Tuesday, May 29, 2012

Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Haah lepas check result, terus buat entry. Poyo bajet result boom boom kebaboo meletops.

Alhamdulillah, result sem ni better daripada sem lepas. Kalau la aku tak angau masa sem lepas -.-. Yes! I am blaming you, dude. Hahahaha. Tak, semuanya depends kat usaha kita. But! Yooouuu! Youuu buat I angau masa malam exam tu! Okay stop blaming others.

Okay la dapat PNGK 3 pointer. Harap-harap dapat sambung study. Macam aku cakap before, aku betul-betul nak ada degree. Tak kisah kalau kena spend duit extra sikit pun. Kat universiti mana pun. InsyaAllah, lepas degree, mesti kena ada Master. Kalau mampu, sambung terus Ph.D. Ni bukan angan-angan dah. Ni aku punya goal. Mesti cari ilmu dunia and akhirat sebanyak yang mungkin. Life sekarang bukan boleh main-main. Lambat sikit, memang kena tinggal. Lembik sikit, memang kena hentam.


Congrats kat kawan-kawan yang dapat result
tip-top.
Good luck semua :D

Sunday, May 27, 2012

Arghhh!

Assalamualaikum.

Results will be announced this 29th May 2012. Which means LUSA. Dengg. Aku dah boleh rasa stress tu. Aku dah boleh agak pointer final aku tak power. Ya Allah, risau sangat kalau tak boleh sambung study. Aku betul-betul nak buat degree. Aku ada goal, nak ada master sebelum umur 25. Lepas tu baru nak kahwin. Hak hak hak. Oopps okay serious balik.

Kalau la aku diberi peluang sekali lagi untuk sambung study, aku nak buat yang terbaik. I don't want to make the same mistakes masa kat matriks dulu.

Wednesday, May 23, 2012

Dulu-dulu

Assalamualaikum.

Semalam masa tengah bergolek-golek sebelum tidur, tiba-tiba teringat pulak masa zaman muda-mudi dulu. Aku ni jenis yang suka fikir macam ni, bila aku tengok satu line kat ceiling tu, lepastu nanti mesti aku fikir, eh line ni ada masa aku ambil results PMR, masa mengamuk kat ex-boyfriend sebab tak jawab call, masa dok pulun study nak SPM, masa ambil result, masa dapat result matriks, masa tengah prepare nak pi matriks, even sampai dah habis matriks. Freak kan. Kaaann.

Lepastu tetiba rasa nak share life aku dulu masa sekolah. Kehkehkeh. Ye la aku takdak nak update pi jalan mana-mana. Takdak aktiviti apa pun kat rumah ni. Kesian. Dah la selalu home alone T__T

Masa sekolah dulu, aku ada routine yang constant. Kalau dulu aku fikir life aku masa tu la yang paling boring, tapi sebenarnya masa tu la yang paling best kalau nak dibandingkan dengan matriculation life.


SMK SERI BALIK PULAU, PULAU PINANG.


Selalu aku bangun pukul 5.30 pagi. Dah make-up semua, wajib kena minum kopi. Kalau tak pekena kopi, serious aku laloq ja kat sekolah. Dalam pukul 6.45 pagi, aku chow. Merempit dengan scooter aku yang dah lama tinggalkan aku tu :') Lepas daily assembly, masuk class. Study, buat revision, bergossip dengan geng, lepak kat koridor yang mengadap sawah padi tu. Hulamak heaven.


Macam ni, bila aku keluaq rumah, lepastu aku rasa macam nakal nakal tu, aku pakai kasut putih. Bila rasa macam berkarisma sikit, aku pakai kasut hitam. Sebenaqnya kena pakai kasut hitam.
#apakehecknyapuntahla



Class aku. Sebab bulu-bulu kat board belakang tu pun kami gaduh. Kiddies =D


Nina, ehem ehem, Imah, Chot and Pijah.
Geng masa sekolah. Rinduuu :')


Geng 5 Kristal 1 2010
Try cari aku kat mana. 
Hint : kepala senget senget.


Tengok, view dari koridor class. Tepi tu sawah. See, I'm a kampung girl who was schooling in a cool kampung school.
#apaapajalah


Tempat melepak masa rehat.


Dalam kelas. Aku duk belakang sekali. Dah tu paling hujung T____T


Classes end at about 1.45 p.m. Ke pukul 2? Eh aku lupa. Habis class, merempit balik rumah. Kadang-kadang race dengan mat rempit yang suka sangat nak mengacau awek budak sekolah. Woi mat, ingat hang senang-senang nak himpit-himpit aku? Mai awai sikit please.


Tempat parking yang menjadi rebutan pemuda pemudi.
Kalau tak dapat parking kat atas tu, kira macam loser la sebab mai lambat.


Sampai rumah, makan, solat, mandi apa semua, lepastu blah pi extra class pulak. Lepas habis extra class, lepak kedai Ba'an tepi sawah tu. Pekena char koay teow. Kalau hari Jumaat, buat geng ronda satu Balik Pulau. Takdak perasaan insaf, ingin pulang dan mengulang kaji pelajaran walaupun dalam raga ada 3 buah buku Add Maths.


Masa extra class. Alahai muka kiddo gila kan.


Dengan best freng, Imah.
Elloowww. Titieeeww aweks yempyt sejaty.


Imah, Senah, Chot
Lepak-ing kat pantai Pasiaq Panjang. Pantai yang kena tsunami dulu.


Malam pulak, lepas makan malam, lepak sat. Dulu aku takdak FB pun masa sekolah. Kalau orang cerita tag la, komen la, add la apa la, aku bukan tau pun. So online tak termasuk dalam senarai. Lepas tu, study ler. Buat homeworks semua. Sampai pukul 11 lebih, aku stop. Terus grab handphone dan hantar SMS kat ex.Texting sampai tidur.


Zaman pulun.

And the cycle goes on.
So ye macam tu la life aku dulu. Nampak macam boring tapi sebenarnya best sangat.

Sunday, May 20, 2012

Splash (PHOTOEXPERIMENT)

Assalamualaikum.


Baru tangkap tadi. Pukoi 2 petang. Sebenaqnya background belakang tu langit biru. Disebabkan cahaya memang terang, high speed photography without using flash boleh la dihasilkan. Lepas diproses dalam Photoshop, jadi la macam ni ;)

Tuesday, May 15, 2012

Buuzzzz

Assalamualaikum.
B&W lagi. Exposure teruk. Taruk B&W ja. Habih ceghita.

Sunday, May 13, 2012

Pesan

Assalamualaikum.


Talent : adik/ Jamal
Photographed by : Iylia

F-stop : f/1.8
Shutter speed : 1/2000
ISO : 400
Edited in CS5. Black and White.

Saturday, May 12, 2012

Aku di KMK

Assalamualaikum :)
Tak habis habis lagi dengan KMK? Ya, ingat senang ke nak lupa. Oraite, kali ni up gambaq sikit. Nak muntah kan baca text. So, let's check che..che.. check it out!



View dari corridor blok hostel aku, Seri Temin. Temin ni nama sungai kat Changlun. Toksah dok kata
macam nama brand kicap. Tepi blok aku, blok budak laki. Setakat boxer tu aku dah jemu nak tengok.
Dah tak ghairah dah. Belakang ladang kelapa sawit. Kiri kanan ladang getah. 


Ni dalam area blok aku. Taken from Aras 3. Kat sini la aku kena kacau ngan 'mak cik' masa sidai baju. Aras 3 takdak orang duduk. ;)


Taraa. Ni la roommates aku semua. Kak Zaed silap eja nama. Tidak apalah.
Okay jom masuk bilik.


Kahkahkah. Aku manusia. Aku perlukan cinta #Eh.


Study sambil layan Youtube. Biasaa bro! Patut la kannn pointer rendah. 
Hilang berkat study dengaq lagu.


Reminders. Celik celik mata, nampak benda ni semua. Mana tak mereng.


Tittieeww pinkiesshh au wakk. Bilewr owg mcuk bilik tittieeww, mshty owg tgoq, 
"Lia, hang memang minat pink ka?". Dak aih, aku minat purple.Sebab tu barang aku
banyak kaler pink. =.=


Peringatan ;)


Bajet nak buat macro padahai guna lens Canon EF-S 18-55mm.
Ni la binatang durjana yang buat lovebite permanent kat aku. 


Meet my iPhone 4. 
Benda ni la pengganti handphone masa kemarau cinta. #EhLagi


Board aku yang poyo. Aku punya paling hover.
Dah la bear bear. Boleh tahan gedik aku yeh. 
Semangat pacak bendera Kedah. Pulun Kedah pulun!



Kad matric. Muka palsu gila. Aku tak seputih tu.
So jangan percaya produk pemutih muka. Photoshop can transform anything.


Tempat aku masa semester 1. Siap ada bantal peluk panjang.
Patut la aku yang selalu bangun secara mengejut pagi-pagi lepas tu mandi macam anak 
kambing yang comel.


Ni pulak masa hari-hari terakhir. Cadar Barbie okeh.



Terbaring layu. Nokia Torch (Lite) kesayangan. Banyak sweet memory dengan handphone tu.



Texting ngan abah. Haha diet la sangat abah kaannn. Bila kat Penang, nasi kandaq siang malam.
Bapak ngan anak serupa.


Yeaaayyyy nak balik dahh! Dah pack barang semua. Kasut semua dah simpan. Tinggai selipar jamban ja.


Ni malam last. Dua kotak bertindih tu penuh dengan kertas and buku. Aku taktau sorang student
matrics guna berapa banyak pokok.



Ni pagi last kat sana :')

 Kepada sesiapa yang dapat tawaran pi KMK, pi okay! Akak (aiyee akak tuu) support! KMK ni best :)














Saturday, May 5, 2012

Thursday, May 3, 2012

Friends :)

Assalamualaikum :)

Almost setahun aku kat Kolej Matrikulasi Kedah, I've made a lot of friendships and a romance. Bukan romen romen like orang kampung aku suka cakap tu, which indicates benda yang 18SX tu. I mean, couple lah.

Alhamdulillah, I didn't have any problems with my new friends, whose 90% of them are Kedahans. I would be proud to admit that Kedahans rockk!! Yes they do :) I miss them already maa. Even aku takdak kawan Penang pun kat sana. Orang Penang kat sana cakap KL. Aku tak faham kbai. Dahlah aku sorang ja orang kampung Penang kat sana. Mana nak reti campuq dengan orang town Penang and Kedahans pula sangat humble! Tak hengat aku puji orang Kedah habaq hang.

There were too many good, so-so and bad things happened. But that is another matter. I'm not going to write that in this post. Apa yang aku nak tunjuk sekarang is pictures of my friends.

S1 K3 P7


This is my first practicum group. Err, the second one, to be exact. After the rombakan. I had been through early experiences of matriculation life with them. They're great and smart persons. I am glad to have such good friends like them :)

S1 K1 P7


Okay this group is my favorite lah. Hee. Man, they're great! I love them. They're very helpful, smart, easy-going etc. I don't know how to describe tapi aku betul-betul hargai moments dengan depa ni. They're like my siblings.

Eh baru teringat kat roommates. Takdak pulak gambaq depa. Anyways, they're great. We have shared plenty of great days. Setahun aku stay dengan depa. Alhamdulillah, takdak apa-apa tak best berlaku antara kami. Kenangan bilik kena hack tu jangan lupa. Heh heh heh. Kes itu berlaku di Kolej Matrikulasi Dot Dot. Cehh padahai terpampang kat dalam gambaq kbai. 

Banyak kalau aku nak describe kat sini. Untuk geng Resident Media, taktau lah nak cakap apa tapi hampa memang best. Walaupun aku pendiam kan, suka merajuk kan, suka menangis kan, tapi sebenaqnya aku cool hahaha. Terima kasih sebab sanggup layan aku. Tiba-tiba teringat first meeting Resident Media dalam Dewan Kuliah. Teringat kat sorang brader yang aku ingat budak senior, and aku curi-curi reling dia walaupun masa tu abang Mukmin tengah briefing hahaha gataaii sepak mau? Kenangan :')

Untuk semua warga Kolej Matrikulasi Kedah 2011/2012, selamat berjaya dalam hidup. Semoga dapat capai segala impian dan cita-cita :)