Saturday, December 15, 2012

Love It ;)


Assalamualaikum w.b.t

Amboi, besaq tak hengat gambaq.

Haa ni la lab coat aku sekarang. Seimbas tengok, macam coat pak tam aku. Dua kali tengok, whoaa trying to trust I'm an engineer-to-be. Hihihihi.

Kalau dulu kat matrikulasi, macam ni lab coatnya..


No, sekarang dah tak ada bajet bajet dokter. Hukhukhuk.

Now I have realized that I am seriously involved in this field :)

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Aamiin ya Rabbal Alamin..

Sunday, December 9, 2012

Pelajar Cemerlang-to-be :)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera :)

Kon'nichiwa!

As I mentioned in the previous entry, I'll be seating for the final examination for Semester 1 of  Bachelor of Electronic Engineering (Computer Engineering) (Hons.) in this coming January 2013.

Whoaa ketaq baq hang..

Rilek rilek. Sabau.

Sebenarnya aku agak cuak. Sebab carry marks aku agak tak tinggi. Itu bermakna, aku kena puuuussssshhhh untuk final nih. I must score a least 40% of the total 50% untuk dapat excellent results. It sounds kinda hard kan. Tapi bila difikirkan balik, it's not that difficult. Nothing is impossible aite. Cuma memerlukan kerja keras.

" Dump people dream of success, while others work for it "

Haa tudia kena sebijik kat muka.

Memang menjadi hobi berangan untuk berjaya, tapi still dok melepak, surf benda lagha etc. Buat revision secara extreme bila dah nak dekat test. Haish, Iylia.. Awat dok buat lagu ni..

So! Aku kena bangkit. Dah kena mula langkah untuk cipta kecemerlangan dalam final exam nanti!

Tetiba teringat zaman sekolah dulu. I call it as "Zaman Kegemilangan". Hoho sebab masa tu aku lah budak paling skema kat sekolah.

That's why ada phrases yang wujud. Skema itu hot! Memang hot lah kalau boleh score kan.

Well, what are the steps should be taken to be excelled?

I think.. I should...

1.) Be more RAJIN!
     - Yeah, ini adalah perkara yang paling penting. Sebab aku dah recognize, kalau rajin, boleh gain banyak
        benda, kalau malas, APTB.

2.) Do More
    - Kedua penting. Tapi asasnya, kena rajin jugak. As an engineering student, DO MORE tu penting.
      Banyak buat problem solving, banyak berfikir dan cuba relate setiap yang dipelajari dalam daily life. Aku
      ni nama jek student electronic engineering, tapi plug dengan plug-in pun tak pandai beza. Nama ja
      student computer engineering, tapi noob jugak pasal komputer.

3.) Be Focused 
   - Fokus. Fokus dalam kelas, fokus bila tengah revise. Jangan nak terbayang mata kuyu Mr. H jek. Hikhik.

4.) Ask More
   - "Malu bertanya, sesat jalan". Yeah, perlu bertanya dengan yang lebih arif kalau ada keraguan. Jangan
      diam.


Aku nak share pasal mind map sikit. Aku suka sangat buat mind map. Tapi maybe sebelum ni mind map aku tak berapa effective. So, aku pun meng-google pasal well-known mind mapper, Tony Buzan. Sebelum ni aku ada jugak target buku beliau. Tapi entah lah, tak terbeli jugak. So aku share basics ja. Nanti kalau aku beli buku tu, aku share lagi yea ;)



Apa yang diperlukan untuk buat mind map macam atas ni?

1. Kertas kosong tidah bergaris.
2. Pen bewarna.
3. Ootaaaaakkkkk..
4. Imaginasi ;)

7 Cara untuk Membina Peta Minda Tony Buzan styled.

1. Mulakan di tengah. Sebabnya, otak akan lebih bebas untuk berekspresi.

2. Gunakan gambar kat central idea tu. Gambar yang menarik kat tengah (central image) tu akan jadikan kita lebih fokus dan dapat berikan lebih perhatian.

3. Gunakan WARNA secara menyeluruh. Warna dapat merangsang otak seperti gambar. Kiranya nampak lebih fun ;)

4. Hubungkan 'main branches' dengan 'central image', kemudian hubungkan lagi next levels branches. Sebab otak kita berfungsi secara 'berhubungan'. Betul kan? Kalau dapat relate something, baru kita faham.

5. Jadikan 'branch' tu 'curved'. Kalau straigh, boring derrr.

6. Gunakan satu kata kunci untuk satu line. (baru ku tahu, sebelum ni tulis ayat ==")

7. Gunakan gambar secara menyeluruh. A picture worth a thousand words ;)


So ini ja untuk minggu ni. InsyaAllah, ketemu lagi di weekends depan :)

    
lagi 25 hari ke final exam.


Tuesday, December 4, 2012

Kesibukan Melanda

Assalamualaikum.

Ogenkidesuka? Kenko no tame no saiko no negai ;) Haha tahu apa maksud? Apa khabar. Semoga sihat sejahtera. 

Okay kali ni tak ada cerita outing. Sebabnya weekends, stay kat bilik ja Sabtu dan Ahad. Huh macam boring kan? Memang pun! Cik Iylia buat apa kat bilik sepanjang dua hari ni? Well, of course la siapkan assignments and lab report. Aduii, hemm tetiba teringat balik zaman melepak lepas habis matriks dulu. Nak balik ke zaman tuuuu. Uwaaaaa. Eik, dulu sapa ek yang beriya-iya nak study? Hehe.

Tambahan pulak sekarang ni musim test. Bukan final yea adik-adik. Tests ni untuk carry marks. Tapi sekarang dah mula okay sebab banyak lectures dah nak habis. So hanya bermalas-malasan dalam kelas. Hihi. Lab session pun dah habis. Dah tak ada tekanan setiap hari Rabu rushing untuk siapkan lab report yang perlu dihantar pada keesokan hari. Gila betei kan. Dah la buat experiment pun terkial-kial. Hemm harap- harap, sem depan, dah boleh conduct experiments dengan jayanya. InsyaAllah ;)

Ni lah keadaan tempat si pinkish engineer dua tiga hari ni. Hikhikhikhik. Dah malas nak edit gambaq cantik cantik guna Photoshop. Bedal guna Picasa jek. Adjust contrast, taruk glow. Nah, siap! :p


Nampak dak balang gula bawah meja? Tak tengok lagi dalam dustbin, berapa banyak packet Nescade 3 in 1. Memang kerap minum Nescafe. Orang cakap tak bagus, tapi kopi ni mind booster aku. Nak wat achanner..


Peneman setia. Biskut dan Nutella. Bila minum kopi, mula lah nanti datang sawan kebuloq. Jadi lapar menggila secara tiba-tiba. Kenapa eh? Nak buat research la nanti.


Tak tertahan. Tau dak apa maksud tulisan Japanese tu? Cer try copy, and paste kat Google Translate. Hihihi.



Angle lain. Hehehe. Printer taruk atas lantai ja. Tak mampu nak beli rak. Huhu. 


Final exam untuk semester 1 will be starting on 3rd January 2013. Eleh.. rilek aa. Next year kot! Hihihi.

Here is the schedule of my final exam for sem 1 :
3/1/2013  -  Engineering Mathematics
10/1/2013  -  Electric Circuit Analysis
14/1/2013  -  Computer Programming
15/1/2013  -  Electric Principles.

Giteww. Nasib baik ada gap panjang sebelum exam subject killer tu ;)

Study week pulak will be starting on 22nd December 2012. Eheeemmm. Nak balik Penang dak ehh? Kalau balik, boleh study dak? Hihi. Emm takpa nanti bincang dengan Tuan dan Puan Besar ;) Dalam hati dah terdetik, what if kalau start buat preparations and revisions by this week sebab minggu ni banyak class cancel, hence banyak free time. So nanti study week, boleh enjoy dengan family sat. Boleh kot nohh :p

Chaiyokk Nur Syaheera Iylia binti Shallehudin! Do the best in this coming final examination!



Selit sikit gambau ni. Hihi.




Watashi wa, anata o aishiteimasu!

Wednesday, November 21, 2012

Mengemas? Common sense la.

Assalamualaikum.

Sebenarnya semasa post ni ditulis, aku sedang study circuit analysis. Tetiba terdetik nak meluahkan perasaan. Mungkin boleh melegakan sedikit tekanan.




Apa yang tekanan sangat tu? Tekanan bila perkara yang aku tak suka, keep on happening. Perkara yang aku tak suka, ada depan mata setiap masa.

Perempuan, biasanya memang sinonim dengan tabiat suka mengemas. Tak rajin pun, paling tidak, mesti nak mana-mana tempat nampak tersusun kan. KAN??

Aku ni bukanlah gila kekemasan sangat. Tapi as a pompuan, kemas kemas ni common sense kita la kan.

Okay kita fikir jauh sikit. Sebab pompuan memang best kalau fikir pasal marriage. Imagine, kalau tak suka mengemas, macam mana nanti rumah tangga? Takkan nak biar rumah semak? Eh tak payah fikir marriage life la. Fikir bila nanti tinggal bujang. Mak tak ada nak tolong kemas. Hemm. Takkan nak tinggal dalam rumah semak? Everybody knows yang tempat kotor ni , benda-benda tak elok suka kan. Kita ni pompuan pulak tu. Kang nampak apa-apa dalam almari, haaa..

Tambah teruk kalau kita share bilik/rumah dengan outsiders. Means, bilik kat hostel ke kan. Hemm cubalah fikir roommate kita tu. Okay cik?

Bagi aku, keadaan tempat tinggal kita adalah salah satu first impression. Kalau tengok tempat macam tongkang China, agak-agak macam mana yeh si polan ni?

Tolong lah ye jaga kebersihan sikit :)
Pesanan untuk diri sendiri jugak..

Wednesday, November 14, 2012

Meouw Time :)



Assalamualaikum.

Hari ni spend time sat dengan bebudak ni. Sedih sebab tak cukup ahli. Cikbu, dah tinggalkan kami. Sedihnya. Last aku jumpak dia, sebelum berangkat ke Melaka :')

Makin menjadi-jadi manjanya budak-budak bulus ni. Comel jek. Macam tuan dia ahaks ahaks ptuii.

Dah, tak tahu nak bebel apa. Nak revise Engineering Mathematics. Berazam untuk dapatkan full mark untuk test ni ;)

Kepada muslimin dan muslimat,
Selamat Menyambut Maal Hijrah :)


Monday, November 12, 2012

Alhamdulillah :))

Assalamualaikum :)

I am currently spending quality time at house with my mama. My abah will be coming home tonight. Thanks abah sebab sanggup balik Penang sebab nak makan nasik kandaq dengan pwinchess. Hikhikhik. My kakak pulak is now working at RHB Bank, KL. Amboii jadi orang key elle dah diaa. InsyaAllah, nanti nak transfer mama pulak pi dok dengan abah kat Shah Alam. Tapi nanti nak balik Penang jugaak. Hmmm takpa takpa balik rumah mak tok sebab nak tengok ada orang tu cakap nak drive dari Penang ke Johor within 3 hours. Kita tengok nanti ye baanng 3 hours tu ;p

So disebabkan aku punya waktu lapang, aku telah menjadi 'peng-online' tetap disamping buat kerja-kerja bibik. Ahh ikut suka hati je bahasa. Well, I'm an engineer.. Hellooooo. Engineer pun, kena jaga bahasa tau. Bahasa jiwa bangsa. As a 'peng-online' tetap, Facebook tu website wajib dalam window browser. So aku luangkan masa checking updates daripada kawan-kawan baharu dan lama. I kan busybody caring. Harus lah tahu updates family members and sahabat-sahabat.

Hasif Hasil daripada pemantauan aku, ada satu perkara yang best aku dapat simpulkan. Perkara itu adalah ;

Kebanyakan kawan-kawan aku yang sebelum ni free hair, sekarang dah BERHIJAB :)

Alhamdulillah. Subhanallah.

Seronok tengok depa manis bertudung :') Slow slow lah kita bersama improve diri untuk tutup aurat dengan sempurna :)

Walaupun ada certain people akan cakap, ramai yang mula bertudung mungkin disebabkan oleh pengaruh fesyen hijab sekarang ni, dan tak ikhlas untuk menutup aurat. Hurmm, it's okay. Allah Maha Mengetahui. Credit untuk investors various gaya dan jenis hijab. Mungkin daripada niat untuk berfesyen, insyaAllah akan menjadi niat untuk menjaga aurat dan kehormatan diri demi syurga Allah SWT.

Cik Iylia ni dulu pun tak bertudung. Masa bertudung awal sekolah menegah, itupun kadang-kadang on off. Alhamdulillah, sekarang dah fully bertudung. Walaupun masa awal berhijab dulu, dressing tak macam bertudung pun. Masa tu darah muda. Budak-budak lagi. Bila difikirkan balik, rasa malu sangat :(

Alhamdulillah, bila aku mula improve diri, ramai yang bagi sokongan dan semangat. Especially family, my best friends. Semoga aku terus beristiqamah ;)












Saturday, November 10, 2012

Motivating.

Sensitive la Sikit.

Assalamualaikum.

Yeahhuu ceq la ni dok ada kat Penang dah. Ceq cuti seminggu. Mid-sem break.

So semalam sambil download Google Chrome apps, ceq layan Anugerah Skrin dengan mama. Ceq ni, nak habaq mai la, tak suka sangat tengok rancangan camtu. Depa dok kata sapa sapa menang anugerah apa apa, ceq bukan tau pun.

So semalam walaupun aku tak tengok, tapi aku still la boleh dengaq apa yang depa dok merepek tu. Rasa macam.. eeeyuuu.. dah takdak benda lain ka nak cakap?? -.-

And statement yang aku cannot go bila ada yang cakap pasai Tv Hijrah tu. Memang sentapss aa kan. Tolonglah jangan main-main dengan hukum Islam.

Rancangan hiburan perlu la sensitive sikit. Tak salah kalau nak berhibur, tapi tolonglah jangan buat main agama. Jaga batas sikit. Cakap jangan lepas sangat. Jangan merepek sangat. Don't make silly jokes. Nanti dah kena saman, baru nak 'No komen' . Sebelum cakap tu, fikir la dulu wokeh brader?


Tuesday, November 6, 2012

Begini Cara Sebenarnya..

Assalamualaikum.

Rasa macam dah lama tak update. Selalu jenguk sini pun sat sat ja. Setakat tengok updates daripada kawan-kawan and bloggers favorite. Mencari ilmu dan info baharu.

Life? Tak habis-habis dengan assignments dan tasks. Bukan senang nak selesaikan kerja tu semua. Sudahlah aku ni kekurangan banyak basics. Basics programming yang paling aku kurang. Bukan senang nak setara dengan coursemates lain yang mostly studied Computer Science while they were in matriculation and foundation. Tapi sebenarnya, bukan setara yang aku nak. Aku nak aku boleh kuasai subject ni. Aku tau aku boleh. Cuma perlukan lebih usaha dan kerja keras.

Baru-baru ni, banyak kuiz dan tests. Frankly, results untuk semua kuiz dan tests aku teruk. Exclusively exposed in my blog ni. Ada jugak yang fail. Masa sebelum jawab, seriously aku tak serious sangat. Buat revision pun ala carte. Tak betul-betul faham konsep. Not well equipped. Macam bidan terjun aku menjawab soalan.  Itulah SALAH AKU! Kemampuan untuk menjawab soalan tu sebenarnya dependent kepada usaha dan doa ye adik-adik. Kita tak boleh expect boleh jawab kalau kita tak usaha dan memohon dipermudahkah kepada Allah SWT. Unless hang ada otak super power yang boleh record, save and print macam komputer.

Bila aku analisa balik selepas tengok semua results tu, aku tau semuanya salah aku. Semuanya depends kat aku. Ada subject yang aku study betul-betul, dan alhamdulillah, aku boleh jawab dengan baik. Subject yang aku kurang buat revision, malas nak study, malas nak buat latihan, memang setimpal dengan markah yang aku dapat tu.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


Aku perlu berubah. Aku perlu lebih rajin. Tak boleh berulang dah. Aku mesti cemerlang!


Sunday, October 21, 2012

Kesayangan Tatak :3


Assalamualaikum.

Rindu budak bulus ni. Bila call mama, mesti mama cerita macam-macam perangai nakal budak ni. Paling comel + nakal bila dia ajak abah teman makan kat dapur. Kalau abah buat tak endah, kaki abah mesti kena gigit. Kikikiki.

Kalau tidoq tu, nak tempat yang best best. Feveret dia mesti atas sofa. Takpun atas katil aku. Waah seronok nampak. Maklumlah, anak tunggal kat rumah.

Makan? Tak payah cakap la. Mewah betul. Kadang-kadang jelly pulak dengar cerita mama. Budak ni sekali makan, 6 ekor ikan rebus. Ni main dish. Lepastu tak kira lagi makanan hasil buat muka comel kat abah masa abah tengah makan. Dapat lagi seketul ayam. Lepastu ulang-alik makan Friskies. Bahagianya hidup hang dik. Hidup akak hang ni haa, nak dapat makanan pun kena bermusafir dulu.

Cayang Citam tunggu tatak ayang balik tau. Nanti kita saing pi makan naahh ;)

Tuesday, October 16, 2012

The UTeMians :D


Bachelor of Electronic Engineering (Computer Engineering) (Hons.)
Sesi 2012/2013

Semoga ukhuwah kita berkekalan :)



Sunday, October 14, 2012

Bibliomania

Assalamualaikum.

Seperti yang dinyatakan dalam post ni, setiap hari MESTI layan YouTube. Ohyeahh I declare myself as a YouTube addict. Sampai kekadang, just stare skrin tu sambil berfikir "Aku nak search video apa eh hari ni?". Janji dapat jugak layan video apa apa. Aku suka tengok vlog. Bermula dengan  channel SayaPemalu (ahh brader ni super cute), aku akan terus stream video vlogger lain. Ataupun aku akan stream videos kucing Maru ni. Seriously, penghilang stress :)


Pagi ni aku stream video daripada AmanWan pulak. Cambest jek. Dulu aku tak pernah tengok videos dia, and currently, he's one of my favorite vloggers. Despite of the craziness, he talks the reality. Ada jugak points yang boleh kita fikirkan :D

Video yang menarik perhatian aku is video ni.



Hahaha nice one. Aku tertarik dengan tajuk dia. Macam kena batang hidung sendiri. Aku memang ada bibliomania, which means tabiat suka mengumpul buku dan menyayanginya secara extreme. Bacanya idok. Hahaha.

Mama aku cerita, masa mengandungkan aku dulu, mama mesti kena baca something sebelum tidur. Majalah yang dah habis baca pun ulang baca lagi. Habit tu terlekat kat aku. Pernah sekali pi ziarah family di Kelantan, biasalah mesti tidur ramai-ramai kat dalam satu space. Then dengan selamba aku ambil majalah untuk baca. Pastu orang pun teragak-agak nak matikan lampu. Hahaha. Kesian. FH, sorry k kalau ganggu awak tidur nanti ahakkss ahaakkss.

Aku jugak ada habit suka membaca dalam suasana limited available light. Contohnya, macam switch on lampu toilet je. Lampu bilik tak. Memang selalu kena marah. Tapi nak buat macam mana, dengan cara tu aku mampu fokus kepada bacaan aku. Sampai bila jiran tanya mama, macam mana aku study, mama jawab "Dia study dalam gelap". Lepastu malam tu aku tengok bilik anak dia gelap je. Harharhar. No.. ikut kesesuaian diri. Kita tak boleh ikut style orang kalau tak kena dengan diri sendiri. Aku ni kartun sikit. Orang lain buat macam lain, aku buat macam lain.



Aku suka beli buku. Aku pun taktau kenapa. Macam ada tarikan yang sangat kuat dengan kedai buku. Kadang-kadang, satu subjek, ada 3 buah buku rujukan, 5 buah buku latihan. At last, aku betul-betul guna 1 buku rujukan dan dua buku latihan je. The rest? Hahaha. Tapi bagus lah terasa macam banyak rujukan. Tapi paling aku tak suka bila setiap buku states benda yang sangat berbeza dalam topik yang sama. Masa tu la kecekapan nak relate maklumat tu penting. See, dalam setiap keburukan, mesti ada hikmah jugak kan? ^^

Meh sini aku tunjuk bukti.
Buku latihan Add Maths. Agak-agak aku buat semua dak? Kalau aku buat semua, rasanya dah lama aku sampai Jepun ye dop :D Buku rujukan setengah aku dah bagi kat juniors.

Dictionaries 3 ketul. English aku tak power jugak pomm -_-"

Cer kira. Chemistry ada 3 buah buku. Biology ada 5 buah buku. 4 buah buku Physics. Mathematics ada 2 buah buku. Kat mana silap tak score 4 flat? Malas nak ceta dah.

Buku paling otai dalam simpanan. Aku beli masa Darjah 5. Rujukan aku untuk UPSR, PMR, SPM 
& MUET. Semoga penulis buku ni dirahmati Allah SWT ;)

Bukan baca sangat pun.
Tak payah la membazir beli buku yang kita tak guna. Nanti jadi macam aku ni haa. Sampai taktau nak letak buku-buku tu kat mana. Kebaikannya, kita boleh sedekah kat orang lain yang memerlukan.  

Adakah aku akan teruskan habit ni masa kat universiti? Orang cakap, jangan memain dengan buku tahap degree. Mahal katanya. Aku pun tak tahu. Rasanya aku nak transform diri aku jadi ulat buku masa aku tadika dan nerd macam Form 1-3. Less wasting, more reading!
Kesimpulannya, aku memang suka collect buku :D
ps : rasa macam dah kurang tabiat suka membaca aku ni sejak masuk matriks. Aahh berubah Lia berubah! Jangan ulang kesilapan yang sama!



Monday, October 8, 2012

Monolog Hati


Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana akhlaknya.

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.
 
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta. Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...


sumber :  http://syifamardiyyah.blogspot.com


:')

Saturday, September 15, 2012

UTeM ;)

Assalamualaikum.

Sekarang ni aku tengah lepak-ing dalam bilik sorang2. Roommate aku keluaq berjimba. Bosan tak payah cakaplah. Bising orang  tengah buat construction tak habis lagi. Aku check-in masuk hostel baru bina dalam kampus induk. Sebelum ni aku dapat hostel kat Bukit Beruang. Agak jauh dari kampus induk UTeM kat Durian Tunggal. Nasib baik fakulti aku dalam kampus induk ni, so dapat la aku merasa hostel baru hewhewhew.

Minggu Haluan Siswa? Malas pulak aku nak bercerita. Aku tulis briefly ja la. Tetiap hari line up untuk naik bas ke kampus induk, lepastu dengaq taklimat, lepastu makan, berjalan ke masjid then patah balik ke dewan besau, lepastu line up lagi, naik bas balik ke hostel. Paling best bila dengaq ucapan yang uplifting daripada VVIP seperti Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah. Naib Canselor UTeM, PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN, aku sangat respect beliau. Sangat mesra pelajar dan banyak bagi nasihat kepada kami. Boleh kata, semua tenaga pengajar, daripada yang tertinggi sampai lah ke pensyarah junior, kat UTeM ni sangat best. Very the mesra pelajar  :)  Fasilitator MHS 12/13, aku bagi 4.8 bintang. Terbaik. Depa memang baik, mesra dan banyak tolong kami. Penat, rushing dan pakai baju tak basuh dua hari tu biasalah masa minggu suai kenai kan. Experience ni. Bila lagi nak merasa semua ni?? So kepada adik-adik yang bakal pursue study kat mana-mana, enjoy your minggu orientasi hewhewhew.

Alhamdulillah, aku tak homesick sangat. Iyelah sekarang ni zaman IT. Bila-bila masa kita boleh contact family dan kawan-kawan. Walaupun aku jauh daripada keluarga, depa tetap priority aku. Kat sini, bukan setakat untuk study engineering, tapi boleh jugak gain ilmu yang lain macam ilmu akhirat ( kat UTeM banyak jugak anjurkan program keagamaan), ilmu komunikasi, ilmu kemahiran hidup, macam mana nak manage finacial, gain experience macam mana nak deal dengan orang yang macam-macam pe'el. Aku dah join Kelab Fotografi dan Media UTeM. Harap dapat jumpak kengkawan dan sifu-sifu baru dan share knowledge and passion ;)

Dah seminggu aku attend class. Alhamdulillah, semua okay. Pensyarah okay, kawan-kawan kelas pun okay. Cuma aku agak gelabah sebab aku takda basic engineering dan sains komputer. Alhamdulillah, aku dapat kawan yang banyak tolong. So lepas ni, aku kena work hard. Read a lot. Jangan belagak takmau ambik tau. Jangan sombong dan malu dalam menuntut ilmu. Semoga aku dapat balas segala pengorbanan abah dan mama. Semoga aku dapat bagi manfaat kat semua orang suatu hari nanti ;)


Wednesday, September 12, 2012

Hai.

Assalamualaikum.

Rasa macam dah lama tak update. Aku sekarang dah selamat melahirkan seorang cahaya mata menjalani Minggu Haluan Siswa dan telah pun menghadiri beberapa kelas di UTeM dengan jayanya. Banyak benda nak cerita tapi sibuk sangat. Tengoklah hujung minggu ni kalau aku berkesempatan, aku nak cerita pasai MHS dan keadaan kat tempat baru aku ni. Okay nak pi buat tasks Engineering Mathematics. Babai :)

Thursday, August 23, 2012

Cakap Hari Ini

Assalamualaikum.

How's your raya, everyone? Mine was great. Nanti la update story raya. Gambar raya semua ada dalam laptop lama. Laptop tu sekarang ada kat Shah Alam. Aik kenapa laptop lama? Sebab laptop baru masuk hospital. Stress makk tau nyah. Ni pun update guna laptop kakak. Dah la takda photo editor langsung, at least Picasa ka. Aptd. Ehehh dia bagi pinjam ni pun dah beruntung kan. Terima kasih, kakak!

Laptop minah rempit sebab ada sticker 'bogo'. Kental jugak ler laptop ni. 4 tahun dah tapi tak banyak sangat masalah.
Hik hok hik hok

Laptop pink aku tu hard disk rosak. Aku pun taktau kenapa. Aku jaga dia bagai menatang minyak yang penuh. Sesentap benor. Cepat sentap macam tuan dia jugak. Eh kenapa aku suka speak nogori eh? Petanda bakal suami orang nogori? LOL.


Haa bagus dikk, bagi terbakaq tangan tu yehh. Alahai main bunga api sorang sorang sangat tak feeling okay. Untung jugak kan kalau ada adik. Dah la kiri kanan jiran chinese. Depa tak layan laa bunga api jiwang jiwang ni.

Perkembangan semasa? Berat semakin naik. Dah lama aku tak reach berat ni.

T___T

Kemarin aku poie ambil result urine and blood test. Aku tak puas hati la. Suruh orang pi ambil sebelum pukul 1, tapi call bagitau pukul 12 something. Ingat aku dok sebelah klinik tu ka? Dah la kena panjat bukit bagai. Penang ni kat kampung and atas bukit pun traffic light banyak. Aku tak suka tau kena push macam tu. Dia pun buat kerja slow, lepastu dok push push orang. Duit dah bayaq. Barang tak dapat pun. Apadaaa.  #Eh.

Alhamdulillah, takdak masalah apa ;)

Alalalala cian budak ni demam. Tu la semalam main hujan lagi. Balik rumah malam. Terus monyok membuta je tau. Babab bontot tu baru ketahuan.

 

Nyummehhh. Setelah sekian lama mengidam. Hewhewhew. Ni antara favorite food aku. Bubur nasi dan sambil tumis bilis. Perghh. See, senang okeh nak bela aku ^^

Aku memang suka update daily life. Aku suka share apa yang aku experienced dengan orang. That's why ada orang nampak aku pendiam dan pemalu at the first sight, tapi sebenarnya aku suka jugak la pot pet pot pet sampai kekadang kalau texting, message aku je yang panjang. Pihak lagi satu tu paling panjang ada 3 ayat. Itu pun kalau kami bersembang pasai computer dan photography. Kalau bersembang cintun ni, heemmm jarang la nak bersembang bab tu. Mungkin kami bukan jenis tu kot. Not putting too much hope. Kalau ada jodoh, ada la. Apa yang penting sekarang is our studies. Nanti nak bebel pasai ni pulak :D




Sunday, August 19, 2012

Aucakkk!

Assalamualaikum.

Ketika entry ini ditulis, aku sedang menunggu mama aku bangun hewhewhew. Haa tu la, orang lain buat kerja, aku tidur. Sekarang ni orang tidur, aku pulak cakap sorang sorang kat blog. Apa-apa pun, aku nak wish semua orang,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :))
Bagi yang mengenali Nur Syaheera Iylia binti Shallehudin secara dekat, ampunkan segala kekhilafan aku kat hampa worite. Bagi yang mengenali aku kat sini, ampunkan segala kekasaran dalam penulisan blog ni yeh. Aku ni hanyalah seorang hamba Allah SWT yang lemah dan sering melalukan kesalahan :)

Aku cuma nak pesan, raya ni, jaga pemakanan yeh. Jangan driving secara merbahaya and hati-hati kalau nak main mercun tu, wokeh?? Okay muahhhss muaaahhhsss ^^



Thursday, August 16, 2012

Good Morning Photoshoot







Terangsang bila tengok certain photographer yang shoot gambar bini dan anak-anak kat tempat cantik-cantik.
Kan seronok kalau dapat husband photographer. Boleh jalan-jalan.


"Abam, nak titot jugaaaakkk! Plissshhhh plisssshhhh.."



Lega Tak Lega

Assalamualaikum.

Pertama sekali, alhamdulillah aku dah boleh biasakan diri dengan kehilangan seekor kucing yang paling disayangi. Dulu masa dia masih ada, bila aku masuk tandas ja, mesti ternampak beberapa ketulsss. Tapi sekarang dah tak ada. Rindu pulak nak cedok dan flush ketulsss tu. Dalam banyak-banyak kenangan, kenangan ketulsss jugak nak cerita yeh. Yela nanti aku cerita pasai makanan kegemaran dia, ada jugak yang gulpp kens ;p

Tapi Citam ni haa. Masih dalam mood sedih. Sunyi kot. Aku pom dah taktau nak buat apa. Bila nak kejor yop kejor pom, teringat pulak kat Ichie. Mungkin nanti nak cari toys untuk budak ni ;)


Secondly, aku dah medical check up youhouuu. Fuhh lega banget dehh. Emangnya tidak sukar. Tetapi aku aja yang rusuh hati. Erkk first sekali aku fikir, "Agak-agak juru x-ray ni lelaki ke perempuan, jangan la lelaki plisshhh.". Ya' know kena salin baju. Tak nervous ke kalau juru x-ray tu lelaki? Berdua dengan dia dalam bilik tu? Pastu bukak baju. Heyy hilang nikmat first night dengan hubby. Wkwkwkwkwk. Second benda aku fikir, "Argghhh kalau dia x-ray, nampak lubang ke apa kat jantung, achaner tu?".. kenapa aku fikir macam tu? Wallahualam. Lepastu aku fikir, "Whoii segannya nak kenchh dalam botol lepastu kena bagi kat orang pulak.". Dan paling aku tak suka, environment dalam bilik dokter. Aku ni entah la kena curse apa tapi aku memang tak gemaq jumpa dokter padahal aku la budak yang paling kerap jumpak dokter masa kecil dulu. Dengan demam panas masa baby, dengan asma (dah baik), dengan bisul kat kaki, dengan demam panas sampai tahap aku takleh cakap masa bird flu sedang hebat melanda.

So kelmarin dengan langkah yang goyah, aku melangkah masuk ke Klinik Malaysia kat Bayan Baru tu. Lepas isi borang semua, tunggu la kat depan bilik x-ray. Sekali nurse mai tuang air kenchh kat singki tepi aku. Demn. Lepas nama kena panggil, aku redah je masuk dalam bilik x-ray tu. Phuhh nasib baik juru x-ray perempuan. Lepastu kena check mata, tinggi dan berat. Haa tibalah masa nak x-ray. Kawan mama aku cakap tak payah put off segala baju. Tapi takkan la kan. So kena salin pakai baju nipis tu. Aku rasa pose masa nak x-ray tu adalah yang paling sexy pernah aku buat gahahaha. Lepas setel x-ray, jumpak dokter. Ramah pulak dokter ni. Tanya segala life aku masa kat matriks. Sambil tu dia tarik darah aku. Cehh. Konon nak bagi aku relax. Kalau life aku kat matriks dulu indah takpa la kan. Tapi nanti kena pi lagi untuk ambil result urine dan blood type. Hope everything's fine.

Preparation raya? Tahun ni aku besederhana aja. Lebih fokus untuk barang-barang nak pi universiti. Iyelah nak bayar yuran, nak beli baju, beli buku, accommodation kat Melaka lagi. Banyak duit nak guna. So aku korbankan raya ;) Preparation nak pi universiti pom tak habis lagi. Banyak lagi nak kena setel. Takpala, pelan pelan setelkan semua ;D

Monday, August 13, 2012

Kau Pergi Jua

Assalamualaikum.

Aku tengah sedih sangat ni. Tidur pun tak boleh nak lelap sangat. Asyik terjaga. Tengok time post ni, pukul 3 something kan. Aku tertidur pukul 11 something. Terjaga pukul 12 something. Tertidur balik, eventually woke up to some tears on 2 a.m.. It became worse when I received an SMS from my sister, whom now is in Selangor, stating that she can't believe that our most beloved cat, ICHIE is now gone :(

Ichie passed away after iftar. While my parents and I are breaking our fasts, Ichie had some hard minutes on the stairs. Dia muntah muntah. Tapi tak banyak pun. Ingatkan biasa ja, mungkin dia ada termakan rumput yang tak sesuai kat luar rumah. Lepas berbuka, aku naik atas nak tengok keadaan dia. Bila aku naik atas, terus aku ternampak dia dalam bilik aku ,dah terbaring tepi katil. Mama cakap dia dah tak bergerak. Masa tu aku blank. Aku cuma terduduk atas kerusi dan tengok dia. Aku nampak perut dia dah tak turun naik. Cuma ada sedikit gerakan tangan and mulut. Mungkin sebab electrical impulses from the nerves triggered the movement. Masa tu aku dah menangis. Then abah mai tengok, abah cakap dia pengsan. Aku pun harap macam tu. Tapi hakikatnya, dia dah tinggalkan kami.

Aku memang tak sangka sangat. Sebelum berbuka tu, while we were busy preparing the meals, dia duduk kat tengah jalan ke dapur. Bila orang lalu, dia akan act nak tangkap kaki. Nasib baik aku tak tendang dia macam selalu aku buat bila aku terkejut dia gigit kaki aku. Macam nak bermain-main. Rupanya tu kali terakhir dia nak melawak dengan tuan dia. Dia tak nampak langsung tanda-tanda sakit. Nak buat macam mana, ajal dia dah sampai. Ichie, *tatak ayang mintak maaf tau.

Ichie has been living with us for 5 years. Ingat lagi, mama bersungguh-sungguh nak ambil dia kat kedai runcit tu. Memang dia comel sangat. Masa aku balik ke rumah, nampak dia kat dapur. Masa tu dia sekor ja yang ada dengan mak dia. Mungkin ni la feeling mak dia masa kehilangan dia dulu. Ichie ni memang rapat sangat dengan aku. Dah banyak keadaan kami tempuh bersama. Masa aku tinggal sorang kat rumah, lepastu blackout, dia la yang teman aku pi dapur untuk nyalakan lilin. Masa aku tengah sedih, dia lah yang duduk sebelah aku. Lepas ni dah takda la nak tengok dua ekor kucing main ligan-ligan, naik turun tangga, lari lari atas sofa.

Ichie means 'one' in Japanese. Means that you're the only one. Dah takda ganti macam Ichie. Abah dah tak boleh kacau Ichie dah, mama pun tak boleh panggil Ichie makan dah, tatak ayang pun dah tak boleh peluk and ligan Ichie dah. Dah takdak kucing nak pijak badan bila tatak ayang tidoq atas sofa. Sapa nak teman tatak ayang bila tatak ayang sedih sedih nanti? Nak harap Citam tu, dia tau mintak ikan je.


Terketaq-ketaq tangan nak edit gambaq ni.

*tatak ayang = kakak ayang = me

Saturday, August 11, 2012

KEDAH

Assalamulaikum.


Tudiaa nalaa baq hang. Tetiba semangat Kedah pulak hewhewhew.
Setiap hari, aku mesti layan YouTube. Apa yang aku layan kat YouTube tu? Jengjengjeng.


Hahaha semangat tau ai. Most of the time aku akan search 'lagu kedah'. Enjoyable. Memang banyak aa lagu depaa. Jelly aa ceni. Penang tak banyak lagu semangat macam Kedah. Dua lagu favorite aku, Hijau Kuning yang bola sepak punya tu dan Mai Ceq Oi Mai. Agak agak rasa macam down sikit, cepat cepat search lagu-lagu ni. Lagi satu seloka Pak Ku Shadat. Bahahahahaha memang sempoi baq hang.

Meh sini aku nak ceta pasai Kedah sikit. Bukan nak mengenang masa lampau kat matrik yeh :D

Mama aku dulu dibesarkan kat Pendang, Kedah. Beliau selalu cerita kisah hidup masa kat sana dulu. Memang best aa dengaq. Sampai kadang-kadang, mama aku akan guna terms cakap orang Kedah. Lepastu aku akan gelak dulu, lepastu baru tanya maksud dia apa. Biasala, macam orang Kedah dengar perkataan 'ketiaq' (maksud dia ketiak, mami tanjung cakap ketiaq), mesti depa gelak guling guling kan :D tapi seriously aku suka terms orang Kedah. Comei baq hang. Kalau mama and mak lang aku sembang, memang rancak aa nada Kedah tu.

Ada certain standard negeri Perlis, Kedah dan Penang guna. Certain lagi memang uniquely Kedah.

Sampai kadang-kadang kengkawan Penang tegur, 'Lia hang cakap nak loghat Kedah dah'
Nak buat lagumana, aku tidoq dengan orang Kedah, layan movie ngan orang Kedah, belajaq tangkap gambaq dengan orang Kedah, bebudak kelas orang Kedah, lecturers orang Kedah, semua dengan orang Kedah ;)

Orang Kedah ni macam exclusive sikit. Tengok style penulisan depa kat Facebook, Twitter, blog, SMS etc. Memang boleh detect, 'Haa budak ni mesti budak Kedah'. Depa akan tulis full. Depa akan eja macam mana kita sebut. e.g lukih, tulih. Phrases yang famous : setai baq hang. Hehehe. Whereas orang Penang akan cenderung bajet Key Elle sikit. Hehe jangan marrah aa budak Penang. Saya pun Penangite jugak. Kalau student Penang yang belajaq kat Kedah, depa mesti faham ni ;)

Aku tengok orang Kedah ni ada semangat kenegerian dan sangat setia kepada Sultan. Aku kagum tengok environment dalam dewan masa kat matriks dulu masa nyanyi lagu negeri ;)
Aku nyanyi lari tempo, terus refer kat gerak bibir kawan-kawan budak Kedah :D

Orang Kedah sangat friendly. Memang senang nak berkawan dengan depa. Once you've started a conversation with them, it takes a while to stop. Dah rasa macam family sendiri. Depa cakap takdak simpan dalam. Kalau depa tak puas hati dengan aku, zussshhhh terbelah hati aku kena cantas. Hahahaha. Aku kan gedik gedik mengada-ngada, kengkawan aku pulak jenis yang sangat berterus-terang. Bagus la. Baru aku insaf dan jadi kuat macam depa. Lagi satu, semangat depa memang tak boleh lawan. Komitmen sangat tinggi. Kalau buat kerja, mesti bersungguh-sungguh. Taabiikkk ;)

Favorite view aku kat Kedah mesti la environment kampung depa. Aku memang suka environment kampung, bila tengok rumah tepi bendang (sawah), memang buat aku tersenyum. Masa petang, ada pak cik pak cik dok memancing ikan kat parit bendang tepi highway. View sawah padi, tak payah sembang la. Terbaik bro. No wonder la Kedah banyak photographer hebat ;)

Makanan memang tak jauh beza dengan Penang. Gulai (kari) depa sedap. Nasi kerabu terbaik. Kuih muih pun sedap. Memang tak cemuih la makan menu yang sama tiap-tiap hari. Aku and kakak aku kenal kuey teow kung fu kat Kedah. Noob gila --"

Bagi aku, Kedah adalah syurga membeli belah. Apa barang Pavillion, Singapore, Gurney Plaza bagai. C-Mart terbaik!

 
source : Google

Kat C-Mart ni, hot items mesti aa tudung bawal, shawl dan keronsang. Dulu aku jadi tumpuan bila pakai tudung bawal tone color tu kat Balik Pulau. Kahkahkah. Kedah ni macam trend setter kat northern region. Paling best kalau depa buat ekspo. Perghh. Berpinaq mata tengok keronsang lip lap murah. Lagi satu, bila pi C-Mart, mesti beli Coolblog.


Pedih tekak.
source : Google


Banyak lagi keistimewaan negeri jelapang padi ni. Nak tau, sila berkunjung ke Kedah dan experience sendiri ;)

Kalau ada peluang, nak jugak aku spend time kat Kedah sebelum fly pi Melaka. Sapa nak sponsor tempat tidoq ngan makan untuk aku? ;p

Aku bersyukur sebab diberi peluang untuk experience adat dan budaya negeri lain. Excited nak experience dondang sayang pulak ^^


Ambik la hati aku ni half half.

 " Kedah, Kedah pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebah, bangun lantas semula gagah, bujur lalu melintang patah "

:)



Wednesday, August 8, 2012

Ehh..

Assalamualaikum.

Aku baru je lepas blogwalking ni. Iyelahh blogwalking je la keja aku. Mana ada nak texting, tweeting apa benda bagai. Aku sekarang ni macam suka melarikan diri daripada orang ramai. Entah la. Tak ada mood nak bersocial sangat. Aku lebih suka memerhati daripada join. Memang tu sifat aku dari dulu. Hemmm bercakap tentang sifat, aku ada terjumpa kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah mengenai personaliti seseorang berdasarkan bulan kelahiran. Sebenaqnya aku dah pernah baca dulu. Aku copy bulan Julai je la yeh. Nak tau jugak Google sendiri. Ngahaha. Dak aih, nah link dia : http://selangor2u.com/blog/2010/03/rahsia-bulan-kelahiran-kajian-dato-dr-fadzilah-kamsah

Okay jom tengok sikit betoi ka dak kajian Dr. FK ni. Tanda ( ü ) tu yang memang betul dengan aku.


JULAI
  • Sangat suka didamping.  
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki ü
  • Agak pendiam kecuali dirangsang  ü
  • Ada harga dan maruah diri  ü
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan  ü
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus  ü 
  • Sangat menjaga hati orang lain  ü
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya  ü
  • Berjiwa sentimental  ü
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan  ü
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang  ü 
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati  ü
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian  ü
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri  ü
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama  ü
  • Suka mendiamkan diri  ü
  • Suka duduk di rumah  ü
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan  ü
  • Tidak agresif kecuali terpaksa   ü
  • Lemah dari segi kesihatan perut  ü
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet  ü
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih  ü
  • Terlalu mengambil berat  ü
  • Rajin dalam membuat kerja

Whoaa terror kan Dr. Fadzilah Kamsah ni. Sesiapa yang kenal aku, boleh la komen. Betoi ka dak :D

Monday, August 6, 2012

Berbeza


Ichie dan Citam. Punya personaliti yang sangat berbeza :D
Aku ni tak habis-habis update kucengs. Dah tu dah takdak anak lagi -_-"

Tuesday, July 31, 2012

Hey Yo Tsup?

Assalamualaikum.


Takdak gambaq baru. Dah lama aku tak sentuh 'diselaq' aku tu. Aku malas nak transfer gambaq dari laptop lama masuk laptop baru. Serabut tengok files banyak banyak.

Lagipun aku lama dah tak outing. Kalau outing dengan family pon, bawak kamera, tapi tak insert kad. Kad ada dalam lappy. Frussstt kalau nampak moment baik punya, pastu release shutter, tengok memory kad takdak. Lagi frust daripada feeling boyfriend tak reply SMS.

 Aku memang selalu macam tu. Brader Khairull ni tau la perangai aku. Kena paku teruk kot sebab tak insert kad masa nak pi shoot event. Tapi nasib baik aku buka official photographer masa tu. Mengekoq brader tutt tutt ja. Muehehehe. Pernah sekali, bawak camera takdak bateri. Boleh?

InsyaAllah esok kalau takdak apa, maybe aku nak outing dengan mama. Beli kain putih and hitam. Nak sekolah dah. Untuk apa lagi kalau bukan untuk Minggu Haluan Siswa nanti :)
Boleh la shoot kat PARAM. Kehkehkeh.


Haih banyak lagi tak prepare. Paling aku takmau buat, medical check-up. Urghhh aku tak suka diagnosis.