah ni. Sesiapa yang kenal aku, boleh la komen. Betoi ka dak :D

Monday, August 6, 2012

Berbeza


Ichie dan Citam. Punya personaliti yang sangat berbeza :D
Aku ni tak habis-habis update kucengs. Dah tu dah takdak anak lagi -_-"