Monday, May 23, 2011

Goodbye Penang :')

Salam peeps :)
This may be the last entry of mine. I don't bring my laptop along to my new place, Kolej Matrikulasi Kedah,Changlun.
I hope you won't miss me *uwekk sapa nak rindu hang woi Lia??* Okay finee :D

To my friends, kawan yang real or virtual, good luck!
Our journey to our dreams has started!

Pray for my success yaa.
I love you. Yes, I do love everyone.
Be happy always! :)

Byebye Penang. Hi Kedah! :))

Thursday, May 19, 2011

Eh.. ;DD

Salam peeps :)

Hehehe. Lepas jugak interview tu ;D
Got an SMS from MOE. Cakap aku dapat KPLSPM.
So, teruih check online. Yaa betoi.
Tu ja :)

ps : Kedah lagi. Kedah memang sayang aku kan. Aku pun sayang Kedah.
Kedah rockss!
:)

Oooohhh Nur Kasiiihhh...Oooohhhh... Oit dah la tu!

Salam peeps :)

Wow semalam emo gila. Aku jarang nak emo. Tapi bila dah rasa heavy sangat, mula la nak bermadah cara budak sains. Huhu. Tak feel langsung. Btw, thanks so much to my  friends, Fyezah and Aiman sebab concern about diri hamba ni :))

Okay hari ni nak buat review movie sikit. Review ni based on apa yang aku rasa je la. Lain orang lain pendapat kan.


Well, aku bagi 5 stars untuk Nur Kasih :) I think the best movie in Malaysia kot. Auuww over ke? Tu yang aku rasa la. Tak tau la maybe aku tak berapa gemaq dengan movie yang genre comedy Malaysia ni. Wuwuwu budak kampung buat baguiihh. Eh, serious ni.

Sedih jugak. Hmm bukan jugak kot. Memang sedih. Kalau ada boyfriend kat sebelah, dah lama aku pinjam tangan buat lap hinguih. Woit aku bukan jenih menangih dalam panggung. Habih kuat mata berkaca-kaca ja. Movie ni banyak unsur suspen. Perghh sekali train langgaq lorry, sekali terrorist main shoot shoot, sekali Lia (awwuuukkk LIA) minni Aidil kena langgaq (ni tak sure pulak suspen ke terkejut). Kira kalau cara movie kat Malaysia, hebat la tu.

Movie ni bawak banyak mesej. Kira kita boleh pikiaq macam ni, "Eh..betoi jugak noo". Paihtu, "Wuuu.. kuatnya kasih sayang suami kat isteri diaa.. ", then " Terharu dengan kasih sayang mak dia.." sambil rasa macam nak lari balik, nak peluk mak kat rumah. Conclusionnya, kita akan sanggup berkorban and buat apa saja bila sayang dll.

Aku tak pandai nak review review ni. Aku pandai review novel Julia ngan Perlumbaan Kedua je .Btw, movie ni best. Semua patut ushar movie ni.

Wednesday, May 18, 2011

Untitle

Perlu ka nak harapkan sesuatu yang tak pasti?
Something yang aku sendiri tak boleh nak ubah.
Perlu ka nak biaq orang lain buat aku keciwa?
Sedangkan aku boleh lari dari situasi tu.



mood : sentap.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru :)


Salam peeps :)

Happy Teacher's Day to all the teacher teacher.
(menangis cikgu Bahasa Inggeris aku tengok ayat ni)

Btw, aku nak say thanks so much kat cikgu-cikgu yang pernah mengajaq aku dulu.
Start Tadika sampai Form 5.
Cikgu Aini and Cikgu.. (err lupa pulak. aish) kat Tadika Seri Melati,Balik Pulau,Penang.
Cikgu-cikgu kat Sekolah Kebangsaan Genting,Balik Pulau,Penang.
Cikgu-cikgu kat SMK Seri Balik Pulau,Penang.

Saya sayang cikgu-cikgu saya semua. 
:)


Saturday, May 14, 2011

Kenduri and Reckless Drivers

Salam peeps :)


I went to my friend's kenduri. Actually, not my friend's kenduri la, but her step sister's kenduri. Gosh pengantin cantik sangat. Pink gittew. Psstt aku nanti nak buat theme black. Okay tak habih habih menggatai aku ni. Aku tak stop stop stare kat pelamin dia yang cute auww auww tu. Rasa macam nak bawak balik rumah je untuk aku bersanding sorang-sorang huhu. No photos available because I didn't bring my camera. Kenduri best kan. Tapi aku prefer kenduri yang ala-ala semua orang bergotong-royong masak, pasang khemah kat depan rumah etc. Tapi, problem aku sekarang, rumah aku takdak tanah luaih luaih. Depan rumah teruih jalan. =__='
Nak harap laman kat tepi rumah ni, nanti ada jugak yang makan kat balkoni bilik mama abah aku T__T

From left : #1.tengah  perahsantan gedik dengan Mr.Webcam.
#2 . muka bengang tunggu kawan nak sampai.
#3. Auww photoshoot bersama photographer terhebat,Mr.Webcam. 


Balik kenduri, .. eh tadi aku first time bawak motor tak pakai helmet as rumah kawan aku tu dekat ja. Lagi satu,takut helmet hilang huhu. Derr takut kot. Bukan takut kat polis. Tapi takut jatuh. Kalau jatuh, confirm muka sretttt ahh sedapp lepas terhentak kuat atas jalan. Nauzubillah min zalik!
erm lepas balik kenduri, hantaq bestie balik rumah. Waa dia siap dating dating lagi lepas balik rumah kenduri. Aku tengok je dari jauh T__T

Then masa on the way nak balik rumah, aku singgah kat Kongsi ( bukan yang Lu Langsi Lu Mati tu ) sebab nak beli bateri kamera. Hahaha camera aku guna bateri AA derr. Classic dak?

Btw, aku nak buat luahan hati sikit. Siapa siapa yang dah rasa mual tu, takpa la anda boleh click 'X' di tab.  Luahan hati aku malam ni is about drivers and riders. Tak kisah la driver kereta, bas or lorry. Tak kisah la riders motor, basikal mahupun basikal enjin.

Aku tengok sekarang ni para drivers and riders semakin extreme kan. Perghh bawak kot jalan kampung macam bawak kot litar Sepang. Aku kadang-kadang berasap je dalam kereta. Kalau aku tengah driving, sure aku pot pet pot pet dalam kereta  sorang sorang stok sampai orang stare pelik kat aku.

Especially young drivers and riders la. Kalau yang drive kereta, sure depa macam show off je. Vroom vroom stok depa ja yang ada keta. Kalau lalu depan awek, phew makin melampau-lampau. Yoouu, macam la I tergoda sangat dengan bunyi bising tu. Bawak-bawak la drive elok elok. Lagi seronok aweks tengok. Steady je. Try la bawak suweet suweet macam aku ni. >_< Same goes to the riders. Ish depa ni lagi aku bengang. Dah la bawak motor tu cam hapa lagi, boleh pulak duk tengah-tengah. Lepas tu, duk kalih-kalih belakang tengok driver kereta kat blakang dia. Kalau awek drive, mula la nak menunjuk-nunjuk style style bangang tu. Bongok gila. Hang tu bawak motor, pi la duk tepi tepi. Aku langgaq sat gi, reyau pulak.

Senior drivers pun tak kurang jugak. Fuhh kadang-kadang tu, dah tua kot. Tapi samsengnya, alahai.. sakit hati aku tengok. Takpun, depa bawak slow yang amat. Hmm yang ni, takpa la aku accept je. Tapi kalau young driver yang takdak lekat 'P' kat cermin tu bawak terkedek-kedek macam ni, memang hangin la kan. Kalau motor, okay la boleh potong rilek je. Kalau drive keta? Berzikir la duk ikut blakang.
Aku paling tak tahan kalau driver yang suka 'poke poke' or cucuk cucuk kat belakang. Faham tak? Ala-ala follow dekat tu. Padahai keta depan dia tu laju je, and kalau jalan clear, dia nak potong pun, boleh sangat.

Lagi satu, drivers bas and lorry. Perghh seramm aku tengok bas or lori tanah laju laju kat jalan kampung. Woii jalan kampung ni unexpectable. Kadang-kadang nampak clear je, taktau coihh keluaq budak naik beskal. Kalau tengah laju, mengelak, then terbabas, hang meninggal. Kalau langgaq budak tu, hmm tau tau je la. Driver lori and bas ni kena la guna otak sikit. Hang bawak benda besaq and berat. Buat la perangai elok elok sikit. Ni boleh pulak duk buat samseng. Ish ish ish.

Okay sudah sudah. Darah aku dah naik ni. Chil chill.
:)

Thursday, May 12, 2011

Today's Merepeks.

Salam peeps :)



Terharu.

Aku terharu dengan kasih sayang kawan aku yang melimpah-ruah ni.

Beruntung lah teman lelakinya dan amat lah malang bakal boyfriend ku.

Karena,
aku rasa, aku geli sikit nak sayang sayang kat public.
Haha. Sorry dude.
:D

p/s : Kawan aku cakap matriks Kedah susah nak dating.Weh, tu ancaman ke macam mana?
Okay finee berbahagialah hang bersama yang tersayang di KMPP.Biarkan aku sendirian di KMK.
Haha takmau couple lagi kot time kat matriks. 

...walaupun aku ada menyimpan hasrat nak future husband orang Kedah. Betoi.
Sebab aku susah nak terima cara hidup and food dari negeri lain selain Penang and Kedah.
Kalau orang Penang, takmau. Sebab boring balik raya negeri yang sama. But at the same time, takmau jauh dari family.
And aku takmau poyo kena tukaq loghat. 

"Mama nak Lia masak gulai iken?"
Bedebusshh. Malu.

So,Kedahan is the best.

Boleh ke fikiaq macam tu?
Whatever la. Peace.

Wednesday, May 11, 2011

Boyfriend dan Kawan

Salam peeps :)
Hi world.Wassup?? ;p
Okeh kali ni aku nak buat entry ala-ala komik gitu. Komik? Haha tak kot. Macam nak show situations je. Aku tak larat doe nak belek Paint tu lama-lama nak buat komik. Nak guna Photoshop pun, aku still tak tau macam mana nak lukis-lukis huhuh. Entry takkan nak tulis je kan. So aku pun bersusah payah sampai tahap rasa nak menangis aah tipu la tuu lukis benda ni.

Illustrations kat bawah ni sebenarnya nak show real-life situation. Selalu jadi. Amat selalu. Even aku pun dah faced benda macam ni. Sila lihat di bawah dan fahami betul betul.



#1
Ceritera bermula dengan situasi seorang gadis yang sedang kebosanan.


#2
Lalu dia pun menghantar SMS ke kawan baiknya.



#3
Kawannya itu sedang texting dengan her boyfie.Then suddenly message gadis tadi masuk.
Kawannya itu membalas kembali message tersebut dalam jangka masa yang agak panjang sebab nak reply message boyfie dulu.Kanda yang utama lah katakan =_='



#4
Setelah menerima SMS reply tu, gadis ni dah sengal semacam. Terasa sangat sengal.
Lalu dia menunggu SMS keputusan kawannya. Err..keputusan daripada boyfie kawannya.



#5
Kawannya pun bertanya kepada si boyfie.Berbalas-balas SMS dan kemudian kawannya ini terus menghantar SMS keputusan juri yang bijaksana kepada gadis itu.


#6
Setelah mendapat tahu keputusan juri..gadis ini terus....MELETUP. Hatinya sakit. Perasaan benci meluak-luak. Geram. Sedih. Bercampur aduk.

SEKIAN.


Haha hampa pernah faced situation gadis ni tak? Probably benda ni banyak berlaku dalam kalangan young couples, kot. Apa perasaan anda? Apabila anda betul-betul nak lepak dengan kawan anda, then boyfriend dia yang langsung tiada hak nak halang tu tak bagi? SENGAALL BEB!

Aahh aku tak faham kenapa mesti jadi macam ni. Kenapa boyfriend nak control girlfriend? Kalau husband and wife tu it's okay sebab lelaki itu husband. Dia ada hak.  Ini..boyfriend. Heyy parents girl tu pun okay je. Bukan nak pi clubbing. Pi makan laksa la,'pandai' ! And girlfriend tu pun satu hal. Weh dia bukan laki hang lagi okay. Takkan every minute kena dengan boyfie je? Kawan-kawan ni macam mana pulak? They love you too! They want to spend some time with you too!

Dah dah. Buat Mr.X,bakal boyfriend ku.. anda janganlah berperangai buruk sebegini rupa. 
" Kalau abang *erkk* buat jugak, sayang *erkkkkss* mintak cerai! Huhh"

Monday, May 9, 2011

Mama

Salam peeps :)

Happy mother's day to all the mummy mummy.Sorry baru wish. Tak basi lagi kan. Hahaha ketinggalan zaman ke hapa haku ni. Orang lain dah berduyun buat entry about their moms, tapi aku baru terhegeh-hegeh nak 'Happy Mother's Dayy!!'. Addoii.

But aku tak lupa mother's day ni. Tapi rasa macam biasa ja. Ye la, bagi aku, everyday is mother's day. Ibu kan seorang insan yang kita celebrate and wajib sayang tiap-tiap hari. Maybe on mother's day, baru nak keluaq ayat-ayat jiwang kot :D

This entry is specially dedicated to my beloved mama, Pn. Norizan :)

My happy-go-lucky mama.The most beautiful woman for me :)

What I love the most about my mama :
  • Understanding
  • Problem solver
  • Tolerance
  • Supportive
  • Listens to my grieve
  • Cooks delicious stunning mouth-watering food. Goreng teloq ja pun tapi rasa sedap sangat :D
  • Buys me many great things
  • Tries to give me anything that I want T__T

So many more.
Huhh I can't write this entry longer.It makes me burst into tears. Anyways, I love my mama so much. Endless love tau. All I want to say to my mama ;

"Mama,thanks tau for everything.Ayang sayang mama sangat sangat sangat sangaaatt. InsyaAllah, I'll always make you happy and be proud of me. Nanti kalau ada rezeki, ayang beli keta Harrier ye kat mama. Macam mama nak tuu :D"

I love my mother so much.

Saturday, May 7, 2011

Alhamdulillah..Syukur..

Salam peeps ;)

Alhamdulillah,aku dapat offer IPTA..
Kejuruteraan Awam (Pembinaan) UiTM.Yess tak gempak macam hampa pun ;)
Alhamdulillah,aku dapat offer matriculation jugak.KMK.Agak touching sebab agak jauh dari tanah tumpah darahku kan.Huhu.Takpa..demi mengejar ilmu,ku sanggup meredah pekan Changlun.Aku tak kisah pun nak duduk Changlun.Sebab..aku pun originate dari tempat yang bukan town sangat.So..no big hal bebeh :)
Alhamdulillah,aku jugak dapat offer interview KPLSPM..Booo cerita basi la doe.Dah tu,interview je kot :D
Waiting for the result,this 21st May.Also,politeknik results,on 11th May.

Congratss to semua yang dapat offer gempak-gempak and sederhana gempak macam aku hehe.Yang tak dapat tu,it's okay.It's not the end of the world.There are still some ways for you.So no worries okay?Chill bebeh.

Thursday, May 5, 2011

First Entry for the Third Blog :)

Salam peeps :)
Selamat ketemu lagi kepada anybody yang pernah jadi follower aku. Mintak maaf sebab delete blog tu. Atas personal reason and privacy concerns. For the first time customer reader,hi! This is my third blog. Fyi,I've already owned 3 blogs,including this one in 1 year.How cool is that? Hee. 

More entries ahead.Stay tuned bebeh :)