Monday, November 14, 2011

;p

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

(Terkebil-kebil tengok entry bawah)

Geli geli.

Kdah. No, not Kedah. I mean, k dah.




Friday, November 4, 2011

Home :)

Assalamualaikum
Nite people. Alhamdulillah, aku selamat sampai Penang petang kelmarin :)
Seronok dapat jumpa abah, mama, kakak and kucing-kucing aku,Ichie & Citam. Citam nampak gemuk. Sangat berat. Ichie, maintain comel :)
Tak lupa, Baby Reddy. Mummy rindu hang la woih. Meh sini mummy nak main ngan hang. Esok ingat nak bawak Baby Reddy keluaq pi outdoor. InsyaAllah kalau bangun awai.

Monday, October 24, 2011

I am Still Alive


So busy.
Welcoming Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 1.
This blog will be updated daily starting 3rd November 2011.
InsyaAllah
:)

Monday, September 12, 2011

Pesta Tanglung @ KMK :)

Salam peeps :)

Oke yesterday kitorang buat pesta tanglung taww..gilerr besstt..*erghh*. Dak aih kemarin KMK buat Pesta Tanglung. Fully organised by Chinese student. Wa salute Chinese students ni sebab depa bersungguh-sungguh buat and benda tu berhasil :)

Okay la malaih nak sembang banyak. Jom layan gambaq.
(acecece sejak ada kamera pulaih, kerek ja suruh orang tengok gambaq kan)




Ada game macam-macam..











Ada juai kipas dengan tanglung..





Sapa beli tiket, boleh tengok persembahan and dapat free moon kek :)



Yeahh..



Oih malu oih >__<






ps : saya one of the event photographers. Letih tapi seronok ^___^

Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011

Salam peeps :)

Tuudiiaa baru nak buat post raya. Well, I kan engineer, haruslah busy (muntah pink)

Raya this year, not bad la. Dengan kehadiran buah hati pengarang jantung sebagai peneman, Rayaku menjadi lebih indah. Haakss..

Rileks, jangan gelabah. Bukan buah hati pengarang jantung ehem ehem mahupun cahaya mata, tetapi ianya sebuah "ketoi merah"(according to my abah). Cer teka cer teka.. bagi clue sikit, "ooohh begini rasanya cinta..lallaalala" ;D

Terima kasih,abah, mama :)







Haha yang itu ja. Malas pulak nak upload banyak-banyak. MP besaq, lambat. Aku banyak kerja ;D

Selamat Hari Raya Aidilfiti. Maaf Zahir Batin :I

Friday, September 2, 2011

Coming :)

" Gambaq-gambaq ada. Masa ja takdak. Nanti saya update raya. Weekend ni kot. "

ps : nak balik Penang lagi minggu depan.
^_____________^

Monday, August 29, 2011

?

kamera rosak so takdak update raya bergambar. terima kasih.
=__________________=

Friday, August 19, 2011

Rumah :)

Salam peeps :)

Currently in Balik Pulau,Penang.

Seronok sangat.

Had the best dishes for breaking fast.

Thanks abah and mama.

I <3 both of you so much.

Brought so many books home.

Tak pasti nak bukak ke tak. Tapi rasanya akan dibukak jugak.

Kan aku nak berubah :)

ps : my public speaking was suck. I forgot so many contents ;(
What to doo..
Tak masuk PSPM kan?
Chill lah!




Tuesday, August 16, 2011

Separuh Jiwaku Pergi :')

Salam peeps :)

Haish, penat aku. Kerja sangat lah banyak.Awat la masa orang dalam mood nak balik kampung ni, banyak pulak kerja kena buat. Entah la.. fikiran aja kot. Maybe tak banyak mana, tapi dah sebab tak sabaq nak balik rumah, hmm tu la yang rasa banyak.

One day away before going back to Penang. I'm so excited yet terrified. Ayo why terrified? Because I've to do public speaking. Damn I hate public speaking. (tengok, English budak-budak. Kena cari boyfriend cikgu English macam Mr. Syed. To GF Encik Syed, sorry, tapi saya memang adore dia HAHA don't worry dia tak adore saya okeh chill.). Hmphh tak hafal lagi text ni. Haish dok seronok nak balik, taktau kena buat public speaking pulak Khamis ni. What to do.. (pelat Kelantan)

Well, got to go.. (pelat Kelantan).. buku Physics and Biology dok jeling-jeling dah tu. Yee sabaq yangg..bie datang neh.. haa hamek ko, dengan buku pon bolehh..

Okay, sampai ketemu lagi ya.
Assalamualaikum. Muah muah muah!

ps : InsyaAllah, next entry pasai kat kampung and Raya preparation. Stay tuned :)


Sunday, August 14, 2011

Kena Berubah

Salam peeps :)
Semasa entry ini ditaip, tinggai 3 hari lagi.
3 hari lagi nak kahwin. Pfuuu. 3 hari nak dok dekat KMK. Haish, bukan nak graduate dah. Nak balik cuuuutiii!
Cuti is the best word lah. Baru aku paham pasaipa kakak aku dulu tergedik-gedik nak balik. Kami ni macam kutub positive. Changlun dan Sintok juga area kutub positive. Bila jumpak, dia memang nak repel.

Bukan nak kata kami budak town. Sumpah dak. Tempat kami takdak C-Mart. Tapi sini ada. Tempat kami takdak cendawan goreng. Sini ada. Ntah apa kaitan cendawan goreng dengan hal ni. Apa-apa pon, I LOVE KEDAH. YES I REALLY DO. Tapi biasa la kan, bila dok dekat bukan tempat asal, memang la rasa nak blah je. Kalau hang dudog dekat London pon.

Serious tak sabaq nak BALIK squared Pulau. ( balik Balik Pulau)

serious rindu. Ni kat atas building sekolah.


masa aku after SPM,menembak je keja aku.

weh ni bukan Balik Pulau. Ni Padang Kota.

Eh, aku nak cakap pasai apa tadi? Haa pasai kena berubah.
Ya, aku kena berubah.
Well, betoi lah orang cakap kena struggle kat matriks.
Dah terasa bahangnya.

Aku tak boleh main-main dah. Kena serious.
Tak boleh buang masa macam tu ja. Kena ubah.
Tak boleh ambik ringan. Kena ambik berat.
Lecturer banyak yang tegoq sikap kami, the Malays. Yeah. Undeniable.
InsyaAllah, aku akan berubah lepas ni.
Doakan aku :)


Monday, August 8, 2011

Now and Before

Salam peeps :)
Haiiieee..macam mana puasa?semua okey ka tarak okey?

=__=""

eh..

Selamat Menjalani Ibadah Puasa :)
Hari tu emo, tak sempat nak wish.


Selalu entry aku, intro tak kena dengan tajuk.Aku hairan lah.. examiner SPM dulu check paper English and BM aku ala carte je ke haa..

By the way, hari ni nak cerita hal dulu dan sekarang.Dulu..jejari runcing.. err okay stop..
Tak ni hal aku oweh.
Atu nak tita tatai atu ulu ulu.Atu ulu ulu laa, tebelum and telepas.
(aku nak cerita pasai aku dulu-dulu.Aku dulu-dulu lah, sebelum and selepas :D)

Baiklah, kita mulakan dengan..

EXAM
 KAT SEKOLAH
- Chill okeh. Chill. Memang chill je kalau time exam. No wonder lah kan..kalau aku tak chill dulu, menggelupur time nak exam, mesti aku dah sampai Ireland >__<
- Lek jer pi sekolah(rendah) dulu dengan beg kecik. Takdak perasaan nak berjuang pon masa exam. Seronok jer sebab nak bawak beg kecik, lepastu tak payah buat homework.
- Masa dalam exam, rilek ja aku tulis nombor nombor Arab atas meja.
- Tu masa kat sekolah rendah. Masa kat sekolah menengah (rendah), aku mengelabah sikit. Iyerlah baru lepas taubat UPSR 3A ja. Nak exam, memang aku fulun. Kira aku antara top scorer dalam tingkatan. (jangan kagum sebab sekolah aku amatlah biasa. Dok tepi bendang, nuhh jauhh kat Balik Pulau. Dah dok pulau,balik dia pulak..)
- Form 1-3 aku stabil and hujung tahun 2008, alhamdulillah.. taraaa!

Kan aku dah cakap,sekolah aku biasa biasa sangat ja.
Tengok, baru dapat 8A, dah buat banner.
Kalau sekolah bagus, jangan harap la derr sebab banyak yang score kan :)
Apa-apa pon, alhamdulillah syukur dengan kurniaan-Nya.


- Naik menengah atas. Haah ni yang port best ni. Port kecelaruan emosi, arah tuju hidup..huhu.Time exam kadang-kadang rasa macam looser T___T
- Masa SPM, serious lah. Tapi dah rezeki banyak tu je kan. Syukur, alhamdulillah :)

KAT MATRIKULASI
- Jengss well tak banyak pengalaman lagi. Baru je habis ni.Tapi terbaik ahh, macam kewl je. Haha ha la 5 papers je kan. Dah tu gap jauh-jauh plak tu. Okay ini baru UPS, tak PSPM lagi. Dah final nanti, menggelupur kot. So nak get ready dari sekarang ahh ;)
- Masuk dewan exam, chill je. Kalau dulu masa sekolah, aceceh wish wish goodluck kat kawan-kawan depan belakang kiri kanan meja. Tapi kat matriks, pandai-pandai la hampa wish kat diri sendiri. Aku dah ke garisan, nak tulis-tulis and kira-kira ja ni. 

VROOM VROOM
"REMP-it"
- okay dulu masa aku Form 4, aku ada lesen motor.  Kalau dulu zaman aku muda-mudi,umur around 13,14 tu, barangsiapa yang pandai bawak motor, dia memang taiko ar. Tapi bagi aku, tak kewl pon sebab takdak lesen. Kewl ke kalau kita langgaq rules? TAK PON! 
- masa tu memang bangga habis bila atas jalan, remp Honda Icon, dengan helmet ARC skirt, viser hitam full face. Bajet aku la awek kewl + hot + kiyut. Erghh geli bila teringat zaman tu. Masa tu, lepak-lepak makan-makan dengan kawan kat kedai tepi bendang, lepas tu semua mamat ushar. Ya, inilah realiti hidup gadis kampung macam aku.

Ex-motor. Hahaha.
Dah takdak dah. Dah juai sebab takmau membaziaq.



"LET'S DRIFT BEBEH"
- lepas SPM, parents aku terus register lesen kereta. Yaa depa memang tak bekenan aku bawak motor. Sebab bahaya. Yes memang pon. Tapi nak buat macam mana kan, aku mana boleh drive lagi. Habih tu takkan nak hired driver untuk hantaq aku pi sekolah and extra classes? Ingat bapak aku ada printer duit?
- so sekarang aku drive kereta sahaja. lesen motor aku tak guna dah. sebab motor dah takdak T__T
- eh, ya sebelum ni aku macam bengang bila abah aku macam anti semacam dengan motorists. Aku pon fire fire abah aku.Abah aku diam ja. Tapiii.. sekarang baru aku faham. Ya memang aku pernah jugak cucuk-cucuk belakang motor. Mulut jangan cakaplah, memang selalu 'memuji-muji' depa. Bengang okeh kalau hang tengah drive dengan constant velocity, tiba-tiba motor coih keluaq. Then hang kena break, lepas tu velocity drops, then kena follow belakang motor tu. Memang macam harem. Kita yang drive kereta ni pulak kena jaga depa, sepatutnya depa yang kena alert dengan kereta sebab kita lagi besaq. Tambah-tambah pulak mamat-mamat rempit yang suka buat geng tengah jalan. Tu memang haram punya bangsa.

Nak pi mana? Anywhere bebeh ;D


BULAN RAMADHAN
"FULL-TIME DEKAT BALIK PULAU,PENANG"
- waa ni yang part sedih ni. Dulu, tiap-tiap hari aku terkedek-kedek ikut mama pi Bazaar Ramadhan depan masjid tu.
- takpon aku pi sorang bila mama ngan abah takdak kat rumah. round-round sambil lehiaq memanjang, jenguk cream-puff ada ka tak, laksa ada lagi ka..murtabak juai tak hari ni?
- kadang-kadang menggedik pi dengan bf. Auww. Takpon jumpak bf tengah crowd tu, then angkat-angkat kening ja. Bajet kami la couple kewl.
- balik berbuka dengan family. Pergh memang best. Tapi kadang-kadang berbuka alone. Tapi aku chill ja sebab kat rumah kan.

"PART-TIME DEKAT KEDAH, ANOTHER PART DEKAT PENANG."
- T______T
- sedih yop. Jalan dengan kawan, pi beli makanan yang stok macam dekat kantin sekolah dulu.Alahai.. kalau anda Penangite, anda tau la perasaan macam mana.. Bayangkan, sebelum ni, gulai ayam berasap berkelun depan mata, tut tut sekarang ni, nasik ayam masin je untuk berbuka.

WEEKEND
"YEEHAA..WEEKEND YOP.MOH LER KITE KE CINEMA"
- Tu dulu. Masa tengah bela lemak lepas SPM. Enjoy tak hengat. Sebelum SPM pon chill je weekend.
- Ronda-ronda dengan  family is the best part of weekend.
- Paling best bila dapat terkangkang duduk bersimpuh depan tv.

"TUTORIAL BIO, PHYSICS, LAB REPORT CHEMY.ERGGH!"
- ya ini sekarang. weekend? apa tu??
- senantiasa busy ya kawan-kawan. Asai nak tidoq je, tiba-tiba nampak buku Chemistry datang melayang.Terus tak jadi nak produce taik mata.
- takpon sibuk jadi surirumah bekerjaya. masa weekend la nak sapu sampah, lipat baju, sidai baju , basuh tu, basuh ni jugak.


Konklusinya, hidup kita sentiasa berubah kan.
Chill ~
;)

Tuesday, July 26, 2011

Hai. Hati saya nak update ni.

Salam peeps :)
Salam sejahtera, salam sayang, salam kerinduan dan salam maut
Eh eh tak baik.. Tak, salam..hmm.. Ramadhan :)

Hai, dah lama ya tak update. Bukan ku tak sudi, cuma agak busy.
Kabarin kamu? Waa tak boleh kawen dengan Dadali. Kang dia blur klipok klikpok tengok aku.

Serious memang busy. Sempat online saja. Setakat tengok update kawan-kawan dan kaum kerabat. Tak sempat nak taip taip bagai. Balas komen okay. Nak bermadah dalam blog, tak okay. Okay?
Rindu zaman berblogwalking. Ahh itu dulu. Sekarang ni kena bookwalking.

Sekarang ni, agak free. Walaupun masih banyak kerja tutoran, tapi aku chill je taip cepat cepat sebab nak pi makan nak buat kerja.Apa kejadahnya yang buat aku nak update ni?
Woot banyak rasanya. Tak tertanggung. Buat teruk. Okefine.

Aku takmau la cerita bab study. Banyak sangat. Cuma nak cerita bab hati. Wah, pernah ke aku update bab bab hati ni, specifically to bab bab feeling tangkap leleh slurrppss ni? Tak pernah rasanya :)

LOST.

*entry tergantung.masih tak dapat cari ayat yang sesuai.mungkin lepas raya, atau time aku dah ada strength nak cerita nanti, aku sambung :)

byebye.
Doakan kejayaan aku dalam Ujian Pertengahan Semester.

Saturday, July 2, 2011

Hai. Saya penat. Tapi saya happy.

Salam peeps :)
Hai. Rasa macam dah lama tak update blog. Haissshh bukan takmau update. Takdak masa woih. Eh aku dah cakap ke dalam previous post? Huh, whatever lahh. Aceceh gila kerek. Taboh satni.

Okay hari ni nak ceghita sikit pasai hari ni. Huhu. Aku rasa, ramai yang tau event terbesaq hari ni. Ala yang masuk Malaysia Book of Record tu. Yes, Larian 1Malaysia..apa 1 Murid 1 Sukan ka apa tu..
Okay, aku participated tadi. Nak kata rasa malang tu, ada laa sikiit. Tapi macam excited jugak ar kan. Ha la, first time nak lari lari kat Kedah ni. Ngan geng geng baru plak kan. Smiiillleeee.

Pukoi 6.40 pagi, kami bergerak secara berjemaah ke astaka KMK. Actually, janji pukoi 6.30 pagi. Tapi.. hampa paham-paham la noo ;DD yOo don't sentap. Itu realiti. Lepaih register, ambik nombor, aerobik, dengaq taklimat bagai, kami warga KMK pun start la running running. Ergghhh aku ni bukan suka running running ni. Tapi tadi macam okay ar gak. Ada gak ar stamina kalau nak compare masa sekolah dulu. Muhuhu. Kadang-kadang aku rasa, ada jugak la mengalir darah sukan abah dalam body ni. Tapi, darah fotografi arwah tok aku lagi banyak mengalir :)

Route dia.. tudiaaa.. ceh buat macam asai town uh. Macam kat kampung aku sebijik. Feeling macam dok jogging kat kampung sendiri. Terubat rindu gak ar dapat tengok taik lembu belepat lepat tengah jalan. T__T
Lalu kot ladang getah,bendang bagai. Memang best ar walaupun pancit ;D

Ehem. Tiba-tiba teringat nak discuss issue sikit. Masa lari-lari tadi, biasala kan mix girls and boys. So memang mixed la tadi walaupun laki dilepaskan dulu. Haih tak padan ngan laki. Lari sikit, dah pancit. Maaaluuuu. Or depa ada purpose nak mix dengan girls, itu aku taktau. Apa isunya? Isu diaa.. awat depa kurang ajaq sangat eh? Yeee aku paham lumrah lelaki. Tapi.. respect la. Hang dok ushar ka, hang dok apa ka kalau tengok girls lari-lari, just shut your mouth. Tak payah la nak cakap-cakap kuat kuat. Kalau ada orang cakap jerit 'buah kelapa' kat adik perempuan hampa, agak-agak nak pi rimbuk dak? Hormat lah wahai lelaki.

Aku nak cakap specific pon tak berani sebab macam ada comparison between races sikit. Tapi hakikat doe! Lagi satu, tadi masa menyanyi lagu Negaraku, kenapa nak main-main,wahai lelaki Melayu?? Cubala serius. Ada masa hampa boleh fooling around, tapi bukan masa tu okeh. Benci betoi. Berubah la sikit. Lepaih tu, kalut la nak mintak copy jawapan kat student lain. Hang apahai mamat?? Hang merepek pandaiii.. nak buat kerja, haram. 
Well, aku nak mention quote member aku tadi..

Emm lagi satu.. tadi aku approach Joey, budak group tutorial aku. Adoi,mesranya. Sikit pon tak belagak. Sikit pon tak kerek. Sikit pon tak kurang ajaq. Alahaii,sukanya aku.. Tapii.. aku ada experience dengan mamat nih..aku senyum ja pon, nak bagi sedekah kat dia.. Tau apa dia jawab? "Hang awat??". Boleh??

Aku like quote member aku tadi ;
"Laki _______ macam haprak. Sebab tu kita suka kat ________ guys."




Wednesday, June 22, 2011

Hai. Saya tertekan. Tapi saya rasa saya masih okay.

Fooohh foooohhh sraaappp sraaappp ( sapu habuk )


Haaaaachhheeeuuuuwww ( bersin )
Ekuhme ekuhme. Sorry sorry.


Salam peeps :)
Yo yo apa khabar mu di sana.. Lama sudah tak berjumpa.. lalala..
Ehem ehem. Serious weh serious.

Haaiii.. lama betoi aku tak update noh? Ada hampa kisah?
Well, awat la noo.. haish mesti la sebab komitmen. Waa komitmen gitew.
Sebab aku tak balik Penang tiga minggu sudah. Sedih. Serious memang tak syok. Sampai orang sebut nak pi Queensbay pun aku boleh reyau. Tak ke cam pa gi. Serious mengada.

Tapii..
Tadi abah and mama aku mai sini. Waaaa best tahap ciyot. Rindu depa tahap dewa dewi. Tapi kakak takmai. Tak complete arr. Takpa, dunia tanpa sempadan. Haa mama and abah bawak mai sekali 'budak bucuk putih' = netbook Anugerah Sukan Untuk Semua aku ni. Wuu serronok la. Ni yang boleh update ni. Tapi tak boleh duk online sangat. Guna untuk cari information je okeh.

So, how's my current life at KMK?
So far, moderate ja la. Not so good, not so bad. Well, biasa la. Matriculation memang serious challenging.
Dengan keja tutorialnya.. dengan lecturer yang menguji ketabahannya.. Tapi takpa. Demi 4.00 flat untuk abah and mama.

Nothing much to tell la. Bagi general je la eh. Challenging.

Sekian, terima kasih.

Mood : Rasa tak sedap hati. Nak berazam, tapi, masih haunted dengan banyak hal.

Friday, June 3, 2011

Yo Yo Baby I'm Back :P

Salam peeps :)

Ehem ehem. Lama betoi noh tak update blog. Cehh sejak sejak pi study kat Russia Changlun,Kedah ni. Aku bukan macam orang lain. Bawak laptop, Blackberry, iPad bagai. Ada handphone yang even takdak camera tu jaa huuhuu. Jeles betoi tengok orang lain duk tup tap tup tap ataih skrin handphone depa. Masa kuliah ganti malam Biology, baagguiih punya duk online Facebook. Aku report sat gi kot ( cehh cakap ja la jeles ).

Okay finee lupakan pasai tu. Nak ceghita pasai hidup kat KMK selama 2 minggu sat. Haha.



The First Week
First week memang hell. Minggu Pengurusan Pelajar Baru Sesi 2011/2012. err sebenaqnya minggu orientasi.
Cehh punyaa laa. Kheja duk larii jaa. Dari awai pagi pagi buta, sampai la tengah malam. Konon konon duk matriks kena cepat lagu ni. Haa betoi la jugak. Tapi takdak la macam marathon tu. Sakit kaki ni tak sangga. Sampai luka luka. Abang kakak fasi memang kelijam. Huhu. Kena nyanyi lagu KMK tiap tiap hari. Sampai masa mandi pun aku duk teringat lagu tu. Ha la dah dengaq lagu tu ja.
Tapi sekarang aku dah pandai jalan cepat. Haha credit to abang and kakak fasi. :)

Masa first week jugak aku sangat tak stabil. Ye la, maybe shock kot. Before kan tak penah duk hostel. Sekali kena buat semua benda sendiri, baru la nak gubra. Tapi okay la sebab takdak la kena ikut time macam kat sekolah. Kira ikut suka hati nak pi mandi pukoi berapa pun. Pandai pandai la. And masa first week tu jugak aku ada health problem sikit. Serabut okeh.

Tapi alhamdulillah, sekarang aku dah boleh adapt dengan environment baru :)

Bilik macam mana?
Bilik best. Cuma yang tak best sebab bertentangan dengan hostel boys. Gilaa selak langsir sikit, nampak la boxer Muhammad Ali,Ben 10 bagai. Cehh. Gantung la buku Biology ka pa ka. Dalam bilik pun ada space sendiri. Comfortable. Agak privacy la. Locker pun besaq. Meja tulis besaq. Okay la semua. Roomate pun baguih baguih.

aku Google je ni. Nasib ar sapa punya. Hehe.
Haa macam ni la tempat aku. Memang sebijik macam ni. Tapi takdak la semak mengaum laguni.


Makan sedap tak?
Sedap la jugak. Gulai Kedah memang terbaik ahh. Sedap betoi. Sekali rasa, macam gulai nasik kandaq Line Clear.. haha... Makan kat Kafe Harmoni tu.. sekarang dah ada gerai-gerai juai sizzling mee apa semua.. Aku suka lepak situ dari pukoi 8 sampai 9.. huhu tengok news..

Kuliah macam mana?
So far, still agak kekok lagi. Haa laa aku kan sekolah kampung. Jakun la kuliah kuliah ni. Kuliah start pukoi 8 until 5 p.m. Mula-mula macam gubra sikit. Sempit doe. Nak tulih pun kena kemut kemut kepit kepit ketiak. Aku ni dah la tangan merewang sikit. Nasib la sapa duk sebelah aku. Kheja duk kena sigong (siku) ja. Memang rapid la kuliah. Pandai pandai la nak ambik inisiatif nak catch up. Tapi ada tutorial. Masa ni la nak tanya apa yang tak faham semua. So kena gunakan sepenuhnya la. Sekarang ni ramai dah tukaq modul. Aku Modul 1. Boys ramai nak masuk modul 2 sebab they tend to be in engineering field kan. Ikut la minat and ability anda ye :)
Ni dalam kawasan building bilik Tutorial and Lab.

Financial?
Fuhh duit keluaq macam ayaq. Kena beli macam macam. Lecture notes, tutorial books, topup.. Fuhh. Lepaih ni kena pandai bajet sikit.

Students yang lain amacam?
Hee biasa la bila jumpak strangers, mula-mula memang kekok sikit kan. Different backgrounds and lifestyles. Mula-mula aku tak comfortable sangat sebab aku takdak geng sekolah sama. Orang lain best jaa lepak dengan geng sekolah dulu. Huhu. Tapi lama-lama, okay ja :)



Gambaq ni taken dari blok aku ni.Depan tu hostel jugak.

Okay tu ja yang dapat dikongsikan. Nanti aku update lagi naa.
Salam ketemu lagi :)

Monday, May 23, 2011

Goodbye Penang :')

Salam peeps :)
This may be the last entry of mine. I don't bring my laptop along to my new place, Kolej Matrikulasi Kedah,Changlun.
I hope you won't miss me *uwekk sapa nak rindu hang woi Lia??* Okay finee :D

To my friends, kawan yang real or virtual, good luck!
Our journey to our dreams has started!

Pray for my success yaa.
I love you. Yes, I do love everyone.
Be happy always! :)

Byebye Penang. Hi Kedah! :))

Thursday, May 19, 2011

Eh.. ;DD

Salam peeps :)

Hehehe. Lepas jugak interview tu ;D
Got an SMS from MOE. Cakap aku dapat KPLSPM.
So, teruih check online. Yaa betoi.
Tu ja :)

ps : Kedah lagi. Kedah memang sayang aku kan. Aku pun sayang Kedah.
Kedah rockss!
:)