Wednesday, June 22, 2011

Hai. Saya tertekan. Tapi saya rasa saya masih okay.

Fooohh foooohhh sraaappp sraaappp ( sapu habuk )


Haaaaachhheeeuuuuwww ( bersin )
Ekuhme ekuhme. Sorry sorry.


Salam peeps :)
Yo yo apa khabar mu di sana.. Lama sudah tak berjumpa.. lalala..
Ehem ehem. Serious weh serious.

Haaiii.. lama betoi aku tak update noh? Ada hampa kisah?
Well, awat la noo.. haish mesti la sebab komitmen. Waa komitmen gitew.
Sebab aku tak balik Penang tiga minggu sudah. Sedih. Serious memang tak syok. Sampai orang sebut nak pi Queensbay pun aku boleh reyau. Tak ke cam pa gi. Serious mengada.

Tapii..
Tadi abah and mama aku mai sini. Waaaa best tahap ciyot. Rindu depa tahap dewa dewi. Tapi kakak takmai. Tak complete arr. Takpa, dunia tanpa sempadan. Haa mama and abah bawak mai sekali 'budak bucuk putih' = netbook Anugerah Sukan Untuk Semua aku ni. Wuu serronok la. Ni yang boleh update ni. Tapi tak boleh duk online sangat. Guna untuk cari information je okeh.

So, how's my current life at KMK?
So far, moderate ja la. Not so good, not so bad. Well, biasa la. Matriculation memang serious challenging.
Dengan keja tutorialnya.. dengan lecturer yang menguji ketabahannya.. Tapi takpa. Demi 4.00 flat untuk abah and mama.

Nothing much to tell la. Bagi general je la eh. Challenging.

Sekian, terima kasih.

Mood : Rasa tak sedap hati. Nak berazam, tapi, masih haunted dengan banyak hal.

Friday, June 3, 2011

Yo Yo Baby I'm Back :P

Salam peeps :)

Ehem ehem. Lama betoi noh tak update blog. Cehh sejak sejak pi study kat Russia Changlun,Kedah ni. Aku bukan macam orang lain. Bawak laptop, Blackberry, iPad bagai. Ada handphone yang even takdak camera tu jaa huuhuu. Jeles betoi tengok orang lain duk tup tap tup tap ataih skrin handphone depa. Masa kuliah ganti malam Biology, baagguiih punya duk online Facebook. Aku report sat gi kot ( cehh cakap ja la jeles ).

Okay finee lupakan pasai tu. Nak ceghita pasai hidup kat KMK selama 2 minggu sat. Haha.



The First Week
First week memang hell. Minggu Pengurusan Pelajar Baru Sesi 2011/2012. err sebenaqnya minggu orientasi.
Cehh punyaa laa. Kheja duk larii jaa. Dari awai pagi pagi buta, sampai la tengah malam. Konon konon duk matriks kena cepat lagu ni. Haa betoi la jugak. Tapi takdak la macam marathon tu. Sakit kaki ni tak sangga. Sampai luka luka. Abang kakak fasi memang kelijam. Huhu. Kena nyanyi lagu KMK tiap tiap hari. Sampai masa mandi pun aku duk teringat lagu tu. Ha la dah dengaq lagu tu ja.
Tapi sekarang aku dah pandai jalan cepat. Haha credit to abang and kakak fasi. :)

Masa first week jugak aku sangat tak stabil. Ye la, maybe shock kot. Before kan tak penah duk hostel. Sekali kena buat semua benda sendiri, baru la nak gubra. Tapi okay la sebab takdak la kena ikut time macam kat sekolah. Kira ikut suka hati nak pi mandi pukoi berapa pun. Pandai pandai la. And masa first week tu jugak aku ada health problem sikit. Serabut okeh.

Tapi alhamdulillah, sekarang aku dah boleh adapt dengan environment baru :)

Bilik macam mana?
Bilik best. Cuma yang tak best sebab bertentangan dengan hostel boys. Gilaa selak langsir sikit, nampak la boxer Muhammad Ali,Ben 10 bagai. Cehh. Gantung la buku Biology ka pa ka. Dalam bilik pun ada space sendiri. Comfortable. Agak privacy la. Locker pun besaq. Meja tulis besaq. Okay la semua. Roomate pun baguih baguih.

aku Google je ni. Nasib ar sapa punya. Hehe.
Haa macam ni la tempat aku. Memang sebijik macam ni. Tapi takdak la semak mengaum laguni.


Makan sedap tak?
Sedap la jugak. Gulai Kedah memang terbaik ahh. Sedap betoi. Sekali rasa, macam gulai nasik kandaq Line Clear.. haha... Makan kat Kafe Harmoni tu.. sekarang dah ada gerai-gerai juai sizzling mee apa semua.. Aku suka lepak situ dari pukoi 8 sampai 9.. huhu tengok news..

Kuliah macam mana?
So far, still agak kekok lagi. Haa laa aku kan sekolah kampung. Jakun la kuliah kuliah ni. Kuliah start pukoi 8 until 5 p.m. Mula-mula macam gubra sikit. Sempit doe. Nak tulih pun kena kemut kemut kepit kepit ketiak. Aku ni dah la tangan merewang sikit. Nasib la sapa duk sebelah aku. Kheja duk kena sigong (siku) ja. Memang rapid la kuliah. Pandai pandai la nak ambik inisiatif nak catch up. Tapi ada tutorial. Masa ni la nak tanya apa yang tak faham semua. So kena gunakan sepenuhnya la. Sekarang ni ramai dah tukaq modul. Aku Modul 1. Boys ramai nak masuk modul 2 sebab they tend to be in engineering field kan. Ikut la minat and ability anda ye :)
Ni dalam kawasan building bilik Tutorial and Lab.

Financial?
Fuhh duit keluaq macam ayaq. Kena beli macam macam. Lecture notes, tutorial books, topup.. Fuhh. Lepaih ni kena pandai bajet sikit.

Students yang lain amacam?
Hee biasa la bila jumpak strangers, mula-mula memang kekok sikit kan. Different backgrounds and lifestyles. Mula-mula aku tak comfortable sangat sebab aku takdak geng sekolah sama. Orang lain best jaa lepak dengan geng sekolah dulu. Huhu. Tapi lama-lama, okay ja :)



Gambaq ni taken dari blok aku ni.Depan tu hostel jugak.

Okay tu ja yang dapat dikongsikan. Nanti aku update lagi naa.
Salam ketemu lagi :)